BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 13, 2009

Hentikan Hegemoni Amerika Syarikat.


Kekesalan umat dunia semakin memuncak. Secara terang dan nyata dunia menyaksikan berpihaknya US terhadap aksi kerakusan tentera Israel di Gaza, dan atas peristiwa ini, makin membuka mata dunia.US sememangnya telah gelap mata dan menjadi peyokong Israel dengan membabi buta.




Obama, sang presiden baru yang awalnya memberi harapan besar, ternyata menunjukkan belangnya.Dia adalah penyokong kuat Israel.Realiti ini memang tidak terlepas dari kenyataan bahawa setiap presiden US, sesiapapun dia, tidak mengira warna kulit,adalah pembela dan penyokong kuat Israel.

Kita menyaksikan pasca keruntuhan Soviet sebagai zaman kebangkitan US. US seolah2 negara yang tiada tanding. Kekuatan US dan kehebatannya jelas bukan untuk kemuliaan umat manusia, tetpi hanya untuk memenuhi keserakahan nafsu imperialismanya.Persoalannya disini....Sampai bila Amerika akan berjaya? Adakah Amerika ini mampu dijatuhkan?

Tiang pendiri dan batu asas yang menjadi tunggak kekuatan US adalah dari ideologi yang dibawanya yakni ideologi kapitalisma.Kewujudan ideologi tampak jelas dalam kepentingan nasional US yang diimplementasikan dalam sistem politik, ekonomi dan ketenteraannya, walaupun tidak mengabaikan aspek sosio-budaya.

Politik Amerika

Politik US semestinya berpijak kepada kepentingan negaranya. Anthony Lake menggariskan tujuh aspek kepentingan negara Amerika pasca Perang Dingin iaitu: 1) Mempertahankan Amerika Syarikat, warganegaranya dalam dan luar negeri. 2) Mencegah timbulnya pertentangan yang dapat mengganggu perdamaian antarabangsa. 3) Mempertahankan kepentingan ekonomi Amerika Syarikat 4) Menyebarluaskan nilai-nilai demokrasi 5) Mencegah perkembangan senjata nuklear 6) Menjaga rasa percaya dunia internasional terhadap Amerika Syarikat 7) Memerangi kemiskinan, kebuluran dan perlanggaran terhadap hak asasi manusia(HAM).(Lake, 1995)


Ekonomi Amerika

Amerika Syarikat sebagai sebuah negara kapitalis yang maju berdasarkan sistem kapitalisnya pada ekonomi pasaran wang. Politik ekonomi US dibangun berdasarkan keutamaan aktiviti ekonomi untuk menguntungkan pengeluar serta memaksimakan pengeluaran, sementara pembahagian kesejahteraan /keuntungan merupakan tujuan yang terkemudian. Kerana itu, ekonomi Amerika menggunakan pendekatan neo-klasik yakni ekonomi pasar yang kompetitif. Dengan berbekalkan model ini, individu diharapkan dapat memaksimakan kepentingan peribadi mereka dalam mencapai kesejahteraan/keuntungan. Dan dengan memaksimakan kepentingan peribadi mereka, syarikat-syarikat besar diharapkan dapat mencapai keuntungan yang maksima (Gilpin, 1987: 150-151)

Ekonomi Amerika ialah salah satu ekonomi terpenting dunia. Banyak negara telah menjadikan USD sebagai alat pertukaran matawang. Ertinya, berharga atau tidak duit dan matawang sesebuah negara itu, bergantung kepada harga pasaran yang ditentukan USD. Ada pulak sejumlah negara yang menjadikan USD sebagai matawangnya. Bursa saham Amerika dipandang sebagai petunjuk kepada ekonomi dunia.Justeru, dengan sistem ekonomi yng kuat, Amerika memperuntukkan dana sebesar $399.1 million untuk perbelanjaan ketenteraannya. (www.abacci.com/wikipedia/default/aspx).



Ketenteraan Amerika

Kedudukan ketenteraan Amerika menggambarkannya sebagai sebuah negara ideologi.Dalam U.S Army 2007 Posture Statement digambarkan bahawa Amerika memiliki hampir 600,000 tentera yang aktif. Lebih dari 40% (lebih kurang 243,000) tersebar di 76 buah negara dunia. Sekitar 102,000 tentera diantaranya berada di Iraq, 8000 di Kuwait, 18,000 tentera di Afghanistan (U.S Army TRADOC G2 Handbook No.1 (Version 5.0) A Military Guide to Terrorism in the Twenty-First Century).

Dari segi peralatan perang, sehingga tahun 2005, Amerika memiliki lebih kurang 510 pelancar peluru dengan sejumlah 1100 hulu ledak aktif(warhead) dan 45 hulu ledak cadangan: dengan jarak jangkauan antara 9,600km hingga 13,000km. Amerika juga memiliki lebih kurang 328 pelancar peluru berpandu yang dapat dilancarkan dari kepal selam atau kapal perang dengan jumlah 3014 hulu ledak aktif dan 170 ledak cadangan dengan jarak capaian 7,400km sehingga 12,000km(dari posisi kapal selam/perang tersebut)

Selain itu, menurut laporan tahun 2003, Amerika syarikat merupakan negara penjual utama persenjataan (USD12.1 million) di pasaran antarabangsa, diikuti oleh Britain (USD 6.1 million), Rusia (USD 3.7 million), Jerman (USD 3.2 million) dan Perancis (USD 2.9 million) (http://www.kompas.com/kompas-cetak/0505/28/opini/1777489.htm)


Hegemoni Amerika

Amerika akan terus berdiri sebagai sebuah negara jika tiga tiang pendiri dan batu asanya masih kukuh yakni politik, ekonomi dan ketenteraan. Selama negara-negara dunia masih bergantung harap pada Amerika dalam tiga area ini, selagi itu Amerika akan terus kukuh. Disebabkan kekuatan 3 tiang pendiri ini berpaksikan ideologi kapitalis, maka tidak ada cara/jalan lain untuk menghentikan hegemoni US, kecuali dengan cara menolak secara total penerapan ideologi kapitalisma.

Sebagaimana kita sedia maklum, seharusnya usaha ditumpukan kepada membongkar segala keburukn idea dan cara hidup yang dibawa oleh Amerika. Namun begitu, sebenarnya sudah sangat ketara dan jelas bahawa Amerika saat ini menuju kehancuran. Menyebelahi Israel tanpa alasan yang rational, double standard dalam penilaian hak asasi manusia(HAM) dan usaha penerapan demokrasi, dan eksploitasi ekonomi keatas negara dunia ketiga, kehancuran moral warganegaranya dan masih banyak lagi cacat cela dari Amerika syarikat yang semestinya cukup menjadi alasan untuk menolak apa yang selama ini dianggap 'baik' oleh Amerika.

Sebagai contoh, akibat Perang Teluk tahun 1991 sahaja, jumlah korban yang dicatatkan di Iraq berjumlah antara 100-120ribu nyawa, termasuk 3500-12000 korban yang terdiri dari orang-orang awam. Korban yang meninggal akibat daripada kerosakan dan kelumpuhan negara akibat peperangan, dianggarkan mencecah 100ribu orang. Belum lagi angka kematian bayi pasca perang (1991-1994) yang meningkat 600% dan angka kelahiran dibawah normal yang meningkat 500%. Bahkan menurut catatan rasmi pemerintah Iraq, sebanyak 1.6juta rakyat Iraq telah meninggal dunia akibat embargo pimpinan Amerika yang telah berlangsung selama 11 tahun (Eramuslim.com)

Membangun Negara Baru : Khilafah Islam

Amerika memang mungkin akan runtuh dengan sendirinya dengan kelemahan ideologi kapitalisma yang dianutinya. Uni Soviet telah menjadi contoh bagaimana sebuah negara ideologis yang besar boleh hancur sebegitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang sisa.Namun,keruntuhan Uni Soviet juga tidak terlepas dari berkembangnya ideologi alternatif disana.Disebabkan tentangan internal terhadap ideologi yang dibawanya, akhirnya Komunisma terperosok dan dihancurkan setelah kesetiaan rakyat dan ketenteraan beralih.

Model seperti ini pun mungkin dpat dilakukan untuk meruntuhkan Amerika. Amerika mampu runtuh secara internal seperti runtuhnya Uni Soviet atau juga boleh dihancurkan dengan kekuatan eksternal seperti hancurnya kekuasaan Romawi dan Persia pada masa lampau.

Untuk itu, ada beberapa langkah yang harus dilakukan umat Islam saat ini

Pertama : Perlu ditanamkan kesedaran ber-ideologi dikalangan umat Islam. Ertinya umat Islam perlu memuhasabah pemahaman terhadap akidah yang dipeluknya. Sebab, selama ini mereka hanya memahami akidah Islam hanya sebagai keyakinan spiritual/ruhiyyah semata, dan tidak menjadikannya sebagai akidah politik.Akibatnya, umat islam hanya rasa 'bertangungjawab' terhadap persoalan-persoalan spiritual sahaja. Seraya menjauhkan diri dari persoalan-persoalan politik,ekonomi,sosial dan persoalan sejenisnya yang sememangnya mendera umat pada masa kini. Akibatnya, mereka menjadi tidak sedar dengan pelbagai tipudaya politik maupun ekonomi yang dilakukan negara-negara besar seperti Amerika yang setiap waktu mengancam keberadaan negara-negara lain.

Kedua : Melepaskan kebergantungan secara ekonomi, politik dan ketenteraan terhadap Amerika.

Ketiga : Membakar rasa marah dan kebencian kaum Muslim terhadap Amerika dan sekutu-sekutu negara kafir yang lain. Amerika mesti dipandang sebagai musuh umat Islam kerana telah menjajah negara-negara umat Islam. Amerika harus dituntut untuk bertanggungjawab atas semua penderitaan yang dialami oleh kaum Muslim di pelbagai negara umat Islam akibat penjajahannya yang sangat keji dan hina.

Keempat : Memahamkan umat Islam di berbagai negara untuk meninggalkan ikatan-ikatan nasionalisma, patriotisma,primordialisme,sektarianisme dan kedaerahan; menempatkan kembali ikatan ukhuwah islamiyah pada tempatnya; menyedarkan umat islam bahawa salah satu punca kelemahan umat Islam adalah mereka tidak terikat dengan Islam.

Kelima : Menjelaskan hakikat persoalan hangat kaum muslim seperti apa yang terjadi di Palestin, Kosovo, Iraq, Aljazair, Afghanistan, Tajikistan, Chechnya, Azerbaijan, Filipina, Indonesia,seluruh nusantara dan negara-negara Arab lainnya. Semua itu dijelaskan sesuai dengan hukum-hukum syariah.

Keenam : Pengembangan pendapat umum tentang pentingnya keberadaan Khilafah Islamiyah sebagai institusi yang akan melindungi dan memayungi seluruh kaum muslim.Dengan itu, umat Islam akan merasa pentingnya untuk bersama-sama mewujudkannya dalam realiti kehidupan mereka. Sebab, hanya institusi Khilafah Islamiyahlah -sebagaimana yang telah berjaya dibuktikan berabad-abad lamanya-yang mampu melindungi dan memayungi umat islam dari serangan dan penindasan negara -negara kafir.

Potensi Umat Islam

Untuk mengalahkan Amerika, negara yang telah berdiri haruslah menjadi negara yang dapat menandingi Amerika. Kerana Amerika adalah negara berideologi,maka Amerika hanya boleh dikalahkan oleh negara berideologi.Semestinya negara pesaing itu bukannya dari yang berideologikan Sosialisma, kerana ianya pernah menyaingi Amerika satu ketika dahulu, tetapi telahpun runtuh.

Kerana itu, yang diharapkan akan muncul satu kekuatan untuk mengalahkan Amerika adalah dari Duna Islam. Sebabnya, hanya Dunia Islam sahajalah yang saat ini memiliki seluruh potensi untuk menghentikan hegemoni Amerika.

Pertama: Potensi ideologi.Islam sebagai ideologi kaum muslim menjadi potensi yang kuat untuk menandingi ideologi kapitalisma yang dibawa oleh Amerika. Hal inilah yang dikhuatiri oleh Samuel Huntington dalam bukunya, The Clash Of Civilization and The Remarking Of World Order.Dalam bukunya, Huntington menulis, "Problem mendasar bagi barat bukannya Fundamentalisme Islam, tetapi Islam sebagai sebuah peradaban yang penduduknya meyakini ketinggian budaya mereka dan dihantui oleh rendahnya kekuatan mereka."

Kedua: Potensi geografi.Kaum muslim secara geografi menempati posisi jalur laut dunia yang strategik. Umat Islam mengendalikan Selat Gibraltar di Mediteranian Barat, Terusan Suez di Mediteranian Timur, Selat Bab Al-Mandab yang memiliki teluk-teluk kecil di Laut Merah, Selat Dardanella dan Bosphorous yang menghubungkan jalur laut hitam ke Mediteranian, serta Selat Hormuz di Teluk.Selat Melaka merupakan lokasi strategik Timur Jauh.Dengan kedudukan yang strategik ini, keperluan masyarakat dunia kepada wilayah kaum muslim pastilah sangat tinggi yang mana mereka semestinya melalui terusan dan laluan penting dunia setiap kali berdagang dengan jalan laut.

Ketiga: Potensi sumber bumi. Negeri-negeri islam dianugerahi Allah SWT dengan kekayaan sumber alam yang luar biasa jumlahnya..Negara-negara Islam dikenali dengan kesuburan tanahnya. Sumber bumi kedua terpenting yang dimiliki Islam adalah bahan-bahan mentah.Dunia Islam mengelola minyak dunia (60%), boron (40%), fosfat (50%), perlite (60%), strontium (27%), dan timah (22%). Diantara bahan mentah tersebut, minyak berada di lokasi yang sangat strategik.Kekuatan minyak ini pernah ditunjukkan oleh negeri-negeri Arab dalam embargo minyak tahun 19730-1974 terhadap negara-negara Barat. Embargo tersebut mampu menimbulkan kegoncangan ekonomi yang dasyat pada Amerika dan negara-negara Eropah pada saat itu.

Keempat: Potensi jumlah penduduk. kalaulah umat Islam bersatu seluruh dunia dibawah naungan Khilafah Islamiyah, jumlah penduduknya tentu lur biasa banyaknya. Saat Dunia Islam masih 'tidur' saja jumlahnya lebih kurang 1 million atau 20% populasi dunia.

Kelima: Potensi ketenteraan. Harus diakui bahawa saat ini, industri ketenteraan Dunia Islam dalam keadaan mundur bahkan mengalami kebergantungan terhadap musuh-musuhnya. Akan tetapi, secara kuantitinya, jumlah pasukan tentera di Dunia Islam sangat besar.Seandainya 1% sahaja dari 1 million penduduk Dunia Islam direkrut, akan diperoleh 10juta tentera. Kerana jumlah ini, dapat kita bayangkan jika pergerakan pasukan tentera ini dilakukan oleh sebuah negara, apatah lagi negara yang bersifat international seperti Daulah Khilafah islamiyah.

Itulah beberapa potensi besar yang dimiliki oleh umat Islam pada saat ini. dengan potensi ideologi dan faktor-faktor kekuatan tersebut, umat islam berpeluang kembali untuk menjadi sebuah kekuatan yang sangat besar dan dasyat, yang mampu mengimbangi, malah menghancurkan hegemoni Amerika saat ini. Muslim berada dalam satu institusi yang menjadi naungannya, yakni Daulah Khilafah Islamiyah.



KHILAFAH lah yang akan menghentikan hegemoni Amerika.

Sebagai negara berideologi,Khilafah Islam akan menjadi negra yang propagandis dan progresif menawarkan ideologinya ke seluruh dunia. Islam sebagai rahmatan lil-alamin akan menjadikan Negara Islam sebagai negara dakwah. Jihad akan menjadi pilihan jika tawaran simpatik Khilafah Islam ditolak mentah-mentah. Tentu jihad akan dilancarkan dan akan berpaksikan pada ketentuan syariah Islam yang mulia, sebagaimana dulu dicontohkan oleh para sahabat dan para tokoh Islam seperti Salahuddin Al-Ayubi dan Muhammad Al-Fatih.

Dengan penerapan Islam oleh Khilafah, keadilan di tengah-tengah manusia akan terasa nyata, bukan utopia lagi seperti saat ini. Jika Khilafah telah mengumumkan jihad fi sabilillah dan menyebarluaskan risalah Islam ke seluruh ke penjuru dunia.Idea-idea Islam pun akan memenuhi benak para pemikir dan intelektual. Kemudian jika Khilafah telah menjalankan kewajiban jihadnya itu, seluruh media massa dunia akan meliput dan menyiarkannya secara luas dan menarik perhatian manusia.

Disalin semula dan dialih bahasa oleh i-search/wazir dari Al-Wai'e March 2009.

0 comments: