BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 21, 2009

2 Nakhoda 1 Kapal???


21 Mac di dalam sebuah akhbar gerakan Islam, dan tidak ketinggalan juga akhbar sekular yang sememangnya sudah diketahui pe'elnya yang suka melagakan manusia, melaporkan tentang tokoh gerakan yang mengaku dirinya sebagai NAKHODA sebuah gerakan,walhal didalam gerakan tersebut telahpun ada presidennya. Jadi, apa status presidennya? Pemegang sauh? Tukang angguk?

Usah kita fokus pada pernyataan beliau. Apa yang perlu kita nilai dengan jernih adalah, kenapa boleh terjadi sedemikian? Kenapa mungkin bagi 2 ulama'yang tersohor, kerapkali mengeluarkan pernyataan/pendapat yang berbeza, yang secara alami, memang akan menjadi bahan bagi pihak sekular menggunakan point2 kesilapan untuk dilaga2kan diantara mereka dan penyokongnya? Ada yang suka mawi, ada tak suka. Ada setuju kompromi, ada tak setuju kompromi. Bermacam2 idea dan thariqah yang digunakan, demi Islam tercinta.

Namun, secara jernihnya, inilah sebenarnya natijah penerimaan demokrasi dan gagalnya ummat dalam memahami thariqah sebenar pembentukan negara.Kegagalan untuk memahami apa sebenarnya demokrasi dan instrumennya dalam melingkupkan umat Islam dan gerakan-gerakan yang ikhlas, serta kegagalan mereka dalam menyeragamkan fikrah dan thariqah akibat kekeliruan antara thariqah dan uslub.

Mungkin, bagi yang mengambil thariqah demokratiyah, maka yang penting baginya adalah undian. Undian adalah indikasi kemenangan. Dan tidak dapat tidak, UNDI adalah wajib dalam memenangkan Islam hingga ada yang mengeluarkan fatwa, tidak mengundi adalah haram, masuk neraka dan sebagainya.

Namun, bagi gerakan yang mengambil thariqah Rasulullah yakni dakwah, maka undian bukanlah satu2nya cara menegakkan negara, sebaliknya cara yang paling berkesan yang mana telah terbukti dapat membentuk Daulah Islam pertama yakni Madinah, adalah dengan cara dakwah.

Apabila mengikut thariqah demokratiyah, maka undian adalah satu2nya cara dalam mengangkat pemimpin. Walhal melalui thariqah Rasul dan ijmak sahabat, bai'at adalah satu2nya cara mengangkat pemimpin. Apabila thariqahnya hanyalah undian, tidak kira sama ada dari muslim atau bukan muslim, maka 1 undi itu adalah vital dalam penentu kalah dan menang. Dan apabila 1 undian itu adalah vital, maka disinilah berjayanya kafir barat dan para orientalis menyesatkan umat dan gerakan Islam yang ikhlas. Undian yang menjadi penentu kalah dan menang ini terpaksa disertakan dengan tindakan kompromi dan ketundukan pada taghut. Ada pula yang berpendapat ketundukan ini adalah dengan menggunakan kaedah fikih 'mengambil mudharat kecil untuk menolak mudharat besar' dan sebagainya. Realitinya? Telah berulang kali mudharat kecil ditolak, namun mudharat besarnya masih ada...malah, lebih-lebih lagi memudharatkan.

Apa hasilnya mengambil mudharat kecil demokrasi ini untuk menolak mudharat besar supaya negara tak dikuasai sekular secara total? Kompromi kuasa antara yang Islam dan gerakan yang jelas anti-Islam dan sekular. Kompromi menghalalkan ideologi demokrasi yang dahulunya diharamkan. Kompromi antara dahulunya melarang Islam sekular menyambut perayaan agama lain, namun sekarang, apabila memegang kekuasaan yang intipatinya kompromi, maka gerakan Islam pun terpaksalah mengucapkan Gong Xi Fa Chai, dikalungkan bunga pada hari Deepavali dan merasmikan wat siam bagi menjaga hati sesetengah pihak, yang telahpun dilakukan oleh golongan sekular sebelumnya.

Tidak juga terlepas dari tidak sepakatnya dalam membuat keputusan. Ada yang nampak cara A lebih baik untuk menang, dan ada yang nampak cara B boleh menang. Maka berlakunya pertelingkahan merebut jawatan NAKHODA oleh mereka yang memimpin mereka yang tidak tahu menahu. Kerana apa ini berlaku? Kurang jelasnya tentang thariqah Rasulullah dalam menubuh negara. Analogi mudah - Apabila sebut tentang mencuri, sebagai umat Islam, apa fikrah(kefahaman) kita tentang hukumannya? Semestinya potong tangan(Thariqah). Bagaimana hukum yang telah ditetapkan Allah ini diganti dengan penjara dan denda? Alteration ini dilakukan oleh umat Islam sendiri. Apabila disebut tentang murtad, sebagai umat Islam, apa fikrah(kefahaman) hukuman bagi yang murtad? Semua orang tahu hukumannya bunuh(thariqah). Namun apa thariqah yang di usahakan bersungguh2 oleh alim ulama dan pembela2 Islam? Jangan tukar nama dalam ic la....jangan tukar status lah...nasihat la (walaupun murtadnya dah berpuluh tahun) dan sebagainya, yang menunjukkan kecelaruan umat dalam memahami pentingnya keseragaman dan penyatuan fikrah dan thariqah agar kita tidak menyimpang dari cara yang sebenar dalam perjuangan.

Begitu juga dengan menubuhkan negara. Semua orang tahu umat Islam dan bukan Islam wajib diperintah oleh sistem pemerintahan Islam dengan tuntutan "Tidak Aku utuskan engkau Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam." Namun, kenapa thariqah yang bukan Islami yang diambil yakni cara demokrasi? Semestinya apabila kita cuba menegakkan yang haq melalui cara yang batil, maka hasilnya...

Ali ‘Imran 112. Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan.

Kita mengaku Rasulullah sebagai suri teladan, menangis apabila teringat sirah nabi dan berusaha bersungguh2 dalam mengikuti sunnahnya dalam berpakaian dan amalan ruhiyyah. Namun kenapa tidak diikuti sunnah Rasul dalam menubuhkan negara dan penerapan Islam secara kaffah dalam hidup individu? Kenapa bila tiba soal negara, diberi alasan 'Itu Rasul, kita lain'....atau 'Nabi tak pernah tunjuk pun cara bina negara'. Dangkal sekali. Tidakkah ditunjukkan pada kita bahawa Rasulullah membentuk negara melalui nusrah(meminta kekuasaan) sebanyak hampir 40 kali pada bani2 yang ada, hingga ditemukan pada Baginda bani Aus dan Khazraj?? Masih lagi mengatakan 'Nabi tak tunjuk cara bina negara'?

Mari kita lihat pemerhatian ringkas ini :

Thariqah demokratiyah - Undian (1 undi adalah vital untuk menang)

Uslub demokratiyah (cara apapun untuk meraih undi)

- Kompromi antara parti anti islam dan liberal
- Negara Berkebajikan (terpaksa kompromi kerana penggabungan prinsip)
- Hudud bukan priority (lagi 30 tahun pun boleh)
- Terpaksa menyambut agama lain, mengucapkannya, merasmikan hari kebesaran agama lain.
- Negara Perpaduan (Perpecahan umat MELAYU(elemen asabiyyah) merisaukan).
- Isu Nakhoda - percanggahan pendapat tentang cara apa yang terbaik untuk memenangkan
Islam

Natijahnya : Mudharat yang ingin ditolak, akhirnya kembali dan lebih memudharatkan setiap kali ianya kembali. Akhirnya, tidak kedengran lagi laungan memperjuangkan Negara Islam seperti laungan asal sebelumnya.

Mungkin bagi mereka yang ikhlas memperjuangkan deen ini supaya diterapkan di atas muka bumi Allah, sekiranya terbaca nukilan ringkas ini...mungin kita boleh merenung ayat Allah ini, supaya dapat kita berfikir dan memuhasabah diri dan gerakan, apakah jalan/thariqah yang sebenarnya untuk memenangkan Islam......

An-Nisa’ 89. Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah.

Bukankah Rasulullah telah pun menunjukkan jalannya? Sebagaimana firman Allah :

At-Taubah 33. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk (al-Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkan-Nya atas seluruh agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Mungin saat ini kita patut bertanya pada diri kita. Kita akui kita orang islam, pejuang islam, namun, apabila ada sahabat yang menegur apabila kita ambil cara bukan islam untuk menubuh negara Islam, kita MELENTING bukan kepalang. Marah dan emosional. Kenapa mesti marah? Bukankah dengan marah dan melentingnya kita, seolah2 dalam tak sedar menunjukkan kita menjadi 'pembelanya'?? Walhal telah kita akui keharamannya.

Fikir....soal....

0 comments: