Pada 7.05 petang, suratkhabar utusan umno telah mengeluarkan suatu petikan yang seperti biasa, membawa suatu berita yang jauh dari fakta sebenar. Ura-ura kerajaan ingin mengharamkan rokok 14 batang tiba2 ditunda hingga ke 1 jun. Antara alasan yang amat menggelikan tali perut manusia yang berfikir adalah : "kerana Kementerian Kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya." Ditambah pula dengan alasan "Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini."
Walhal, fakta yang dipetik daripada Themalaysiansinsider adalah "He declined to comment on possible legal action by Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM) over possible damage to business arising from this U-turn." (dia menafikan untuk memberikan ulasan lanjut tentang tindakan undang-undang oleh Syarikat Phillip Morris mengenai kekacauan yang berlaku dalam pasaran rokok) Pengarah urusan PMM RIchard Morgan juga mengulas “We believe this is essential to ensure foreign investor confidence that Malaysia is indeed a fair and transparent nation in which to do business,” (Kami percaya bahawa ianya penting untuk memastikan pelabur asing mempunyai keyakinan yang penuh terhadap Malaysia yang mana ianya sebuah negara yang adil dan telus dalam soal urusniaga).
Kapitalisma : Penentu Arah Tuju Gaya Hidup Umat Islam????
Terang dan nyata, sumber diatas adalah secebis daripada keputusan2 yang dipengaruhi oleh para pemodal tentang apa yang boleh dan apa yang tidak. Apa yang halal dan apa yang haram kepada umat Islam seluruhnya. Tidak kurang dengan lambakan bukti bahawa kewujudan segala bentuk kemaksiatan di negara kaum muslimin pada hari ini adalah diatas kata putus dan kuasa para pemodal/kapitalis yang ada. Apa yang mereka inginkan, apa jua keputusan, maka mereka mempunyai kuasa untuk menentukannya, hatta menarik keputusan seorang kepala negara kaum muslimin ke atas ummatnya.Justru, apakah ini yang dikatakan negara Islam? Apakah ini yang dikatakan "tidak langsung terpengaruh dengan anasir luar dalam membuat keputusan"? apakah ini yang dikatakan "tidak tunduk pada telunjuk kuasa asing"?
Apa yang jelas, segala bentuk pernyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang dinamakan pemimpin umat Islam hanyalah retorika sampah!!!! Malang sekali, mereka berkata apa yang mereka tidak perbuat.Namun bagi kaum muslimin, masih ada ruang untuk mereka bertolak ansur dengan antek-antek penjajah walaupun telah berulang kali diinjak dan diperbodohkan!!
Wahai kaum muslimin, telah terang dan nyata bagi kalian bahawa apa jua bentuk keputusan ataupun polisi bagi negara kaum muslimin, hampir kesemua keputusan utama berkaitan nasib umat ditentukan oleh para pemodal bangsat yang tidak henti-henti menjajah negara umat Islam.Mereka tidak henti-henti menjarah darah, keringat dan sumber negara kaum muslimin serta apa yang ada didalamnya. Jika mereka mampu menjarah najis kalian untuk keuntungan sekalipun, pastinya najis kalian juga akan dijarahnya hingga ke cebisan-cebisan terakhir!! Perhatikan Iraq dengan polisi minyak US, perhatikan penjajahan ke atas Afghan dan Pakistan, perhatikan keadaan Indonesia, perhatikan seluruh tanah kaum muslimin yang tidak pernah lepas dari cengkaman tangan-tangan pemodal ini!!!!!
Perhatikan sekeliling kalian, berdirinya industri arak, pelacuran, perjudian, segala bentuk kemaksiatan dan penindasan di atas muka bumi umat Islam hari ini, adalah hasil "polisi,kerjasama dan kepentingan ekonomi" antara pemimpin kalian yang dalihnya tidak lain tidak bukan adalah untuk "kesejahteraan ekonomi negara". Apakah kalian redha dengan kesejahteraan yang disulami dengan kehancuran umat Islam??
Apakah kalian redha jika suatu hari nanti anak-anak kalian tegal biasa dengan judi, pelacuran dan arak kerana itulah yang disajikan kepada mereka kerana eksistensinya adalah halal disisi undang-undang manusia yang berteraskan "demokrasi terpimpin kepala hotak kau" itu??
Dan yang paling utama, apakah kalian redha setiap keputusan yang diputuskan adalah keputusan yang membuatkan Pencipta kalian yakni Allah SWT MURKA ke atas hambanya kerana kita memilih untuk redha dengan segala kemaksiatan ini???!!
Aspek ekonomi merupakan secebis daripada sebuah kemungkaran dan kesyirikan yang telah dilabel cantik oleh para penjajah untuk ditelan hidup-hidup oleh kaum muslimin.Apa yang utama adalah untuk melihat secara jernih bahawa usaha mengubah dan islamisasi sistem ekonomi kapitalis yang wujud daripada sistem pemerintahan kapitalisma adalah suatu yang sia-sia. Umpama menjahit kulit kuda kepada seekor babi. walaupun siap dijahit seluruh tubuh haiwan najis itu dengan kulit kuda yang halal, yang najis, tetap najis. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
Sistem ekonomi daripada ideologi mana pun akan tetap berdiri jika sistem pemerintahan sesebuah ideologi itu masih berdiri. Masakan sistem ekonominya komunis tetapi sistem sosialnya islamik dan sistem pemerintahannya kapitalis?? Pemikiran jenis apakah ini? "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kedalam Islam secara kaffah dan janganlah kalian menuruti hawa nafsu dan langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang NYATA bagi kamu!!"
Musyarri' telah pun menegaskan bahawa masuklah Islam secara kaffah dan bukan suku-suku. Dan berubahnya ekonomi, sosial, pendidikan, dsbgnya, adalah dengan berubahnya sistem politik dan pemerintahan. Maka, sistem apa lagi yang ingin kalian pilih sebagai umat Islam jika tidak Sistem Islam yakni Sistem Khilafah???
Wahai kaum muslimin. Bangunlah bersama kewarasan kalian. Apakah kalian ingin tunggu hingga Allah menterbalikkan tanah ini, baru kalian akan patuh pada seruan Allah?? Atau kita ingin tunggu dan lihat, sehingga bumi ini diterbalikkan dan kemudian bila nyawa di kerongkong barulah kita menjadi seperti firaun yang berkata kepada Rabbnya "Ya Allah, aku beriman sekarang"???
Pada tangan-tangan kalian wahai kaum muslimin yang dimuliakan Allah, terdapat kekuasaan yang mampu mengubah yang bathil kepada yang haq, dan yang mungkar kepada yang maa'ruf!! Muhasabahlah mereka wahai kaum muslimin.Jika kalian masih mempunyai keimanan, walaupun sedikit!
Thursday, May 27, 2010
Rokok 14 : Sekelumit Bukti Hidup Umat Islam Ditentukan Para kapitalis
Posted by i-search at 8:30 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment