BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 19, 2010

Serangan ala 9/11 di Texas



AUSTIN, Texas 19 Feb. - Seorang jurutera perisian komputer yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) merempuh bangunan pejabat cukai di sini semalam dengan menggunakan sebuah pesawat satu enjin.

Tindakan kamikaze itu menyebabkan dua orang mati, 13 lagi cedera dan bangunan tujuh tingkat itu mengalami kemusnahan besar walaupun pesawat terlibat hanyalah sebuah pesawat kecil.

Para pegawai kerajaan berkata, perbuatan tersebut disengajakan tetapi ia tidak mempunyai kaitan dengan keganasan antarabangsa.

Jurutera terbabit, Joseph Stack meninggalkan nota bunuh diri di Internet yang menyatakan rasa amat tidak puas hatinya terhadap pihak berkuasa percukaian AS. Dua daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

''Mayat dua individu ditemui dalam bangunan itu,'' kata jurucakap Pejabat Pengurusan Kecemasan, Candice Wade yang enggan mengesahkan juruterbang pesawat itu merupakan seorang daripada yang ditemui mati.

Pesawat berkenaan merempuh tingkat dua bangunan tujuh tingkat tersebut yang menempatkan Pejabat Hasil Dalam Negeri pada pukul 9.56 pagi waktu tempatan yang mengakibatkan letupan besar hingga memaksa orang menyelamatkan diri melalui tingkap.

Pesawat pejuang diterbangkan ke tempat kejadian yang menyebabkan ramai warga AS terkenang semula serangan al-Qaeda pada 11 September 2001 (9/11).

''Kejadian hari ini mendedahkan kelemahan di pihak kita sejak 9/11. Pesawat terlibat ialah Piper Dakota, sebuah pesawat kecil namun kemusnahan yang berlaku begitu teruk, ia hampir meranapkan seluruh bangunan, sungguh luar biasa,'' kata Ahli Kongres AS, Michael McCaul.

Jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, tindakan itu boleh dianggap sebagai keganasan domestik namun beliau mahu melihat hasil siasatan sebelum memberi tafsiran sesuai mengenainya.

''Presiden Barack Obama dimaklumkan perkembangan siasatan yang diketuai oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI),'' katanya.

Stack dipercayai membakar rumahnya di sini sebelum keluar untuk menerbangkan pesawat miliknya di sebuah lapangan terbang berhampiran.

''Melihat kepada kemusnahan yang berlaku, kita masih bernasib baik kerana tidak ramai yang cedera. Saya percaya ada sejumlah orang orang yang bertindak bagai hero pagi ini,'' kata Ketua Polis Austin, Art Acevedo sambil memuji mereka dalam bangunan tersebut dan petugas kecemasan.

Kandungan nota yang ditandatangani oleh Stack menuduh kerajaan AS mengamalkan sistem cukai tidak adil yang telah memusnahkan kehidupannya. - AFP

Review

Beginilah nasib negara pengembang ideologi kapitalisma. Belum pulih sepenuhnya daripada 'snowmargeddon' nya itu, pejabat cukai pula dilanggar kapal terbang ala2 tragedi 9/11 yang pastinya kita semua tahu bahawa 9/11 juga adalah angkara mereka sendiri.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

1. Kejadian hari ini mendedahkan kelemahan di pihak kita sejak 9/11. Pesawat terlibat ialah Piper Dakota, sebuah pesawat kecil namun kemusnahan yang berlaku begitu teruk, ia hampir meranapkan seluruh bangunan, sungguh luar biasa,'' kata Ahli Kongres AS, Michael McCaul.--> Nampaknya US yang diwar2kan negara terkuat, yang mempunyai kuasa veto, yang ada segala macam hero seperti transformers, batman dan superman tidak mampu menangkis 'serangan' sebuah pesawat kecil. Akhirnya diakui sendiri bahawa mereka lemah.

2. Joseph Stack, orang yang 'berjaya' menghancurkan pejabat cukai adalah pastinya antara ribuan manusia yang tertekan dengan sistem cukai dan cara hidup kapitalisma yang menekan. Berita sebegini adalah sesuatu yang tidak menghairankan kerana pastinya dalam sistem yang rosak dari akar ke daunnya, maka segala solusi tidak akan memberikan kepuasan kepada manusia. Justeru, lebih banyak tekanan jiwa dan akibat2 yang merosakkan akan dilihat malah telahpun diperlihatkan sepanjang penerapan idea kapitalisma ini, dimana2 negara di dunia,sepanjang sejarah penerapannya berlangsung.

3. Sesungguhnya komunisma telah gagal dan hancur. Kapitalisma juga sebenarnya antara kehancuran dan pemusnahan total. Maka hukum apakah yang lebih baik buat manusia seluruhnya selain daripada hukum yang diturunkan oleh Al-Khaliq Sang Pencipta?? Tanyakan pada diri kalian wahai kaum muslimin,akidah apa yang kalian pegang jika kalian masih angkuh menolak penerapan hukum Pencipta kalian keatas kalian?? Tanyakan pada diri kalian wahai susuk2 tubuh yang ikhlas sayangkan Islam, apa yang kalian tunggu untuk kalian buang debu di tubuh2 kalian untuk kalian bangun, berdiri dan bersama dengan saudara2 kalian yang ikhlas dalam memperjuangkan hukum Allah agar diterapkan secara total kepada seluruh alam?

Let Us Remain Steadfast Upon The Truth...Of Sureity Islam Is Coming.....

0 comments: