BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 14, 2010

Anwar paling LAYAK???

KOTA BHARU, 14 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," kata Nik Aziz kepada media selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.


Dipetik dari Harakahdaily.net




Persoalan utama yang boleh dipertanyakan disini. Kenapa dalam banyak2 jemaah pejuang Islam di Malaysia dan negara kaum muslimin,kenapa PAS pilih PKR yg liberal dan DAP demokratik autokratik yang parti berdua ini adalah terang dan nyata anti sistem Islam?

Kenapa bertindak seperti UMNO yang sanggup bersahabat dengan parti kufur untuk menang?

Dalil tahaluf siyasi datang dari mana? Dari perjanjian hudaibiah? Dari penunjuk jalan yahudi? tepat ke qiyasannya tu??

Tak boleh ke PAS bergabung dengan semua gerakan Islam yang ada di malaysia dan gerak gencar dakwah untuk ubah sistem yang ada melalui dakwah intelektual bukan kekerasan??

Sampai sekarang saya heran...dan lebih hairan kenapa mereka taknak bergabung dengan jemaah Islam yang lain. Mungkin ahli2nya lebih mengetahui jawapannya.

Apa yang saya nampak secara peribadi, mereka membelakangi pakatan bersama kaum/harakah/jemaah muslim yang ikhlas dan menyambut baik pakatan bersama sekular/liberal/anti-islam. Keadaan yang jelas tak kena.

Sahabatku pejuang PAS, kenapa membelakangi kami gerakan Islam yang lain?
Diberi pulak laluan memimpin kalian kepada Bapak Democrazy didikan Amerika Syarikat Sampah - Anwar Ibrahim.

Adakah pendokong sekular demokratik liberal dapat mengatasi dan mengalahkan pendokong Islam?

Nilaikan pernyataan...perhatikan bait ucapan.....fikirkan...dan soal

2 comments:

Fairus Bin Mamat said...

Bro.. Namapun politik...

Ustaz Azrai said...

that why.. sya skong umno, tp sya suka pas.. & cnfrim xkn pilih PKR & DAP..