Hari ini dan utk keberapa kalinya umat Islam 'dihidangkan' lagi dengan cerita penghinaan terhadap Deennya yang mulia.
Umat yang seringkali menyambut kelahiran Rasulnya secara besar-besaran dan jaguh dalam pembacaan dan melagukan Al-Quran, namun, dalam isu kali ini, seolah2 sudah lali bila apa yang mereka sanjung tinggi dihina secara terang-terangan.
Terperusuknya pula pemikiran ummat apabila muka pertama mana2 akhbar di wilayah ini, adalah cerita mengenai politik busuk demokrasi kapitalis yang tak sudah-sudah memecahbelahkan ummat Islam. Baik di akhbar pro kerajaan, mahupun pembangkang serta tabloid, apa yang penting adalah usaha menjatuhkan diri masing2 dengan kemelut yang tak pernah lari dari lingkaran sistem buatan kafir penjajah.
Alangkah malangnya apabila urusan yang paling utama yakni menghantar bala tentera untuk menghapuskan Geert Wilders laknatullah, digantikan dengan menyibukkan diri dengan urusan menjadi juara rakyat kerana undi, dan kisah keluar masuknya ahli parti sekular dan cerita2 yang memualkan.
Kenapa ya? Apakah peristiwa2 sadis sperti muslimah beriman dirogol beramai2 oleh org kafir pada waktu subuh dirumahnya sendiri atau bakar/buang bayi oleh kaum muslimin dan bermacam2 lagi peristiwa yang dikira cukup sadis untuk dibayangkan hanya layak diperhatikan sebelah mata persis iklan yang datangnya seminit dua di layar tv?
Apakah kita, setiap lapis dan kelompok msykt ingin perkara2 sadis ini menimpa diri sendiri baru dibeliakkan mata mengambil peduli?? Inikan pula Allah dan Rasulnya dihina, beritanya hanya disajikan di ruang kecil akhbar sebuah negara yang claim ianya NEGARA ISLAM?? ironisnya!!
Benarlah ayat-ayat Allah dari surah Al-A'raf ayat 179 yg bermaksud :
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
LONDON 6 Mac – Pemimpin anti-Islam Belanda, Geert Wilders mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di dalam bangunan pentadbiran itu serta mencetuskan protes di luar Dewan bagi melahirkan tanda kemarahan.
Sebelum ini Wilders pernah menghina Nabi Muhammad dengan menyifatkan baginda sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’.
Wilders menayangkan filem 15 minit Fitna kepada kira-kira 60 orang semalam, termasuk beberapa orang bangsawan dalam bilik jawatankuasa Parlimen. Filem tersebut mengaitkan al-Quran dengan keganasan, tentangan terhadap homoseksual dan penindasan wanita.
Di luar Dewan, kira-kira 200 penunjuk perasaan mengejek dan melaungkan ‘Samseng fasis keluar dari jalan-jalan raya kami’. Polis juga bergelut dengan penunjuk perasaan yang cuba menyekat jalan raya bagi menghalang demonstrasi aktivis penyokong Wilders, Liga Pertahanan England daripada menghampiri Parlimen.
Ahli politik berambut perang itu kemudian berucap kepada media Britain dengan memetik kata-kata Thomas Jefferson, George Orwell dan merujuk kepada Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).
“Saya percaya Islam adalah agama yang ganas dan bahaya, namun saya tidak memushi penganutnya,” katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, Wilders mahu seluruh Eropah mengharamkan pendatang beragama Islam kerana didakwanya membawa ideologi fasis.
Lawatan itu dan kontroversi yang menyelubunginya, melonjakkan imej Wilders menjelang kempen pilihan raya umum yang akan dihadapi Parti Kebebasan pimpinannya.
Parti itu menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya kecil minggu ini dengan memenangi sebuah bandar dan berada di tempat kedua di sebuah bandar lain.
Wilders berkata, dia mungkin menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya pada 9 Jun ini dan akan menutup semua sekolah orang Islam, menghentikan pembinaan masjid baru malah mengharamkan al-Quran. – AP
ilamata? ilamata? selanjutnya akan berdiri kembali khilafah atas minhaj kenabian....
Sunday, March 07, 2010
PEMIMPIN BELANDA HINA AL-QURAN
Posted by i-search at 5:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment