BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 03, 2009

Persidangan G20 mendapat tentangan hebat Anarchist Pittsburgh.


href="file:///C:%5CUsers%5Cwazir%5CAppData%5CLocal%5CTemp%5Cmsohtml1%5C05%5Cclip_filelist.xml">

Baru-baru ini di Pittsburgh London bersidangnya para kapitalis di konvensi G20 yang memperlihatkan kesepakatan bank2 kapitalis dunia dalam bersatu untuk sekali lagi, memeras manusia diatas muka bumi ini.

Unjuran itu, para pejuang anti-kapitalis bangun dan bersepakat mengadakan protes besar-besaran bagi menghalang bersidangnya si kapitalis bangsat dalam bermesyuarat untuk menentukan halatuju umat manusia. Daripada laporan, banyak kecederaan berlaku dan tangkapan dibuat oleh polis anti-perusuh terhadap para pejuang anti-kapitalis. Kita menyaksikan bahawa manusia semakin sedar akan kejijikan kapitalisma sebagai sistem yang mendominasi dunia. Baik tua ataupun muda, semuanya bangun untuk menentang dasar, malah menentang kewujudan G20 itu sendiri. Ini adalah suatu petanda baik bahawa activism sentiasa berjalan dan manusia semakin sedar bahawa hak menentukan halatuju seseorang manusia, tidak layak ditentukan oleh manusia yang lain.

Namun begitu, peroalan disini adalah, sejauh mana keberkesanan kelompok2 manusia dalam menyampaikan suara mereka, secara keras ataupun secara aman. Realitinya, G20 adalah sekumpulan kapitalis yang berhubung erat dengan penguasa dan ketenteraan. Setiap perkara jahanam yang mereka lakukan, akan disokong tanpa soal oleh polis dan tentera2 mereka. Mereka yang menentang akan dihadiahkan dengan bom pemedih mata, tembakan air, tendangan dan pukulan yang tiada belas. Tidak dinafikan bahawa suara umat itu kuat dan mampu memberi tekanan dan desakan. Namun ternyata setakat ini, konvensi2 kapitalis dunia tetap bersidang walau sebesar manapun protest yang berlaku. Sampai bila keadaan akan terus berlarutan ataukah tidak ada solusi bagi keadaan ini?

Secara logiknya, seorang manusia, boleh menentang serang manusia yang lain. Sepasukan pemain bola sepak, boleh menentang pasukan bola sepak yang lain. Begtu juga ketumbukan tentera, boleh melawan ketumbukan tentera yang lain. Ini realiti. Maka apakah kumpulan protester boleh melawan dan menjatuhkan sekumpulan pemodal yang memegang tentera dan kerajaan dunia? Pastinya tidak! Jadi, apakah solusi bagi keadaan ini? Kewujudan mereka sebagai capitalist state, haruslah ditentang dengan kewujudan negara anti-capitalist. Sistem ekonomi kapitalis yang mereka bawa, haruslah ditentang oleh sistem ekonomi yang anti-kapitalis. Jadi, kewujudan state dan sistem yang totally anti-capitalis adalah penting untuk memastikan mereka jatuh akibat saingan dan dokongan manusia kepada sistem dan negara yang menentang kapitalisma!

Adakah wujud negara sedemikian? Mungkin. Namun hakikatnya negara2 tersebut masih lagi dibatasi sempadan nasionalisma. Jika mereka mengamalkan ekonomi sosialis sekalipun, sistem itu hanya untuk rakyat mereka dan negara mereka. Dan yang sedihnya, sama ada sosialis atau kapitalis, semua negara2 ini masih lagi bersatu dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana kita menyaksikan negara kapitalislah yang menjadi master kepada negara2 yang lain. Mereka mempunyai kuasa veto untuk menetapkan sesuatu keputusan. Jadi, apakah ada sistem anti-kapitalis dan negara yang claim anti-kapitalis yang kita boleh harapkan saat ini? Jelas tidak! Adakah sebagai manusia berkelompok, kita mampu menjatuhkan mereka sedangkan mereka memegang tampuk kekuasaan dan persenjataan? Tentu tidak! Bagaimana? Negara menentang negara dan sistem menentang sistem.


Owh ya, ada yang menyatakan sepatutnya state atau negara itu langsung ditiadakan. Ketiadaan negara dan kuasa adalah kuncinya. Adakah benar? Kita bahas dari sudut mereka yang menyatakan “ianya adalah utopia untuk ada negara yang tidak menindas” benarkah ianya utopia?jadi, kita tengok pula dari satu sudut. Antara mewujudkan negara yang mampu menjalankan keadilan sepenuhnya tanpa prejudis bangsa dan distribusi ekonomi yang sekata, dibandingkan dengan ketiadaan negara dan kuasa secra total, yang mana satu LEBIH utopia? Adakah dunia tanpa negara mampu menjamin nasib manusia, ataupun dunia dengan suatu sistem yang perfect yang akan menjaga manusia keseluruhannya? Negara VS Negara, Sistem VS Sistem ! is the answer.


sumber : inqilab zine #1

1 comments:

Anonymous said...

Good dispatch and this mail helped me alot in my college assignement. Gratefulness you on your information.