Seringkali kita terdengar jawapan2 mereka yang bertaklid tanpa ada rasa ingin mempelajari sesuatu seperti : kau apa tahu, dia ulama, dia tuan guru, dia taulah apa yang dia buat. kau nih siapa nak persoal2 orang lain?"
Banyak jawapan2 yang dirasakan tidak menepati standard dalam berhujjah. Jawapan yang diberikan oleh si pemberi jawapan, malahan dia sendiri bertaklid buta tanpa ingin ada sekelumit perasaan untuk mencari apakah benar segala tindak-tanduk orang-orang lain yang jelas, semakin hari semakin pelik.
Kali ini, bukannya bertujuan mewujudkan provokasi, tetapi sekadar ingin mengajak sahabat2 kita yang ikhlas untuk berfikir, kemanakah sebenarnya arah perjuangan kita selagimana arah dan halatuju perjuangan itu didasarkan pada akal dan emosi mereka yang memimpin dan bukannya pada dalil yang telah ada tersedia 1300 tahun yang lampau, sesuai diaplikasi dan digunapakai hingga hari kiamat.
Tertarik dengan kenyataan yang dkeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz didalam blognya blogtuanguru.com, antara kenyataan2 beliau nampak seolah2 marah dan frustrated, walaupun sebenarnya sebelum ini telahpun diadakan press conference bahawa issue panas yang membelenggu kepimpinan telahpun selesai dengan tindakan2 tertentu. tetapi, amatlah mengejutkan apabila pada 22 oct 2009, Tuan Guru sekali lagi membangkitkan issue ini dengan kenyataan terbuka yang begitu berani.
"Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah.Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?" http://www.blogtokguru.com/pages/posting/29/pas-keperluan-muktamar-khas-luarbiasa.
Alhamdulillah, kita nampak bahawa tuan guru amat cintakan parti. mungkin disebabkan kecintaan yang mendalam ini menyebabkan beliau ingin sangat 'membersihkan' kepimpinan parti dari sebarang kesamaran dan salah tindakan yang ada.Namun, ada beberapa perkara yang mungkin boleh diberi perhatian jika mungkin muktamar khas ini akan berlangsung atas permintaan terbuka TGNA.
1. Sekiranya benar sipolan-sipolan yang disebut oleh Dr Aziz Bari merupakan mereka yang pro kepada UG, maka apakah akan berubah halatuju perjuangan apabila mereka disingkirkan?
Kita tidak boleh lupa bahawa parti PAS merupakan antara parti yang mempunyai pengaruh yang kuat, dan semestinya tokoh2 yang disebutkan mempunyai pengikut mereka yang tersendiri. Apakah jaminan dari pimpinan bahawa setiap kali berubah tampok baru, mereka ini adalah orang yang telah mengkristal dan benar2 menginternalisasi dasar perjuangan parti? atau ingin diambil jalan "tiap kali masuk geng sipolan, pecat je"?
2. Realiti bagi sebuah gerakan, apabila yang masuk dan menerajui kempimpinan terdiri daripada pelbagai jenis pemikiran dan ideologi yang tidak disatukan dengan dasar perjuangan dan tsaqafah parti, maka senantiasa akan wujud keadaan 'parti dalam parti'. Malah, dasar kepimpinan profesioal+ulama adalah akibat daripada golongan ini tidak paham politik dan golongan ini tidak paham agama, lalu disatukan ide2 mereka untuk kemaslahatan bersama.Semestinya daripada perbincangan2 ini akan mewujudkan kompromi didalam memilih thariqah perjuangan yang sesuai dengan zaman, keadaan dan tempat. Maka, apa kesudahannya apabila realitinya akan sentiasa wujud pertembungan idea dari professional dan ulama dalam soal memilih idea mana yang patut diperjuangkan untuk pilihanraya2 mendatang dan koalisi yang wujud saat ini?
Oleh itu, suka sekali dicadangkan agar jika terjadi muktamar khas yang dicadangkan oleh TGNA, maka sepatutnya langkah yang diambil oleh kepimpinan adalah :
1. Sesiapapun yang tidak mengkristal atau menginternalisasi dasar perjuangan parti dan matang pemikirannya bersama apa yang diperjuangkan parti, tidak layak dilantik sebagai pemimpin, hatta sebesar manapun pengaruhnya di dalam masyarakat, kerana memimpin tanpa tsaqafah yang jelas tentang perjuangan parti hanya akan mewujudkan parti dalam parti seperti yang dinayatakan sebelum ini.
2.Visi perjuangan parti perlulah jelas. Perlu mengkristal fikrah dan thariqah parti itu sendiri. Jika tidak, maka apa yang akan dan sentiasa terjadi adalah masing2 mengeluarkan pendapat yang tersendiri dalam apakah sebenarnya matlamat dan perjuangan parti yang semestinya akan saling bertentangan. Kesudahannya, "kita telah mengadakan mesyuarat dalaman dan isu ini dianggap selesai".Menjadi kewajiban bagi pimpinan untuk mengorak langkah dan merevolusi visi dan thariqah perjuangan parti dari cara "dasar2 yang senantiasa berubah mengikut kemaslahatan" kepada perjuangan menegakkan khilafah melalui thariqah Rasulullah SAW iaitu dengan jalan dakwah secara politikal.Jika ini yang dilakukan, kita percaya bahawa hasilnya adalah :
a) Hanya mereka yang bersama dengan perjuangan menegakkan khilafah melalui thariqah Rasul yang akan bersama dengan perjuangan parti dan tidak lagi akan wujud parti dalam parti.
b) Tidak perlu lagi berkoalisi dan berkompromi serta mendiamkan diri kepada rakan-rakan sekular sekoalisi dalam menegakkan apa yang haq.
c) Parti akan dilihat oleh pemerhati luar dan penyokong sebagai mereka yang ikhlas, berpendirian tetap dan tidak akan terpengaruh atau mudah porak peranda disebabkan ajakan koalisi, salah kenyataan dsbgnya.
Maka, berilah pertimbangan yang mendalam terhadap perjuangan. Jika sayang dan ikhlas terhadap Islam, bukan tokoh2 yang salah kaprah yang sepatutnya disingkirkan, tetapi hanya dengan menetapkan visi, malah menyatukan pemikiran dan thariqah perjuangan yang jelaslah yang akan menyelamatkan parti dari terus menerus berada didalam keterpurukan, kegelisahan dan sengketa.
Semoga dapat dikongsi bersama
fikir...soal
Saturday, October 24, 2009
Kemana sebenarnya?
Posted by i-search at 2:44 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment