BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 13, 2010

Akhbar Norway hina Islam

Sekali lagi kebiadaban msykt barat kepada kaum muslimin. Semestinya selepas ini akan ada usaha untuk memboikot pula barangan daripada scandinavia atau norway sepertimana tindakan2 air liur basi yang sudah kering. Kini ianya akan dibasahkan lagi mungkin dalam tempoh seminggu dua. Para pemerintah kaum muslimin yang khianat yang kini berada diatas takhta diseluruh dunia, baik dikerusi emas berjubah berserban ataupun yang bertali leher merah hanya akan mengeluarkan kenyataan akhbar berbunyi lebih kurang seperti ini " kami mengutuk sekeras2nya tindakan mereka itu"...dan kemudian berita disambung dengan kejayaan ekonomi dan keamanan dalam negara.

Sudah puluhan kali rasanya Rasul dan Quran dihina. Namun emosi umat Islam hanya sebatas demonstrasi bakar patung serta boikot. Sekurang2nya bagi rakyat biasa, ianya adalah apa yang mereka mampu. Ntah bagaimana pula sikap dato' panglima tentera muslim seluruh dunia dengan keboyotan perutnya? Pastinya mereka terkunci dengan asabiyyah batasan sempadan negara buatan kafir laknatullah. Aina antum ya jundul muslimin??

Masihkah kita tidak sedar bahawa dengan penerapan sekularisma dan demokrasi sememangnya bertujuan untuk melakukan penghinaan keatas kaum muslim dan deenNya tanpa henti?? Sampai bila kita ingin tunggu tanpa melibatkan diri dalam dakwah supaya Daulah Islamiyyah ini ditegakkan secepat mungkin agar jihad akbar mampu dilancarkan untuk melenyapkan yahudi dan persekongkolannya dan mereka2 yang menghina Islam??? ilamata?? ilamata??


Mungkin kita ingin menunggu sehingga yahudi dan amerika datang membedil tanah2 kita disini.Alangkah ruginya bagi yang ingin jadi pemerhati sampai mati.


OSLO 13 Feb. - Kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan dekat pusat bandar Oslo dalam satu tunjuk perasaan semalam bagi membantah tindakan sebuah akhbar Norway yang menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkannya sebagai babi.

Penunjuk perasaan turut melaungkan 'Allahuakbar' selain mengibarkan sepanduk yang meminta akhbar harian Dagbladet diboikot.

Akhbar tersebut pada 3 Februari lalu menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai babi.

Gambar tersebut turut disertakan dengan satu artikel yang mengatakan pengguna internet menyiarkan kenyataan menyakitkan hati tentang Islam dan Yahudi di halaman Facebook milik polis keselamatan Norway.

Ketua editor Dagbladet, Lars Helle memberitahu The Associated Press, dia tidak kesal kerana mencetak gambar yang menyinggung perasaan itu, malah mengalu-alukan tunjuk perasaan yang diadakan semalam.

"Ia adalah satu ujian untuk masyarakat Norway sama ada ia akan jadi satu bantahan aman atau sebaliknya," katanya lagi.

Ujar Helle, Dagbladet juga tidak menerima sebarang ancaman secara langsung sejak ia menerbitkan karikatur tersebut.

Katanya, seorang penggodam dari Turki telah mengakibatkan laman web akhbar tersebut terganggu selama dua jam pada malam Rabu lalu, namun dia tidak pasti adakah pencerobohan itu mempunyai kaitan dengan penyiaran karikatur berkenaan.

Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu menunjukkan kepada media Norway bahawa umat Islam sangat-sangat tersinggung dengan penyebaran gambar seumpama itu.

Islam mengharamkan sebarang imej yang menggambarkan Nabi Muhammad walaupun ia memaparkan sisi baik baginda kerana bimbang ia boleh membawa kepada pemujaan. - AP

0 comments: