BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 12, 2009

Minyak Ajaib & Keajaibannya


Rasanya sudah agak lama mendiamkan diri. Minggu lepas, ana berbincang dengan sahabat tentang isu-isu yang menjadi topik hangat mulut ke mulut umat Islam di malaysia. Terkeluarlah tentang analogi 'minyak ajaib'. Sahabat berkata boikot dan demokrasi ni seolah-olah minyak ajaib bagi umat Islam. Apapun, inilah penyelesaiannya. Tidak boleh tidak, mesti pakai boikot, atau demokrasi.

Bersetuju dengan statement yang dilontarkan. Fikir dan soal. Kenapa, apabila Nabi saw dihina dengan dilukis karikaturnya, kita boikot? Kenapa org palestin yang seakidah dengan kita ditindas dan dibunuh, kita boikot? Kenapa bila Geert Wilders keluarkan filem Fitna yang hina Islam, kita boikot? Tidak ada cara/jalan lain selain ini? Atau kita menjadi umat yang nu'minu biba'din, wa nufarriqu biba'din(beriman dengan sebahagian dan mengkufuri sebahagian)? Tidak percayakah kita bahawa deen yang diturunkan Allah itu sempurna dan mampu menyelesaikan apa jua permasalahan secara total? Tidakkah kita percaya bahawa Allah itu Al-Khaliq yang Maha Agung, Maha Hebat, Maha Kuasa, yang kita dengan beraninya mengambil penyelesaian selain apa yang ditetapkan? Tidakkah mereka membaca ayat Allah :

”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”
[TMQ at-Taubah (9):29].

Al-Baqarah 216. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Tidakkah mereka mengetahui bahawa setitis darah umat Islam lebih berharga dari Ka'bah? Menitisnya darah dan penghinaan kepada Allah dan rasul hanya dijawab dengan boikot? Agak malang bagi yang berfikiran sebegini. Mungkin sesuai dengan hadith nabi riwayat Abu Dawud yang mana rasul mengatakan:

"Kelak kalian akan menjadi hidangan bagi kaum kafir".

Sahabat bertanya, "Adakah kita sedikit jumlahnya pada ketika itu ya Rasulullah?

Rasul menjawab "Tidak, malah kalian banyak seperti buih di lautan. Namun kalian mempunyai penyakit WAHN"

Sahabat bertanya, "Apakah WAHN itu ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab "Cintakan dunia dan takut kematian"



Mungkin penyakit WAHN ini yang membelenggu pemimpin-pemimpin umat Islam masa kini. Mungkin penyakit WAHN ini yang membelenggu tentera-tentera Islam masa kini, dan mungkin tempias penyakit WAHN ini sudah mula meresapi umat Islam yang menjadikan 'boikot' sebagai senjata 'utama' bagi segala penghinaan kafir kepada umat islam. Malangnya.....

Itu, dari sudut boikot. Dari sudut memerintah dan berpolitik, rata-rata masih lagi menerima kepada apa yang disogokkan oleh kafir british dan sekutunya bahawa demokrasi itu adalah ‘cara memilih pemimpin’. Tidakkah kita ketahui bahawa demokrasi, selain kononnya alat memilih pemimpin, ia ada pemecahannya yang tidak diperjelaskan kepada kita bahawa dalam demokrasi, terdapat idea sekularisma yakni pengasingan agama dari kehidupan dan juga kebebasan yang menumpu kepada bebasnya memilih akidah, bebas bersuara, bebas berpemilikan dan bebas bertingkahlaku? Firman Allah

An-Nisa’ 89. Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah.

Berjayanya si kafir menyogok kita supaya mendaulatkan demokrasi sebagai satu-satunya cara menerapkan Islam dan cara menubuh Negara Islam, kita dapat lihat naijahnya yang terjadi pada semua gerakan Islam yang cuba menerap dan menubuh Negara Islam dengan cara demokrasi, yakni kegagalan. Jika tidak diperingkat penubuhan Negara, dengan skop yang lebih lokal dan kecil, kita dapat saksikan berjayanya demokrasi ini menyekat sahabat kita yang ikhlas, dari merobohkan kilang arak dan menerapkan hudud, walaupun berjaya memerintah negeri yang ada. Sebagaimana firman Allah

Ali ‘Imran 112. Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan.

Al-Jin 16. Dan bahwasanya: jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak).

Tampaknya demokrasi masih menjadi minyak ajaib bagi kaum muslimin, walaupun dah berkali-kali terkena batang hidung sendiri, baik bagi pejuang Islam, apatah lagi penyokong sekular. Namun, apakah minyak ajaib itu, benar-benar ajaib? Atau jika pun ianya ajaib, selama mana tahannya keajaibannya itu? Lupakah kita pada KEKUASAAN Allah yang meliputi langit dan bumi, yang azali dan wajibul wujud? Pastinya akal yang waras, hanya akan mempertahankan dan akur pada KEKUASAAN & ATURAN Allah, dan bukannya minyak ajaib ciptaan manusia.

Terang lagi bersuluh, minyak ajaib ini sebenarnya tiada langsung ajaibnya. Kita boleh umpamakan minyak ajaib ini seperti minyak yang cuba dijual oleh penjual-penjual penipu di lorong-lorong dan pasar malam. Mereka mempromosikannya sehingga kita termakan dan percaya akan keajaibannya. Namun, setelah menggunakan minyak ini, ternyata, yang datang pada kita hanyalah mudharat, dan bukannya penyelesaian. Maka renungkanlah ayat Allah ini sebagai penutup bicara :

Al-Baqarah ayat 208 - Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

FIKIR......SOAL.....

1 comments:

Anonymous said...

salam anta nih memang mantap r
nanti tunggu
sabtu ana datang
huhu