BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 22, 2011

Kebangkitan di Tunisia

Berkesempatan memerhati kebangkitan di Tunisia, pastinya ramai yang sedang memberikan komen2 yg tersendiri. Namun, realitinya harus diperhatikan bahawa kebangkitan di Tunisia memberikan suatu signal/petanda yang cukup besar kepada semua pemimpin muslim sekular yang ada di setiap belahan dunia akan beberapa perkara :

1. Mereka tidak akan mampu duduk lama di kerusi empuk mereka jika mereka tidak menegakkan syariah.

2. Mereka harus akur bahawa mereka hanya akan dipertahankan oleh Barat selama mana mereka masih mampu memberikan apa yang Barat inginkan, namun Barat akan 'cuci tgn' apabila kepentingan mereka sudah dipenuhi.

3. Pemerintah sekular tidak akan mampu untuk menghalang kebangkitan akbar kerana kebangkitan ini adalah janji Allah dan RasulNya sebaik-baik pembuat makar adalah Allah dan Allah akan membantu mereka yang akan membantu agama Allah serta menjadikan agama ini sebagai cahaya yang menerangi bumi.

Sebagai pendukung kapitalisma dan sekularisma, pemerintah2 sekular yang mengkhianati umat Islam hari ini lupa bahawa walaupun mereka mempunyai kekuasaan ke atas tentera dan polis (mulkan jabariyyatan), mereka masih tidak mampu menghalang kebangkitan ummat. Kita telah menyaksikan akan beberapa siri kebangkitan dan signal-signal yang telah dihantar oleh umat Islam di seluruh belahan dunia bagaimana mereka merindukan agar setiap inci bumi Allah ini diterapkan syariah.Palestin, Uzbekistan, Indonesia, Pakistan, Afghanistan, dan Tunisia antara beberapa belahan dunia yang sedang memberikan petanda besar kepada umat Islam di belahan dunia yang lain bahawa sudah tiba masanya umat Islam bertindak lebih pro-aktif dalam membantu umat Islam yang lainnya dalam penegakan semula sebuah empayar Islam yang akan menerapkan hukum Allah.

Kebangkitan di Tunisia membuatkan liga2 Arab dan pemerintah sekularnya melangsungkan persidangan untuk membincangkan apakah nasib mereka selepas ini dan giliran siapakah selepas ini yang akan diturunkan secara tidak terhormat.

Penegakan syariah dan khilafah sudah mula menjadi ra'yul am (pendapat umum/public opinion)di Tunisia dan lain2 negara yang didiami kaum muslimin. Pengambil alihan kuasa oleh mereka yang ingin menerapkan hukum dan perlembagaan ciptaan manusia tidak akan mampu memujuk hati kaum muslimin yang sememangnya sudah muak dengan kegagalan sistem/hukum/undang2 buatan manusia yang sememangnya telah terbukti, tidak pernah mensejahterakan sesiapapun, baiuk muslim maupun non-muslim.

Ramai yang akan skeptikal/ragu2 dengan kenyataan yang berlaku. Adakah benar Islam akan kembali memerintah dunia sebagaimana zaman khulafa'? Adakah benar Islam mempunyai sistem? Adakah benar Islam mampu berdiri sebagai sebuah empayar dan bermacam2 'adakah' lagilah yang akan dipersoalkan. Sebelum dibentangkan fakta, di tentang lagi dengan fakta-fakta tentang keberadaan sistem demokrasi sampah, sekular dan kapitalisma atau sosialisma yang kononnya telah ada dan inilah pilihan yang ada dan tidak yang lain.

Namun, apabila membaca post ini, cuba buat sedikit homework dengan melayari laman2 internet dan mencari jurnal serta komen pemerintah2 sekular Barat yang dengan terang dan nyata memberikan komen akan ketidakmampuan mereka menghadapi gelombang empayar Islam yang bakal berdiri. Malah pada suatu masa, ketika umat Islam masih alpa dengan keseronokan dunia, barat telah pun menulis tentang pertembungan peradaban yang pada mereka, akan berlaku pertembungan peradaban yang dasyat, yang akan melibatkan Cina, AS dan kuasa besar baru yakni Islam.

Dick Cheney, Bush, Obama, John Cera dan ramai tokoh baik sekular maupun Islam tidak kurang memberikan komen masing2 apabila membicarakan soal kebangkitan Islam sebagai empayar. Sama ada perbincangan dan komen itu bersifat menutupi/menidakkan ataupun menyokong/mengharapkan, keputusannya adalah sama - mengakui akan kembalinya empayar Islam sebagai major player dalam dunia politik dan ketamadunan dunia.

Jadi, bagaimana akan wujudnya sebuah empayar jika tidak dengan berdirinya sistem? Bagaimana wujudnya sistem jika tidak dengan kesatuan global umat islam? adakah hanya dengan kewujudan negara lokal yang ada? daulah maya? negara kesatuan OIC yang dikepalai oleh 40 lebih pemimpin pengkhianat? atau semuanya ini, akan dihabisi secara alami oleh umat Islam seluruh dunia yang bangkit, untuk menggantikan penindasan dan pengkhianatan2 ini dengan seorang Khalifah yang akan menyatukan umat Islam seluruhnya dan memimpin mereka dengan Islam seluruhnya.

Dan....kebangkitan2 ini wahai sahabat2ku, sudah mula terzahir dengan percikan-percikan api daripada ummat Islam....bermula di Palestin....Indonesia...Pakistan...Afghanistan...Uzbekistan...dan kini...di Tunisia.

Apakah kita masih ingin menidakkan fakta geo-politik dunia yang tanpa kekuasaan kita, sedang berubah kearah kebangkitan umat Islam? Kebangkitan di Tunisia adalah fasa kedua awal kebangkitan. Ianya akan terus berjalan...sehingga kemenangan hanyalah milik Allah dan RasulNya.The Wave is Coming....

0 comments: