Dah lama tak menulis. tiba-tiba ada ilham untuk menulis walaupun mungkin penulisan kali ini agak lain gayanya. membelek surat khabar, diperhatikan seolah2 senario politik lokal semakin 'membaik' disebabkan 'kebaikan' pak-pak menteri sibuk dengan memberikan bantuan itu dan ini.
Secara kasar, ada yang membalas kebaikan itu dengan ucapan 'alhamdulillah'. Mungkin kerana sebelum ini, jarang sekali diperhatikan kebaikan-kebaikan pak menteri dalam memberikan sumbangan. Ternyata banyak sekali slogan diudarakan atas nama perubahan dan cuba menarik kembali sokongan pada umat manusia lokal.
Sumbangan demi sumbangan disertai dengan panahan kilat kamera-kemara media yang membawa propaganda, maka segalanya adalah baik dan kebaikan ini disebut-sebut bagi mereka yang menerima kebaikan.
Namun, persoalan utama yang boleh kita pertanyakan disini adalah "adakah semua kebaikan ini dapat dinikmati jika sistem undian tidak wujud?" adakah mereka-mereka di atas sana akan terus memberi sumbangan jika gaya hidup mereka hanya dibiaya oleh santunan(elaun seadanya)? no more mercedez, no more tenders, no more sponsored , no more parking allowance and no more sponsored outfit tip to toe?
Baik dari pihak manapun, kiri atau kanan, kita dapat menyaksikan bahawa suatu bentuk pergulatan terjadi apabila masing2 ingin memenangkan suara manusia. Agar manusia itu memangkah mereka di kertas kelak. i help you, you help me.
Masuk akalkah jika seorang bapa...setelah berpuluh tahun membesarkan seorang anak, lantas pada hari jadi yang ke20, menyenaraikan bil-bil yang telah dilangsaikan oleh bapa sepanjang tempoh membesarkan anak dengan berkata "aku telah bersusah payah membesarkan kamu, maka kini tiba masanya kamu membayar kembali apa yang telah aku korbankan...same goes for your mother"
Bapa...suami..adalah pemimpin. Begitu juga mereka yang diangkat sebagai pemimpin pada hari ini. layakkah, setelah mereka membesarkan kita, mereka meminta imbalan dan balasan? transaksi dan tanggungjawab adalah dua perkara berbeza. Transaksi wujud apabila ada kesepakatan antara ali dan ahmad. Ahmad nak beli barang, ahmad bagi duit pada ali dan ali serahkan barangnya. Tapi, bila bercakap soal tanggungjawab, tanggungjawab itu dipikul atas kesedaran bahawa ini adalah tanggungjawab. ganjarannya adalah daripada Sang Pencipta. Tidak ada istilah membalas pada yang telah menjalankan tanggungjawab
Hari ini, tanggungjawab memimpin itu dijadikan sebagai 1 transaksi. Jika kalian bersikap baik, tidak mengkritikku, tidak meluruskan aku, dan biarkan aku dgn caraku, maka aku akan sajikan kalian dengan syurga dunia. Segala keperluan kalian akan ku penuhi, namun, jika kali melakukan sebaliknya, maka akan kuwujudkan neraka bagi kalian.
Maka terjadilah senario lawak p.ramlee apabila parti merah yang menang, jalan tar kepada penyokongnya sampai depan pintu rumah, dan parti hijau hanya dapat memerhati. Apabila parti hijau menang, maka jalan tar akan sampai pula kehadapan pintu rumahku dan kau parti merah, tengoklah! inilah akibatnya bila dulu kau memerintah.
Pemimpin yang adil, yang memerintah dengan menerapkan hukum Allah secara kaffah adalah milik ummat seluruhnya, muslim non-muslim, benci atau sayang, suka atau tidak, sokong atau tak sokong, maka sampai ke depan pintu rumah kalian semua akan ku tar kan, atas sebab kalian dibawah pimpinanku dan kalian layak.
Maka, sampai bila konsep i help you dan you help me ini akan terus berjalan? tidakkah kalian yang membaca inginkan seorang pemimpin yang akan menerapkan hukum Allah keseluruh penjuru dunia dan membawa keadilan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepadanya dan melayan semuanya sama dgn hukum Allah yang semestinya sentiasa adil dan saksama??
Ada yang akan menjawab "ini utopis!!" maka aku membalas "ianya bukan utopis kerana Rasulullah telah pun menjanjikannya". persoalannya " kenapa tidak menggunakan suara dan usaha kalian untuk merealisasikannya?" berpadakah sekadar mengkritik dan mempersoal tanpa mencuba dan terus mencuba untuk merealisasikan janji junjungan Muhammad SAW??
Rata2nya menganggap utopis janji Rasulullah, tetapi mendokong erat utopis barat yang terbukti sedang menuju kehancuran.....realiti sistem hari ini adalah utopis...maka telah diberikan jalan antara kebaikan dan keburukan.
Adakah kalian akan tetap mendokong sistem utopis ini yang sedang menuju kehancuran dan hancur bersamanya fiddunya wal akhirah? Atau mendokong dan berusaha merealisasikan apa yang telah dijanjikan kekasih Allah yakni Muhammad SAW??
fikir...soal.
Thursday, December 09, 2010
transaksi atau tanggungjawab
Posted by i-search at 5:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment