BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 27, 2010

Rokok 14 : Sekelumit Bukti Hidup Umat Islam Ditentukan Para kapitalis

Pada 7.05 petang, suratkhabar utusan umno telah mengeluarkan suatu petikan yang seperti biasa, membawa suatu berita yang jauh dari fakta sebenar. Ura-ura kerajaan ingin mengharamkan rokok 14 batang tiba2 ditunda hingga ke 1 jun. Antara alasan yang amat menggelikan tali perut manusia yang berfikir adalah : "kerana Kementerian Kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya." Ditambah pula dengan alasan "Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini."

Walhal, fakta yang dipetik daripada Themalaysiansinsider adalah "He declined to comment on possible legal action by Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM) over possible damage to business arising from this U-turn." (dia menafikan untuk memberikan ulasan lanjut tentang tindakan undang-undang oleh Syarikat Phillip Morris mengenai kekacauan yang berlaku dalam pasaran rokok) Pengarah urusan PMM RIchard Morgan juga mengulas “We believe this is essential to ensure foreign investor confidence that Malaysia is indeed a fair and transparent nation in which to do business,” (Kami percaya bahawa ianya penting untuk memastikan pelabur asing mempunyai keyakinan yang penuh terhadap Malaysia yang mana ianya sebuah negara yang adil dan telus dalam soal urusniaga).

Kapitalisma : Penentu Arah Tuju Gaya Hidup Umat Islam????

Terang dan nyata, sumber diatas adalah secebis daripada keputusan2 yang dipengaruhi oleh para pemodal tentang apa yang boleh dan apa yang tidak. Apa yang halal dan apa yang haram kepada umat Islam seluruhnya. Tidak kurang dengan lambakan bukti bahawa kewujudan segala bentuk kemaksiatan di negara kaum muslimin pada hari ini adalah diatas kata putus dan kuasa para pemodal/kapitalis yang ada. Apa yang mereka inginkan, apa jua keputusan, maka mereka mempunyai kuasa untuk menentukannya, hatta menarik keputusan seorang kepala negara kaum muslimin ke atas ummatnya.Justru, apakah ini yang dikatakan negara Islam? Apakah ini yang dikatakan "tidak langsung terpengaruh dengan anasir luar dalam membuat keputusan"? apakah ini yang dikatakan "tidak tunduk pada telunjuk kuasa asing"?

Apa yang jelas, segala bentuk pernyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang dinamakan pemimpin umat Islam hanyalah retorika sampah!!!! Malang sekali, mereka berkata apa yang mereka tidak perbuat.Namun bagi kaum muslimin, masih ada ruang untuk mereka bertolak ansur dengan antek-antek penjajah walaupun telah berulang kali diinjak dan diperbodohkan!!

Wahai kaum muslimin, telah terang dan nyata bagi kalian bahawa apa jua bentuk keputusan ataupun polisi bagi negara kaum muslimin, hampir kesemua keputusan utama berkaitan nasib umat ditentukan oleh para pemodal bangsat yang tidak henti-henti menjajah negara umat Islam.Mereka tidak henti-henti menjarah darah, keringat dan sumber negara kaum muslimin serta apa yang ada didalamnya. Jika mereka mampu menjarah najis kalian untuk keuntungan sekalipun, pastinya najis kalian juga akan dijarahnya hingga ke cebisan-cebisan terakhir!! Perhatikan Iraq dengan polisi minyak US, perhatikan penjajahan ke atas Afghan dan Pakistan, perhatikan keadaan Indonesia, perhatikan seluruh tanah kaum muslimin yang tidak pernah lepas dari cengkaman tangan-tangan pemodal ini!!!!!

Perhatikan sekeliling kalian, berdirinya industri arak, pelacuran, perjudian, segala bentuk kemaksiatan dan penindasan di atas muka bumi umat Islam hari ini, adalah hasil "polisi,kerjasama dan kepentingan ekonomi" antara pemimpin kalian yang dalihnya tidak lain tidak bukan adalah untuk "kesejahteraan ekonomi negara". Apakah kalian redha dengan kesejahteraan yang disulami dengan kehancuran umat Islam??

Apakah kalian redha jika suatu hari nanti anak-anak kalian tegal biasa dengan judi, pelacuran dan arak kerana itulah yang disajikan kepada mereka kerana eksistensinya adalah halal disisi undang-undang manusia yang berteraskan "demokrasi terpimpin kepala hotak kau" itu??

Dan yang paling utama, apakah kalian redha setiap keputusan yang diputuskan adalah keputusan yang membuatkan Pencipta kalian yakni Allah SWT MURKA ke atas hambanya kerana kita memilih untuk redha dengan segala kemaksiatan ini???!!

Aspek ekonomi merupakan secebis daripada sebuah kemungkaran dan kesyirikan yang telah dilabel cantik oleh para penjajah untuk ditelan hidup-hidup oleh kaum muslimin.Apa yang utama adalah untuk melihat secara jernih bahawa usaha mengubah dan islamisasi sistem ekonomi kapitalis yang wujud daripada sistem pemerintahan kapitalisma adalah suatu yang sia-sia. Umpama menjahit kulit kuda kepada seekor babi. walaupun siap dijahit seluruh tubuh haiwan najis itu dengan kulit kuda yang halal, yang najis, tetap najis. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Sistem ekonomi daripada ideologi mana pun akan tetap berdiri jika sistem pemerintahan sesebuah ideologi itu masih berdiri. Masakan sistem ekonominya komunis tetapi sistem sosialnya islamik dan sistem pemerintahannya kapitalis?? Pemikiran jenis apakah ini? "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kedalam Islam secara kaffah dan janganlah kalian menuruti hawa nafsu dan langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang NYATA bagi kamu!!"

Musyarri' telah pun menegaskan bahawa masuklah Islam secara kaffah dan bukan suku-suku. Dan berubahnya ekonomi, sosial, pendidikan, dsbgnya, adalah dengan berubahnya sistem politik dan pemerintahan. Maka, sistem apa lagi yang ingin kalian pilih sebagai umat Islam jika tidak Sistem Islam yakni Sistem Khilafah???

Wahai kaum muslimin. Bangunlah bersama kewarasan kalian. Apakah kalian ingin tunggu hingga Allah menterbalikkan tanah ini, baru kalian akan patuh pada seruan Allah?? Atau kita ingin tunggu dan lihat, sehingga bumi ini diterbalikkan dan kemudian bila nyawa di kerongkong barulah kita menjadi seperti firaun yang berkata kepada Rabbnya "Ya Allah, aku beriman sekarang"???

Pada tangan-tangan kalian wahai kaum muslimin yang dimuliakan Allah, terdapat kekuasaan yang mampu mengubah yang bathil kepada yang haq, dan yang mungkar kepada yang maa'ruf!! Muhasabahlah mereka wahai kaum muslimin.Jika kalian masih mempunyai keimanan, walaupun sedikit!

Saturday, May 22, 2010

Teliti Sampai JULING!!!

Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia

Nak kata apa lagi?? kelakar dan marah pun ada bila melihat tajuk berita utusan pagi ni. Benda yang secara qathi'e haram disisi Allah pun nak diteliti lagi? Nak diambil kira pulak pendapat muslim dan non-muslim. Yang paling hairan bin ajaib, ada pak menteri jawab : Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam

Tengok pernyataan diatas, terpacul soalan dibenak, "orang nih tak baca paper ke sampai nak kena maklum? Politikus ke tikus mondok?" Benar komentar syeikh taqiyuddin an-nabhani dalam kitab takattul hizbiynya. "Pemerintah2 didikan barat ini, mereka adalah terasing daripada umat. Tidak memerhatikan umat dan mereka adalah dikalangan yang telah bercokol dengan pemikiran asing serta pendapat2nya.Penerimaan mereka yang sepenuh hati(terhadap cara hidup penjajah) itu telah memisahkan mereka dari masyarakat, juga telah mengakibatkan mereka memandang rendah dan tak peduli terhadap masyarakat. Pemikiran asing itu juga telah membuat mereka kagum dan hormat terhadap orang asing. Mereka berusaha mendekatkan diri dan bergaul erat dengan orang-orang asing, meskipun orang-orang asing ini adalah kaum penjajah."

Yang lebih memualkan lagi adalah, terbukanya pekung dada sendiri dek kenyataan yang dipetik dari utusan : Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Maknanya, 'judi halal' ni dah lama beroperasi rupanya!! Iyalah, kalau tengok genting, kasino, pusat2 perjudian yang underground dan on the ground nih memang bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Tumbuhnya pulak cendawan nih besar-besar penumbuk Undertaker WWF. Bak kata orang putih dan barua-baruanya - life goes on. we are demokratik kan...

Kemudian ada pulak sorang kolumnis yang namanya awang(entah selamat ke tak di akhirat kelak) yang mengeluarkan kenyataan menghentam pembangkang. Saya tidak pro-pembangkang, tapi tengok macam kelakar bila dah ada orang tegur kesalahan fatal yang sabit hukum, ditudingnya pulak pada orang lain yakni PR terhadap kegagalan mereka menghapuskan arak di negeri2 masing2. Kalau dilihat secara jernih pun, yang mula membina foundation kilang arak whatsoever kat negeri2 tuh siapa? Dah bina cantik, 'kunci dengan kuasa krjn persekutuan'. pastuh nak tuding orang tak boleh runtuhkan?? punyalah childish!

Dan atas keadaan inilah, baik pada yang memerintah atau yang membangkang, masing-masing menuding jari didalam mangkuk yang sama. Bertekak dan baling kerusi dan menuding jari dalam mangkuk yang sama yakni kapitalisma,sekularisma dan demokrasi. Tak ada jalan penyelesaian bagi mereka.

Mungkin bila PR menang persekutuan, mereka kata mereka mampu runtuhkan carlsberg dan genting. Apakah ketua PKR dan DAP akan redha dengan proposal ini jika disalurkan oleh sahabat kita dari PAS? wallahua'lam. BN memang dah terkenal dengan sekularnya. baik MIC, MCA dan UMNO, semuanya menganggap agama tuh spiritual dan ianya sama. Pada PR pulak, sorang liberal, sorang demokratik(autokratik) dan sorang lagi nak Islam. Camna nak buat? Termelalut pulak!

Wahai kaum muslimin! perhatikan tindakan-tindakan pemerintah kalian yang sememangnya menjadi juara bagi rakyat dalam MENGHINA AGAMA ALLAH DAN RASULNYA!! Apakah kalian masih redha dengan pemimpin sedemikian? Yang meletakkan manfaat dan untung rugi sebagai tolok ukur setiap percaturan politik mereka? Atau kalian ingin diperintah oleh seorang khalifah yang akan menyatukan setiap inci tanah kaum muslimin dan diperintah berlandaskan Quran dan Sunnah??

Bak kata hero kartun "Captain Planet" zaman 80an dulu - THE POWER IS YOURSSSS!!!

Tuesday, May 18, 2010

I Rule Over Real Men

One day, Jariya Ibnu Qudama Al-Saadi entered to Mu'awiya who, at the time, was the head of the Islamic state. Three of the Roman emperor's ministers happened to be also present. Mu'awiya said to Jariya: Were you not one of Ali's allies in all of his opinions? Jariya said: Leave Ali (may Allah honour him) aside, for we have not despised him since we loved him, nor have we cheated him since we advised him.

Upon this Mu'awiya said to him: Woe to you o Jariya! You must have been lowly in your parents' eyes, for they called you Jariya (meaning slave girl or maid).
Jariya replied: You must have been lowly in your parents' eyes, for they called you Mu'awiya, the bitch on heat who barked and lured the dogs.

Mu'awiya shouted: Shut up you motherless one! Jariya replied: You shut up o Mu'awiya (he did not say Amir of the believers), for I have a mother who bore me for the swords with which we faced you one day. Then we have given you our pledge of allegiance, to hear and to obey, so long as you rule us by what Allah has revealed. So if you fulfil your promise, we fulfil our loyalty to you, and if you fail to keep up your promise, remember that we have left behind us some ferocious men and plenty of armour, they shall not let you abuse or harm them.
Mu'awiya yelled: May Allah rid us of the likes of you!

Jariya replied: You! (again he did not say Emir of the believers), say something good and be courteous, for the worst rulers are in hell fire. Jariya then left, fuming with anger without even asking Mu'awiya permission to leave.

The three ministers turned to Mu'awiya and one of them said: Our emperor would not be addressed by any of his subjects unless the subject were prostrating with his forehead at the base of his throne. If the voice of one of the closest people to him or any of his immediate family were to be raised, they could be cut to pieces, or burnt, so how could this rough desert Arab, with his ill-mannered behaviour, come and threaten you like this? As if he were your equal?
Mu'awiya smiled then said: I rule over men who are fearless of any censurer when it comes to the truth, and all my folk are like this desert Arab, none of them prostrate save to Allah (SWT), none of them keep silent over an injustice and I am no superior, nor better than any of them except in piety. I have said some harsh words to the man and he rightly responded, I was the one who started, thus I am more to blame than he.

Upon hearing this the senior Roman minister burst out crying, so Mu'awiya asked the reason why, so he said: We had thought before today that we were your equals in terms of protection and force, but after witnessing this, I fear that one day you would spread your authority over our empire.

That day had indeed come, and the Roman empire collapsed like spider's web under the blows of the real men. So won't the Muslims become men again, fearing the censure of none when it comes to the truth?

versi bahasa melayu.

Suatu hari, Jariya Ibnu Qudama Al-Saadi menghadap Muawiyah yang pada masa itu adalah Khalifah Daulah Islam. Bersama Muawiyah ada 3 orang pembesar Rom.

Muawiyah lalu berkata kepada Jariya : Bukankah engkau pengikut Ali dalam semua pendapatnya?

Jariya menjawab : Tinggalkan dia. Kami tidak membencinya kerana kami menyintainya dan kami tidak pernah menipunya bilamana kami sentiasa menasihatinya.

Atas jawapan itu, Muawiyah berkata : malang sekali bagimu wahai Jariya. Engkau semestinya anak yang dihinakan memandangkan ibu dan bapamu memanggil mu Jariya (bermaksud hamba perempuan atau orang gaji)

Lantas Jariya menjawab : Engkau juga pasti dihinakan oleh kedua orang tuamu kerana mereka memanggilmu dengan nama Muawiyah yakni anjing betina yang kepanasan!

Muawiyah lalu menengking : Diamlah engkau wahai orang yang tidak beribu!

Jariyah membalas dengan mengherdik : Diamlah engkau Muawiyah! (Jariya tidak memanggil Muawiyah dengan panggilan amirul mukminin), aku mempunyai ibu yang melahirkan anak yang disertakan pedang yang akan memuhasabahmu suatu hari nanti. Kami telahpun memberikan ketaatan kepadamu, untuk mendengar dan patuh, selagi mana engkau memerintah dengan apa yang Allah perintahkan. Jika engkau memenuhi amanat itu, kami akan memenuhi amanat kami kepadamu. Jika engkau gagal kepada amanat itu, maka ingatlah, dibelakang kami terdapat ramai manusia-manusia bengis dan baju-baju perang yang mana mereka tidak akan membenarkan engkau menzhalimi mereka atau menyakiti mereka.

Muawiyah lantas membalas : Semoga Allah menghilangkan dari kami manusia seperti kamu!

Jariya membalas : Engkau! (sekali lagi Jariya tidak memanggil muawiyah dgn panggilan amirul mukminin), pertuturkanlah sesuatu yang baik dan bersopan, kerana seburuk-buruk pemimpin adalah di neraka!

Jariya kemudian pergi meninggalkan Muawiyah, dengan perasaan marah, dan pergi tanpa langsung meminta kebenaran amirul mukminin untuk beredar.

3 pembesar Rom menoleh kepada Muawiyah dan berkata : Maharaja kami tidak akan bercakap dengan rakyatnya selagi rakyatnya tidak sujud di kakinya. Hatta jika ditinggikan suara walaupun sedikit oleh saudara mara ataupun yang hampir kepada maharaja, maka mereka itu pasti akan dicincang, atau dibakar. Jadi, bagaimana di tempat yang kering kontang ini, dengan biadabnya dia datang mengancammu sebegini? Seolah-olah anda dan dia sama darjatnya?

Muawiyah tersenyum dan menjawab : Aku memerintah manusia yang tidak takut kepada apapun apabila bercakap soal kebenaran. Dan semua sahabatku di padang pasir ini, adalah begini perangainya, semuanya tidak akan sujud melainkan sujudnya mereka hanyalah pada Allah SWt. Tidak ada diantara mereka yang akan diam kepada ketidakadilan dan kezhaliman, dan aku, bukanlah yang lebih baik dikalangan mereka melainkan diukur dengan taqwa. Akulah yang bersikap biadab kepada orang itu dan dia menjawab dengan hak. Akulah yang memulakan pertengkaran itu dan kerana itu, aku layak dipersalahkan.

Mendengar apa yang diperkatakan Muawiyah, pembesar Rom itu menangis dengan tiba-tiba. Muawiyah lantas bertanya kenapa dia menangis dan pembesar itu menjawab : Aku fikirkan kami adalah sedarjat dengan engkau dari segi kekuasaan dan perlindungan. Tetapi setelah menyaksikan apa yang berlaku sebentar tadi, aku takut yang suatu hari nanti engkau pasti akan menebarkan kekuasaanmu pada empayar kami.

Hari itu telah pun terjadi, dan empayar Rom telah pun runtuh bagaikan sarang labah-labah yang dihembus oleh lelaki-lelaki sejati. Jadi, kemana hilangnya keberanian kaum muslimin, yang tidak takut kepada apapun atas dasar kebenaran?

Kemana perginya pemimpin kaum muslimin yang ikhlas dan tulus seperti sikapnya Muawiyah bila berhadapan dengan rakyat-rakyatnya seperti Jariya?

masa keemasan itu akan kembali..insyaallah.