BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 08, 2009

Kelantan solat hajat elak menular selesema babi


Muhammad Yusri Amin

Thu | Aug 06, 09 | 9:37:39 pm MYT

KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) - PAS Kelantan malam ini mengadakan solat hajat memohon supaya dijauhi penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) daripada terus merebak.

Solat hajat itu diimamkan Adun Demit, Ustaz mohamad Mustafa diadakan di Dewan Zulkefli Mohamad, pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Selain itu solat hajat juga mendoakan Adun Galas, Chek Hashim Sulaima yang akan menjalani pembedahan kanser paru-paru di China esok supaya selamat.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat juga turut mendoakan supaya tuntutan royalti minyak berjaya menjadi kenyataan.

"Taklimat khusus berhubung rawatan Adun Galas di China diberikan Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Judoh yang baru pulang dari menziarahi Chek Hashim," katanya di sini.

Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob dan pimpinan PAS Negeri serta kawasan dan Dewan-Dewan Negeri. - mj _

sumber : harakahdaily

Review

Adakah hanya dengan bersolat hajat, kecelakaan akan berjaya dihindar? Bukankah Islam mempunyai cara menghindar sesuatu perkara? Bukankah setiap hukum yang ditetapkan bertujuan menghindar dari berlakunya perkara yang lebih buruk?Sememangnya apabila diteliti, tidak semua hukum yang dikeluarkan mempunyai illat, namun, kita faham akibatnya apabila tidak berhukum dengan hukum Allah.

Jelas, soal babi, kita mengetahui Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain Allah...” [TMQ Al-Maidah (5):3]. Ayat ini juga sebenarnya meng-isyarah-kan pengharaman terhadap ‘penternakan’ babi. Itulah pengertian yang dimaksudkan oleh nas yang meng-isyarah-kan hukum tersebut. Oleh kerana itu jika hukum syara’ telah secara jelas mengharamkan memakan babi maka hukum syara’ juga menjelaskan akan keharaman untuk menternaknya.

Tapi pada saat ini masih ada 2-3 pihak yang cuba menyembunyikan tindak tanduk masing-masing dengan cuba menutupnya dengan tindakan yang nampaknya adalah solusi kepada musibah yang menimpa.Tidakkah mereka memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w :

“Demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh akan turun di tengah kalian Ibnu Maryam (Isa) as sebagai hakim yang adil. Ia akan memecahkan salib-salib, membunuh babi-babi dan menggugurkan jizyah serta membagikan harta hingga tidak ada yang menerimanya seorang pun” [HR Bukhari & Muslim].

Dari pihak merah atau hijau, masing2 sebenarnya saling berhukum dengan hukum bukan dari Islam. 1 pihak, menjadi perintis berdirinya penternakan babi dan kilang arak, sementara yang 1 lagi melangsungkan apa yang ditinggalkan. Ingin diroboh, ingin ditutup pusat2nya, masakan tidak boleh kerana telah memegang kuasa dibeberapa tempat, namun disebabkan sudah berpakatan dan mengamalkan demokrasi yang sudah terkenal dengan hak suara ramai, maka natijahnya suara mereka diketepikan.

Penulis tidak mahu mengulas panjang(sebab dah mula nak memanjang). Cuma sedih kepada pejuang Islam yang ikhlas, masihkah kalian tidak nampak natijahnya bermain api demokrasi?Bukankah sudah tiba masanya kalian mengikut thariqah Rasulullah dalam menerapkan hukum Allah dan bukannya suara majoriti manusia?Haruskah ditunggu hingga wabak ini membunuh semua jiwa yang ada dan baru kalian akan sedar akan permasalahan sebenar bahawa thariqah penyelesaian masalah dan wabak yang babi adalah dihapuskan sama sekali dan bukannya penternakan moden? Tidakkah kalian sedar bahawa seluruh perkara berkaitan babi itu adalah haram dan bukannya hanya menjual dan memakannya sahaja?

Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah menimpakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar. QS Ar-Rum 41

Musibah apa saja yang menimpa kalian adalah akibat perbuatan tangan kalian sendiri. QS As-Syura 30

1 comments:

Azlan Ahmad said...

Assalamualaikum

PAS always try to convinced people Islam is their goal, politics is only their tools.

but as usual the same thing happened to PAS as any other Islamic movement involved with democracy, slowly Islam became their tools, and political gains is their prime objective.

when their came to power, they give every kind of reasons for not implementing Islam as a whole. look at kelantan and kedah for nearest example.

than they say its the same democratic system preventing them to adopt Islam as whole. now they admit the system is frudulent. yet they still playing the game. strange isn't it?

whay you still play that democracy game? and why you must obey the Kuffar system at the first place?

there is no Maslahah therein. if there are any Maslahah, then its Maslahah Al-Mulgha. if you learn Usul Al-Fiqh you know what it is.

in reality PAS and UMNO are brothers. UMNO the eldest brother and PAS the younger. they were the children of democracy.

its like you making a cake or cookies for this upcoming Ramadhan and Aidilfitri. you used the same ingredients and same plate and tray. but you using different colouring. all the cake is similar in shape and taste, but only different in colours. so you have red cake, green cake or blue cake.

bitter to swallow, but its true.

Wasalam