BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 27, 2009

Alternatif kepada Kapitalisma

Ada 1 blog yang mencari solusi kepada permasalahan akibat ekonomi kapitalis dewasa ini. Telah saya postkan perkongsian saya kepada blog beliau. Namun, sebab dah berkurun tak menulis, saya ambil hasil perkongsian maklumat itu dan dimuatkan kedalam blog ini.

Ingin sekali saya berkongsi sedikit ilmu yang mungkin boleh membuahkan sesuatu daripada perbincangan yang serba ringkas ini.

Tampak segalanya tidak kena. Nak telan mati mak, luah mati bapak. Itulah hasilnya apabila kita berhukum dengan sistem buatan manusia yakni kapitalis dan demokrasi.

Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah menimpakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar. QS Ar-Rum 41

Musibah apa saja yang menimpa kalian adalah akibat perbuatan tangan kalian sendiri. QS As-Syura 30


Mengikut sistem demokrasi yang mana salah satu pillarnya adalah kebebasan berpemilikan, maka ekonomi yang dipegang oleh segelintir penguasa membenarkan masuknya pemodal2 asing untuk 'memberikan' peluang kerja kepada penduduk malaysia. Selain itu, apabila masuknya pemodal asing seperti mcd yang saudari katakan dlm post, maka ada peluang bagi negara untuk mengamalkan salah satu mekanisma ekonomi kapitalisnya iaitu cukai. Namun, apabila semuanya terkait rapat, contohnya keterkaitan pemodal asing yang melaburkan keuntungannya pada ekonomi non-real yakni pasaran saham, insurans etc, maka apabila terjadinya kejatuhan ekonomi akibat spekulasi kapitalis, maka semestinya ekonomi pemodal-pemodal asing yang di negara kita dan negara kaum muslimin turut terjejas.Mungkin, pemboikotan ada memberikan sedikit implikasi terhadap kejatuhan ekonomi dunia yang berpaksikan kapitalisme .

Namun, harus difahami, punca utama kejatuhan pasaran ekonomi kapitalis dunia bukanlah disebabkan pemboikotan(jika kita berjaya sekalipun), tetapi adalah disebabkan tatacara ekonomi kapitalis itu sendiri yang berekonomi berpaksikan riba , pasaran hadapan, spekulasi dan ekonomi non-real(saham, pembelian hutang etc).
Sedangkan Islam telah mengatur transaksi jual beli dengan hukum syariah yang menjamin tidak akan wujudnya konflik dan aktiviti memakan harta secara batil. Antara contoh hukum2 tersebut ialah:

1. Melarang menjual barang yang belum dimiliki oleh penjual seperti penjualan burung di langit, penjualan buah yang masih belum dipetik dsbgnya.
2. Melarang spekulasi(tanajusy), yaitu menaikkan tawaran/hrga bukan untuk membeli, tetapi hanya untuk menaikkan harga jualan.
3.Melarang jual-beli enam jenis komoditi ribawi (emas, perak, matawang, kurma, gandum, dan garam) tanpa serah-terima secara langsung dalam jual-beli antara jenis yang berbeza, dan tanpa serah-terima langsung dan kesamaan jumlah dalam jual pada jenis yang sama.
4.Melarang saham kerana ianya surat berharga yang mengandungi campuran sejumlah modal yang halal dan keuntungan yang haram, dalam satu akad yang bathil dn muamalat yang bathil, tanpa mampu dibezakan antara harta yang halal dan haram. Syariah juga melarang jual beli bond/bon2 saham kerana ianya merupakan surat hutang yang dilaburkan dengan riba.
(al-wa'ie feb 09)


Boikot atau tidak, sememangnya ekonomi kapitalis mempunyai patternnya tersendiri yang mana setelah sampai pada puncak kesejahteraan, ianya akan kembali merudum, dan dijangkakan, kejatuhan kali ini merupakan kejatuhan terburuk dan ianya akan jatuh seteruk2nya selepas ini.
(Siri TVR1 Halaqah Islam dan Peradaban : Jatuhnya Kapitalisma)

Jika zina dan riba telah tampak di suatu tempat, maka sesungguhnya mereka telah menghalalkan diri mereka dari azab Allah. HR Ath-Thabrani dan Al-Hakim.

Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila.Yang demikian itu kerana mereka mengatakan jual beli itu sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang telah diperolehnya dahulu menjadi miliknya, dan urusannya terserah kepada Allah.Barangsiapa mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelumang dosa.QS Al-Baqarah 275-276

Apabila kejatuhan ini berlaku, ya, sememangnya akan menjejaskan segalanya baik dari segi operasi dan penghasilan. Pekerja akan terkena tempiasnya. begitu juga hasil kutipan cukai yang menjadi sumber terbesar pendapatan negara. Dijamin oleh para pemikir kapitalis itu sendiri bahawa jika mereka bejaya memulihkan ekonomi seperti sediakala, proses kejatuhan ini akan tetap berulang.Apabila terjadi sebegini, apa solusinya yang sebenar2nya?

Islam telah menggariskan tatacara berekonomi yang komprehensif bagi menjamin kesejahteraan umat manusia, muslim atau non-muslim.

Dari segi pemilikan, Islam telah memecahkan pemilikan kepada 3 jenis yakni pemilikan individu, negara dan umum.

Pemilikan individu-barang2ngan yang sememangnya atas usaha dan titik peluh individu itu sendiri

Pemilikan umum-segala khazanah dari perut bumi, adalah hak milik umum dan tidak boleh diswstakan pada pemilik modal untuk dijual kembali pada rakyat contohnya minyak, emas, kayu balak etc. Negara wajib memikul tanggungjawab menyediakan sarana atau menyewa teknologi bagi menyediakn end product kepada rakyat secara percuma. atau kos minimum. Sebagaimana sabda Nabi:

Kaum muslimin berkongsi dalam tiga jenis harta : air, padang(sumber bumi) dan api.

Pemilikan negara - sarana2 keperluan rakyat, persenjataan, industri dan sebagainya, yang bukan terkandung dalam dua pemilikan diatas.

Sistem matawang - emas dan perak, serta wang kertas yang disandarkan secara real pada nilai simpanan emas dan perak negara, dan bukannya yang bersandarkan pada matawang asing, seperti sandaran matawang negara2 dunia pada dollar yang diamalkan oleh sistem ekonomi kapitalis hari ini.

Hasil pendapatan negara - usyur, fai, ghanimah, kharaj, zakat, jizyah.

Elemen utama kepada berjayanya penerapan tatacara ekonomi Islam yang dijelaskan diatas, hanya dengan berdirinya sebuah EmpayarIslam yang menyatukan 55 buah negara kaum muslimin 1 dunia dan diperintah dengan seorang khalifah yang akan menerapkan sistem ekonomi, politik,sosial etc secara keseluruhan.

Bagaimana dengan penyatuan negara kaum muslimin sebagai empayar mampu menghalang daripada terjadinya krisis ekonomi?

Bersatunya negara kaum muslimin, akan menyaksikan penyatuan segala sumber bumi dan kekuatan dlam 1 negara yakni negara kaum muslimin. Indonesia, sudan, algeria, akistan, afghanistan,malaysia mempunyai sumber bumi yang tidak terkira banyaknya seperti balak, emas, perak, intan berlian, galian dan sumber tenaga. Penyatuan tanah2 arab akan menyaksikan penyatuan sumber minyak yang tidak terkira banyaknya. Penyatuan negara2 pembuat senjata dan nuklear seperti iran, india, afghanistan dan pakistan akan menyasikan penyatuan sumber teknologi dan ketenteraan yang hebat. Selepas semua 55 buah negara ini bersatu, bagaimana caranya untuk kita tidak terkena dengan tempias kejatuhan sistem kapitalis? Apabila kesemua negara ini bersatu, kita akan memutuskan segala hubungan dagangan, perjanjian dan ikatan dengn negara2 barat kapitalis yang memusuhi Islam, dari segi ekonomi, politik, internatinal relation dan mula menggunakan emas dan perak sbg standard transaksi harian dan menolak penggunaan/transaksi yang melibatkan matawang asing.

Dari sini, akan wujud sebuah empayar Islam sebagaimana yang pernah berlaku dalam sejarah, yang mana segala sumber bumi, kekuatan dan teknologi menjadi hakmilik kaum muslimin sepenuhnya, tanpa ada lagi investor2 asing yang memonopoli perniagaan dan industri, tidak ada lagi peluang bagi negara asing untuk masuk sebagai pemodal, membeli upah pekerja dengan harga yang murah dan dalam masa yang sama menarik keluar sumber bumi negara kaum muslimin untuk dipasarkan kembali pada negara mereka dalam bentuk barangan siap dengan harga yang murah, tetapi dengan harga yang mahal di negara pengeluar sumbernya yakni negara kaum muslimin. Segala bentuk cukai dimansuhkan dan digantikn dengan jizyah, fai, zakat, usyur, ghanimah dan kharaj.Sistem ekonomi dan perbankan riba dimansuhkan dan kembali kepada fungsi asal bank dan institusi kewangan mengikut tatacara Islam yakni memberikan pinjaman tanpa riba, dan penyimpanan. Ketiadaan institusi/perbankan ribawi memiliki tiga dimensi dalam menjamin kehidupan perekonomian yang aman yakni:

1. Mengarahkan fokus masyarakat pada ekonomi produktif dan bukannya campak duit dan goyang kaki.
2.Melindungi kaum muslimin dan ahlul-dzimmah(non-muslim yang bernaung dan menerima kekuasaan Islam) dari kerugian harta mereka kerana riba.
3. Tidak akan memunculkan fenomena 'bangkrup', sebagaimana terlihat pada bak-bank kapitalis dan memusnahkan kelompok besar harta orang yang terlibat dengannya. Dengan mengharamkan sistem riba dan menghalangnya secara tegas dan keras, Islam telah menutup celah-celah yang memungkinkan masuknya krisis kewangan. Dengan itu, kehiduan kaum muslimin akan kukuh, aman dan kuat terhadap krisis.
(al-wa'ie feb 09)

Tatacara ekonomi kapitalis seperti spekulasi, pasaran hadapan, pembelian hutang dimansuhkan dan digantikan dengan sistem ekonomi Islam yang menggariskan transaksi dan bisnes hanya dalam urusan real(nampak secara zahir) seperti pembuatan, industri, hartanah dan pertanian. Sistem pasport dan visa dimansuhkan antara negara kaum muslimin yang membolehkan kaum muslimin itu sendiri bertebaran mencari rezeki di daerah kaum muslimin yang lain yang penuh dengan tanah2/sumber bumi yang belum diteroka.

Atas penerangan yang tidak seberapa, kita dapat lihat bahawa, penyatuan kaum muslimin 1 dunia dan sumber buminya, sebagai 1 empayar akan kembali mensejahterakan ekonomi kaum muslimin, non-muslim yang bernaung diawah negara kaum muslimin dan negara2 kafir yang tidak memusuhi Islam.Mudahnya kita mencari pekerjaan, tiada lagi sistem ekonomi riba, spekulasi dan tiada ikatan dengan pemilik modal asing yang mana jika kita masih mengharap pada mereka, maka kita akan sentiasa terkesan apabila ada kejatuhan.Kita memegang kekuasaan dan mempunyai sistem ekonomi sendiri yakni sistem Islam, yang kita semua akur bahawa sistem ekonomi Islam bukannya sistem ekonomi ciptaan genius manusia yang masih ada ralat, tapi sistem yang datang dari langit yang tidak ada salah silapnya - PERFECT.

Secara kesimpulannya dengan penyatuan negara kaum muslimin sebagaimana yang diperbincangkan tadi, keadilan sistem ekonomi Islam akan nampak jelas seperti point2 berikut:

1. Negara Islam adalah negara yang memelihara segala urusan rakyat(daulah ri'ayah), bukannya negara pemungut harta(daulah jibayah). Pemeliharaan ini mencakup seluruh rakyat, baik muslim maupun non-muslim.
2. Adanya jaminan untuk memenuhi keperluan -keperluan asas bagi setiap individu rakyat dan pemberian peluang kepadanya untuk memenuhi keperluan pelengkapnya.
3. Adanya pengharaman riba, yang sesungguhnya riba adalah pemusnah harta.
4.Adanya 1 kementerian(diwan) di Baitul Mal/Bank2 yang akan mengelola pemberian pinjaman tanpa riba.
5. Tidak dibolehkan untuk beredar/jual harta yang tidak dimiliki. Juga tidak dibolehkan menjual apa yang belum diserah-terimakan. kerana itu, haram hukumnya ap yang terjadi bursa saham dan pasaran kewangan.hara pula melakukan jual beli dan pengedaran bon-bon dan saham.
6. Tidak dibolehkan adanya tanajusy/spekulasi.
7. Matawang Islam adalah emas dan perak dan wang kertas yang mewakili keduanya.
8. Hasil-hasil bumi dan segala macam jenisnya seperti minyak, gas dan sumber bumi dan alam, semuanya adalah milik umum, yang hasilnya akan dibahagikan kepada seluruh rakyat daam bentuk produknya atau dalam bentuk servis.Individu dan syrikat swasta tidak dibolehkan memiliki sumber alam ini.
9.Negara akan memberikan hartanya kepada orang miskin (dan bukan orang kaya) untuk mencegah beredarnya harta di tangan orang kaya sahaja.
10. Milik individu akan dijaga dan individu yang lain ataupun negara tiak boleh mengganggu harta individu. Apa yang disebut dengan nasionalisasi (pengambila hartaatas tujuan untuk kegunaan negara) atas milik/harta individu adalah haram secara syar'ie.
11.Para penguasa dan pegawai akan diawasi secara ketat(hudud, taqzir, qisas) agar tidak memanfaatkan kedudukannya secara ekonomi. ini dilaksanakan untuk mencegah korupsi/rasuah.
12. Nasihat untuk para pelabur dari kaum muslim : banyak pemodal kaum muslimin yang mempunyai harta yang hendak melaburkan dan mengembangkan hartanya itu, janganlah dibazirkn dengan melaburkannya pada bursa saham dan pasaran kewangan(meja judi). Laburknlah di negeri-negeri islam, baik di bidang pertanian,atau industri, khususnya industri berat, industri elektronik dsbgnya.
(al-wa'ie feb 09)

Bagaimana semua ini mungkin terjadi? Adakah ianya suatu yang possible? YA. caranya? Melalui thariqah Rasul yakni dakwah politik, menyeru supaya umat Islam 1 dunia bersatu dibawah 1 sistem yakni sistem Islam yang datang dari wahyu. Didik umat bukan hanya dengan mengajak mereka kepada pembaikan diri, tetapi mengajak mereka supaya berpaling secara total dari sistem dan isme2 ciptaan kafir dan kembali menerapkan sistem islam secara kaffah(keseluruhan) tanpa meninggalkannya walaupun sedikit.

Adakah ini sekadar rekaan atau imaginasi? TIDAK. Ianya adalah khabar gembira dan janji Rasul sepertimana dalam hadith riwayat Ahmad -

Dikalangan kalian kini adalah masa kenabian. Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan khilafah minhaj nabi(zaman para khulafa'), Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan pemerintahan kejam (zaman para khalifah selepas khulafa')Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan zaman pemerintahan zalim(zaman uthmaniyah hingga kini-sebagaimana disepakati para fuqaha) Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan selanjutnya AKAN BERDIRI KEMBALI KHILAFAH ATAS MINHAJ NABI (khabar gembira/janji Rasul pada kita, zaman yang makin hampir dengan tanda2 kejatuhan kuasa besar dunia), kemudian Baginda diam.


Maka jadilah antara tangan2 yang berusaha untuk mengembalikan dan merealisasikan janji ini. Semoga kita mendapat keredhaan dari Allah dan ditempatkan bersama Nabi dan penghulu Syuhada' atas usaha ini, InsyaAllah.

Yang kurang dari saya, yang baik dari Allah semata. Jika masih tidak jelas, mungkin kita boleh lanjutkan perbincangan. Wassalam.

0 comments: