BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 30, 2011

Demokrasi Sebagai Prasyarat Pembangunan & Kemajuan

Di dalam semua pengkajian berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan sesebuah Negara, demokrasi dianggap sebagai prasyarat kepada pembangunan, baik terkait dengan pembangunan ekonomi,teknologi ataupun sains. Pakar ekonomi yang dikenali dunia, Mancur Olsen (University Maryland) membentangkan di dalam bukunya yang bertajuk ‘Power and Prosperity’(2000) menyatakan bahawa demokrasi secara amnya membina dan berkembang sejajar dengan bentuk-bentuk pemerintahan yang ada. Olson menyatakan bahawa ketiadaan system yakni anarki hanya akan berakhir dengan kehancuran dan salah laku, manakala bentuk pemerintahan dictator, memang menggalakkan pertumbuhan ekonomi selagi mana yang berkuasa tetap berkuasa dengan harapan untuk mengaut keuntungan hasil daripada tempoh sesebuah pemerintahan. Beliau juga menyatakan bahawa di dalam demokrasi, pada pengamatan beliau, sememangnya system ini menjaga kebajikan rakyat dan membawa kepada pembangunan yang pesat disamping adanya mekanisma mengubah pemimpin melalui peti undi. Olson juga menyatakan bahawa dalam usaha untuk mendemokrasikan sesebuah peradaban ianya dapat dilaksanakan dengan memberikan apa yang diperlukan oleh sesebuah populasi. Ada kajian malah memilih demokrasi sebagai prasyarat kepada kejayaan ekonomi. Evan Rodrik, seorang pakar sains politik daripada Universiti Illinois menyatakan bahawa demokrasi adalah ‘institusi meta’ yang mana dengan keberadaan demokrasi, ianya mampu membina institusi-institusi lain dan demokrasi adalah satu-satunya institusi yang memangkin kejayaan.

Walaupun. tidak pernah ada suatu definisi universal yang diterima berkenaan demokrasi, namun ada 2 prinsip yang perlu ada pada demokrasi iaitu semua rakyat mempunyai hak dan kuasa yang sama serta semua rakyat secara amnya diberikan kebebasan dan kekuasaan. Selayang pandang pada negara yang merangkul erat pandangan ini dan terus menerus menjajah egara-negara lain dengan nama demokrasi, menunjukkan bahawa argumentasi diatas tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Malah, secara faktanya kebanyakan negara maju dibangunkan atas dasar polisi antidemokratik dan argumentasi ini diperpanjangkan dengan ketiadaan demokrasi lebih membantu pembangunan sesebuah negara.

Apabila system pengundian mula diperkenalkan di Barat, ianya hanyalah hak eksklusif tuan pemilik tanah, dinisbahkan kepada jumlah undi yang tidak sekata, berdasarkan keluasan tanah, tingkat pendidikan, kejayaan dan umur. Di Amerika, lelaki berkulit hitam hanya diberikan hak mengundi selepas penggubalan Akta Hak Mengundi 1965 disebabkan tercetusnya gerakan hak rakyat. Walaupun mereka dibenarkan mengundi pada tahun 1870 selepas lima belas pemindaan kepada perlembagaan, maka mereka tidak akan menafikan lagi hak mengundi berdasarkan bangsa dan warna kulit. Namun, bahagian selatan Amerika tidak dimasukkan dalam pemindaan ini oleh kerajaan pusat.

Perancis pada tahun 1830 hanya memberikan hak mengundi kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas, yang membayar cukai langsung sebanyak 300 francs yang mana angka ini, hanya membentuk 0.02% populasi daripada 32 million penduduk. Pada tahun 1848 apabila menurunnya angka populasi lelaki, dan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua barulah Perancis membuka ruang undi kepada wanita, selepas era industrilisasi. Jepun juga mengalami masalah yang sama selepas gagal di dalam agenda penjajahan mereka dan apabila mereka dipaksakan oleh Amerika untuk mengalihkan kuasa daripada regim sebelumnya. Amerika hanya memberikan Jepun hak pengundian sepenuhnya pada tahun 1952 dan kerajaan Jepun sendiri, memberikan hak pengundian sepenuhnya selepas 13 tahun memerintah!

Pada tahun 1800, di puncak kejayaan pemerintahan colonial Britain, hanya 3% daripada populasi penduduk di Britain yang dibenarkan mengundi. Hanya pengundi yang mempunyai keluasan tanah tertentu yang diberikan pada zaman medieval yang layak mengundi ahli House Of Commons. Sistem ini menafikan hak pengundian para peniaga, pengilang dan tenaga kerja berkemahiran yang tidak mempunyai tanah. Daerah dan wilayah yang dibangunkan beratus tahun sebelumnya, diberikan hak pengundian dan perwakilan yang tidak sekata dan melebihi had, manakala tanah-tanah perkampungan baru tidak diberikan hak itu sama sekali. Sesetengah kerusi di parlimen secara mayanya dipunyai oleh individu-individu tertentu. Pada tahun 1867, hanya 13% daripada populasi dibenarkan mengundi. Hingga tahun 1928, yakni setelah 61 tahun, barulah lelaki dan wanita diberikan yang yang sama dalam mengundi. Demokrasi secara jelas dan nyata datang setelah membangunnya Britain dan tidak pernah ikut serta dalam proses membangunkan Britain.

Negara-negara maju telah memberikan populasinya lebih hak mengundi daripada Negara membangun pada tempoh masa yang sama. Namun, untuk menyatakan bahawa demokrasi pemangkin pembangunan ekonomi seharusnya diperhatikan dengan fakta dan reality supaya kita tidak terjun kedalam kejumudan ekonomi. China, Russia dan German secara jelas dan nyata membuktikan bahawa demokrasi bukan prasyarat pembangunan ekonomi dan bukti-bukti ini menjadi bukti kukuh bahawa banyak perkara yang mampu dicapai, tanpa keberadaan demokrasi.

Russia dan China berjaya membuktikan mereka mampu berjaya tanpa mengikut acuan Barat dalam soal liberalisma dan demokrasi, malahal mencabar keberadaan model demokrasi Barat. Jadi, persoalan disini ialah, adakah sebarang perkaitan antara demokrasi dan pertumbuhan ekonomi?

Pertumbuhan ekonomi adalah suatu polisi dimana bangsa itu diindustrilialisasikan supaya hasilnya dapat diberikan kepada bangsa tersebut dan mampu membina suatu keadaan yang mana apa yang dihajatkan mampu dicapai oleh bangsa tersebut. Ini sebenarnya memerlukan suatu polisi yang konsisten yang boleh memandu sesebuah bangsa. Pemangkin kebangkitan Britain dilahirkan daripada pengabaian system gereja dan penerapan nlai liberal yang menyatukan bangsa mereka. Kemampuan kuasa golongan aristocrat yang memiliki harta dan tanah, memacu penjajahan dan sekaligus memimpin pergerakan bangsa tersebut. Soviet Union digerakkan dengan penggulingan Tsar dan tinggalannya disatukan dengan ideologi komunisma yang mana melalui beberapa tokoh komunis yang ternama, mereka membina polisi polisi ekonomi, daripada ideology komunis. Amerika bersatu dan bergerak kehadapan selepas membebaskan diri mereka daripada cengkaman Britain dan Jepun bangun setelah mereka menyedari bahawa mereka ketinggalan daripada daripada dunia luar lantas mengisytiharkan perang ekonomi untuk membangun.

China adalah satu-satunya Negara yang mana kebangkitan itu tidak didasari oleh kebangkitan ideology namun, mereka juga membangun dan berkembang mengatasnamakan status ‘great nation’.German juga, jika diperhatikan, mengeksploitasi sentiment bangsa untuk memajukan Negara mereka. Jelas, demokrasi secara mengkristal, tidak mempunyai apa-apa peranan didalam membangunkan ekonomi sesebuah negara. Malah, jika diperhatikan, tidak ada negara yang disenaraikan diatas, mempedulikan mandat dan suara rakyat.

Keterkaitan antara demokrasi dan kemajuan ekonomi merupakan suatu teori yang tidak berasas. Bangsa-bangsa yang merangkul erat demokrasi, pada hakikatnya menjadi demokratik pada tingkat kemuncak kebangkitan mereka dan model negara China secara nyata menunjukkan bahawa demokrasi tidak diperlukan untuk sebuah kebangkitan dan kejayaan system ekonomi.

notes

1 Woodrow Wilson speech at St. Louis 11 September, 1919
2 Rodrik D (1999) ‘Institutions for high quality growth; What are they and how to acquire them,’ Paper preparedfor IMF conference on ‘second generation reform’ Washington DC, 8-9 November 1999
3 R. Alan Dahl, I. Shapiro, J. A. Cheibub, The Democracy Sourcebook, MIT Press 2003 and M. Hénaff, T. B. Strong,
Public Space and Democracy, University of Minnesota Press

dialih bahasa daripada buku Geopolitical Myth www.international-issues.org

0 comments: