Apabila kita imbau kembali sirah Rasul, masih ku teringat dikala saat akir hayatnya yang mana sakaratul menjemputnya kembali menghadap Sang Pencipta, masih lagi sempat Baginda menyebut UMMATI...UMMATI (ummatku....ummatku)...saat ini ketika membaca sirah yang mana helaian-helaian itu berada dalam tapak tanganku, aku tidak mampu menahan airmata membayangkan cinta Rasulullah kepada ummatnya. Bergetar tanganku memegang lembaran yang menceritakan tentang saat akhir Baginda junjungan kita. Bagaimana seorang lelaki masih mampu mengingati akan nasib ummatnya kelak walaupun ketika menghampiri kematian? Iulah Rasulullah!.
Aku memuhasabah diri ini, diri yang terlalu kotor dengan dosa dan kecelakaan. Diri yang penuh dengan dosa dan kezaliman. Apakah layak diri ini untuk digelar ummat Muhammad yang pada akhir hayatnya mengingati kita sebgai ummat? Apakah status aku kini, selayaknya digelar ummat Muhammad, dengan segala kezaliman yang lakukan pada diriku ini?
Alhamdulillah, ku rasakan pada saat ini, sekiranya Baginda masih ada, mungkin Baginda pun mungkin bisa menitiskan airmata kerana di dalam kebejatan dan kezaliman zaman, serta kerosakan demi kerosakan, cahaya Islam makin hari makin bersinar.
Siapa sangka ditengah kerosakan akhlak manusia seluruhnya, masih ada anak-anak muda yang mempunyai cinta kepada Allah dan Rasulnya?Dikala mereka yang bergelar remaja masih tidak memikirkan apapun melainkan hiburan dan hiburan serta keseronokan dunia, masih ada yang pada hatinya secebis semangat untuk menjadi mereka yang bersama berusaha untuk menegakkan panji2 Rasulullah?
Siapa sangka......sebak ketika ku melihat gambar yang sempat dirakamkan oleh sahabat serta mendengar berita yang disampaikan mengenai gelagat anak-anak ini.Pemuda2 yang dahagakan Islam. Pemuda2 yang dahagakan tsaqafah islam. Pemuda2 yang pada tangan-tangan mereka terletak masa depan yang tidak dapat digambarkan saat kemenangan Islam itu tiba umpama cahaya yang menyinari kegelapan.
Malu, itulah perkataan yang ku mampu ungkapkan sekiranya saat ini aku masih tidak mempedulikan nasib ummat. Malu, sekiranya pada umurku ini, aku masih ingin menghabiskan sisa baki umurku yang pendek ini sebagaimana orang lain yang hanya pentingkan dunia tanpa peduli agama. Malu, jika masih pada saat ini aku ingin menidakkan kebangkitan Islam sebagai deen yang unggul seagaimana yang pernah terjadi dalam sejarah.Malu, sekiranya mereka yang sebegitu muda pada usianya lebih mempedulikan nasib ummat daripada diriku ini yang makin meningkat usia. Malu aku pada kekasihku Muhammad sekiranya pada saat akhir hayat baginda, aku langsung tidak ambil peduli pada ummat Muhammad yag menjadi saudara seakidahku dengan alasan 'aku sibuk dengan kerja, aku sibuk dengan isteri dan anak-anak, aku sibuk dengan saudara-saudaraku, aku sbuk dengan keluargaku, aku sibuk dengan harta-hartaku, aku sibuk degan rumah-rumahku yang indah...maka muhasabah untuk diriku ini sebagai penutup kata:
"Katakanlah, jika bapak-bapak,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yag kamu khuatiri akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat kamu tinggal yang kamu sukai, adalah LEBIH KAMU CINTAI dari Allah dan RasulNya, dan dari berjihad di jalan-nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. AT-TAUBAH 24

0 comments:
Post a Comment