Aku berkesempatan membaca buku penulisan kassim ahmad iaitu universiti kedua. tajuk luarnya catchy kerana ada statement "kisah tahanan di bawah ISA". Tanpa membelek lama, aku beli buku tu. Aku tau dia anti-hadith. Apa yang menarik perhatianku adalah perkongsiannya semasa dlm tahanan ISA (ikut suka aku).
Terkejut juga bila setelah membaca, ku dapati dia berpendapat bahawa ISA ini adalah universiti kedua yang mampu mengubah perangai manusia. Yang mana dalam tempoh tahanan, yang tak pernah solat pun, dah kenal solat. Yang tak pernah kenal Allah, dah mula kenal Allah. So pada dia si anti hadith, dia merasakan inilah universiti keduanya yang berjaya mendidiknya menjadi orang yang mengenal Islam.
Lantas dia menjustifikasikan keberadaan ISA tu dengan dalil syar'u man qablana, kisah Nabi Qidir dan Nabi Musa. "jangan banyak tanya, tengok shj. Akur shj"
Sejak bila ummat Muhammad, penutup segala nabi memakai syariat umat terdahulu? Nabi terdahulu mestilah diyakini sebagai manifestasi keimanan, namun apa yang diturunkan kepada nabi terdahulunya batal kerana ada penutup kenabian yakni Muhammad SAW. Mungkin dia tidak membaca hadith yang mana Rasulullah menegur perbuatan sahabat membaca helaian taurat dengan berkata "Bukankah apa yang aku bawa ini lebih baik dan bersih?Seandainya sandaraku Musa ada masa ini, dia pun tidak akan melakukan apapun selain dari mengikutiku"
Ingin dipersalahkan si anti-hadith dengan mengatakan "dia ni tak baca hadith ke?" tapi dah nama pun anti-hadith...memang tak baca hadith la jawabnya. Yang sibuk diagungkan adalah penulisan2 komunis dan sosialis.
Kehadiran Islam, membawa cahaya keseluruh alam terbukti apabila Islam berjaya mengubah sebejat2 manusia yang buruk perangai, kejam dan jahil kepada semulia2 manusia dan ini terzahir dengan perubahan 180 darjah kepada para sahabat. Mereka dididik dengan akidah yang mantap, ketaatan dan nilai perjuangan. Adakah pada masa itu mereka berada di dalam tahanan yang dikejut tengah2 malam untuk menghadapi soal siasat dan bukannya tahajjud? Adakah sepanjang perjalanan hidup mereka, hak-hak mereka dinafikan, dan atas penafian hak itu berjaya membentuk sakhsiyah mereka sebagai insan mulia??
Islam datang membebaskan tanah2 yang dibelenggu dengan idea kufur, membawa kemuliaan, keamanan, sistem yang sempurna, tanpa kekerasan dan penindasan. Hasilnya, apa yang kalian lihat disekeliling kalian. Berapa billion manusia memeluk Islam.Dan terlihat dimana2 kebangkitan kepada syariat Islam semakin membahana.
Jika dia besama dengan idea, kekerasan sistem kufur itu dapat menjinakkan manusia, maka aku tidak menyangkal, dia sesuai menjadi komunis. Dan mereka yang mendokong demokrasi juga adalah 'komunis'. Sebabnya, atas nama demokrasilah, idea tangkap tanpa bicara ini wujud. Demokratiyah hanya ada pada pemegang kekuasaan, dimana mereka berhak dan mempunyai suara bebas dalam menentukan apa sahaja termasuklah tangkap tanpa bicara. Maknanya, anda berjuang menegakkan sosialisma dengan menganggap apa yang ada ini zhalim, maka sebenarnya apa yang anda perjuangkan itu juga berputar pada bulatan yang sama. you start from another end..and u meet the same end.
Islam berjaya membentuk manusia, berjaya mengubah manusia. Perhatikanlan. Telah pun dibuktikan dengan apa yang terpahat dalam catatan sejarah maupun periwayatan. Dan Islamlah satu2nya tempat dan pegangan yang dapat merubah manusia seluruhnya. Apakah perlu kepada universiti kedua yang sememangnya bertentangan dengan hukum Allah??
Keluarlah daripada kejahilan...bejalanlah menuju cahaya...
Thursday, December 09, 2010
UNIVERSITI KEDUA??
Posted by i-search at 6:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
sila berjumpa dgn pak kassim
dia duk kat kulim golf and country club saja.
kesian kat dia tgh sakit. better dapatkan penjelasan direct kat dia ttg anti hadis.
dia bukan anti hadis. gelaran diberikan oleh JAKIM kerana dia terus berpegang kepada AL Quran dan Sunnah.
fitnah adalah satu penyakit yg berbahaya.
sila layar blog kassimahmad.blogspot.com dan anda boleh hubungi dia direct.
dulu dia mmg sosialis ttp dgn alquran dia patah balik.
aku dah pernah jumpa dia.
dia dah start kaji quran masa dia beli al quran karya marmaduke pickthall masa kat Kolej Sultan Abd Hamid.
sila berjumpa dgn nya bg mengelak memfitnah seorang yg ta bersalah.
islam agama sejahtera, nabi ajar muzakarah bukan tibai 24jam.
pak kassim ada hak nak defend diri dia kalau anda bermuzakarah dgnnya.
salam anony
saya mengkritik beliau atas sebab penerimaan beliau ttg undang2 yg bertentangan Quran dan sunnah yang pada hemat dan pengalaman beliau, merupakan universiti kedua. ya, saya dh baca karangannya ttg hadith. ternyata beliau mmg perlu mendalami lagi ttg ulum'ul hadith supaya dia tak keluarkan buku yg tajuknya seolah2 mereject hadith.Mmg ada cabang ilmu ttg menilai hadith yg rosak, namun tak perlu tulis tajuk "pengkajian semula hadith".
Beliau juga mmg byk buat statement seolah2 hadith ini sepele nilainya.
terima kasih kerana menegur. insyaallah saya akan lebih berhati2 dalam menulis. Namun, sikap saya, saya akan cuba ambil tahu apa yang akan ditulis sebelum memulakan kritik dan menulis.Mengkritik bukan bermaksud memfitnah dan 'menibai'.
jazakallah khairan kathira.
kritikan pak kassim juga bukan bersifat memfitnah dan menibai hadith.
provokasi beliau terhadap hadis boleh dibaca thesis beliau "hadith : satu penilaian semula" dan fahamilah dgn hati yg tenang.
apapun,wajarlah bermuzakarah dgn beliau sendiri.
mendengar dr mulut lebih baik dan anda boleh membuat penilaian slps itu.
salam semua,
setelah membaca komentar2 posting ini, saya dengan rendah diri terpanggil memberikan pandangan.
syariat nabi terdahulu terbatal?
pada hemah saya, nabi muhammad tidaklah membawa syari'at atau sunnah yang baru.cuma membawa sunnah nabi2 yang terdahulu.
kita juga dilarang membeza2kan para anbiya sesuai dgn ayat surah al baqarah ayat 136:
2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
juga
2:285. Rasul percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. "Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara rasul-rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."
malah orang yang percaya kpd rasul pasti mengikuti ayat ini:
4:152. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan mereka tidak membeza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan memberikan mereka upah mereka; Allah adalah Pengampun, Pengasih.
ayat di mana nabi muhammad diperintah mengikut nabi terdahalu (ibrahim a.s) boleh difahami berdasarkan ayat ini:
16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang menyekutukan."
anutan di sini bolehlah kita persetujui = agama hanif (yg lurus). nabi muhammad bukanlah membawa agama yg baru, malah membawa agama nabi ibrahim yang terdahulu.
soal batal atau tidak sunnah nabi2 terdahulu, bg hemat saya tiada ada dlm al quran. ini kerana sunnahtullah tidak berubah. batal/batil membawa kpd konteks menlenyapkan sesuatu. muhammad mengesahkan lagi ajaran para rasul2 terdahulu, sesuai dgn firman allah taala:
46:30. Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah mendengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa, mengesahkan apa yang sebelumnya, memberi petunjuk pada yang benar dan pada jalan lurus.
perkataan yang lebih sesuai anda gunakan ialah mengesahkan dan bukanlah membatalkan.
Tentang musa dan pemuda yang diberikan ilmu
Ayat tentang kisah di atas ialah :
18:65. Kemudian mereka mendapati seorang hamba daripada hamba-hamba Kami yang kepadanya Kami telah memberikan pengasihan daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya pengetahuan daripada sisi Kami.
Walaupun nabi musa seorang nabi, namun beliau juga tidak mengetahui segala2nya dan harus belajar daripada seorang pemuda. Sehinggakan ayat tentang kisah menuntut ilmu merupakan kiasan perahu yang ditenggelamkan, anak yang dibunuh dan tembok yang didirikan. Wajarlah saudara bertanyakan kepada ahli yang mempunyai ilmu dalam hal ini sebelum membuat kesimpulan. Bukan bermaksud saudara salah tetapi kurang mendalam kupasan dan rautan ilmu yang saudara.
Ini kerana ada sesetengah hamba2Nya diberikan anugerah dan pengetahuan daripada sisi Allah terus dan ilmu ini tidak dibicarakan kerana pasti terjadi semula Musa dan pemuda tersebut.
Juga samalah dengan ayah nabi ibrahim di mana ibrahim menegur bapanya kerana kejahilan bapanya lantaran ilmu yang tidak dimilikinya.
19:43. Ayah, telah datang kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan memberi petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.
Wajarlah kita mengaji lagi ilmu rahsia dan mungkin kita kekurangan ilmu ini. Tidaklah sesuai meletakkan hukum kerana sewajarnya kita mengaji adalah untuk menghukum diri sendiri dahulu.
Sesungguhnya apabila yang haq datang, pasti lenyap yang batil itu adalah terletak pada diri kita sendiri.
Kepada Ju Y D dan anoy, teruskan usaha anda.! mohon maaf jika terkasar bahasa.
salam semua,
setelah membaca komentar2 posting ini, saya terpanggil memberikan pandangan.
syariat nabi terdahulu terbatal?
pada hemah saya, nabi muhammad tidaklah membawa syari'at atau sunnah yang baru.cuma membawa sunnah nabi2 yang terdahulu.
kita juga dilarang membeza2kan para anbiya sesuai dgn ayat surah al baqarah ayat 136:
2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
juga
2:285. Rasul percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. "Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara rasul-rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."
malah orang yang percaya kpd rasul pasti mengikuti ayat ini:
4:152. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan mereka tidak membeza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan memberikan mereka upah mereka; Allah adalah Pengampun, Pengasih.
ayat di mana nabi muhammad diperintah mengikut nabi terdahalu (ibrahim a.s) boleh difahami berdasarkan ayat ini:
16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang menyekutukan."
anutan di sini bolehlah kita persetujui = agama hanif (yg lurus). nabi muhammad bukanlah membawa agama yg baru, malah membawa agama nabi ibrahim yang terdahulu.
soal batal atau tidak sunnah nabi2 terdahulu, bg hemat saya tiada ada dlm al quran. ini kerana sunnahtullah tidak berubah. batal/batil membawa kpd konteks menlenyapkan sesuatu. muhammad mengesahkan lagi ajaran para rasul2 terdahulu, sesuai dgn firman allah taala:
46:30. Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah mendengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa, mengesahkan apa yang sebelumnya, memberi petunjuk pada yang benar dan pada jalan lurus.
perkataan yang lebih sesuai anda gunakan ialah mengesahkan dan bukanlah membatalkan.
Lupakah saudara kepada hadith Rasul bila beliau menegur Umar ibn Khattab ketika beliau membaca taurat dengan menyatakan "Apa yang kamu bawa ini? Bukankah aku telah membawa Al-Kitab yang jelas dan jernih? kalau sahaja saudaraku Musa hidup pada zamanku, tentu beliau tidak akan susah2 kecuali mengikutiku" HR Ahmad dan Al-Bazzar
Jangan jupa lupa amaran Allah kepada kafir Quraisy yg menolak Muhammad sebagai rasul semasa di Madinah dgn berfirman : katakanlah "Taatilah Allah dan RasulNya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir"
(Ali-Imran 32)
Ibnu Kathir "Tafsir ibnu katshir jilid 2 ms 52" menukilkan bahawa : Allah swt memberi definisi bagi orang2 yang mengaku mencintai Allah namun tidak mengikuti agama Muhammad dan syariatnya. Orang itu adalah pendusta selama ia tidak mengikuti agama Muhammad dalam perbuatan dan kata2nya.
Bersabdalah Rasulullah " Barangsiapa melakukan sesuatu amal dan perbuatan yang tidak sesuai dengan perintah dan petunjuk kami, maka amal itu dikembalikan(tidak diterima). Dan jika mereka benar2 mencintai Allah dan mengikuti serta menjalani syariat Muhammad, mereka akan memperoleh selain apa yang mereka minta, cinta Allah kepada mereka dan kasih-sayangNya.
Ingin diulangi sekali lagi, janganlah saudara kassim dan pengikut melatah, kerana apa yang ingin dipersoalkan adalah bagaimana saudara boleh menerima ISA sebagai universiti kedua sedangkan prosiding tangkap tanpa bicara ini jelas bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul.
Jika saudara benar2 ikhlas dan ingin menjadi pejuang agama Allah, sepatutnya saudara membahas keharaman ISA disisi Islam dan bukannya menyepelekan hadith Rasulullah malah menindihnya dengan sunnah nabi terdahulu.
Ingatlah, yang membawa Quran yang saudara baca hari ini adalah Muhammad SAW, dan bukannya nabi terdahulu. Imani nabi terdahulu namun jgn lupa pada hadith "tidak beriman seseorang selagi mana dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai dirinya sendiri"
page3
page 1
Kepada anon kedua "hemat" tidak terpakai dalam menentukan benar atau salahnya hujjah, tetapi Quran dan sunnah dan pengajian yang mendalam. Izinkan saya memperelok penjelasan saudara.
sural al-maidah ayat 3 : pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi mu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu menjadi sebagai cara hidup bagi mu.
ali-imran ayat 19 : sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah adalah Islam...
Dengan jelas Allah menukilkan bahawa agama yang Allah redha adalah apa yang dibawa oleh Rasulullah dan syar'u man qablana atau syariat umat terdahulu tidak diterima. ingatlah, bahawa Rasulullah hadir sebagai sealed of the prophets atau penutup segala nabi. Bagaimana dia hadir sebagai penutup/penyudah kenabian jika masih available syariat2 nabi terdahulu?
Ini dikuatkan dgn firman Allah SWT:
"Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku serta Aku redhai Islam sebagai agama kamu."(Al-Maidah:3)
Ayat ini menerangkan bhw hanya Islamlah yang diredhai oleh Allah SWT, sedangkan yang lain tidak. Ini boleh diambil dari mafhum mukhalafah kata: "Aku redhai" yang merupakan kata kerja yang bermakna sifat: "Aku redhai Islam sebagai agama kamu" ertinya, "Selain Islam, Aku tidak redhai." Mafhum diperkuat oleh nas berikut:
"Barangsiapa mencari selain Islam sbg agama, maka sekali-kali tidaklah akn diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (Ali Imran:85)
Ayat ini dgn jelas menyebut kata "Islam" sebagai "Din"(cara hidup). sedangkan kata yang sama: "Islam" tidak pernah sekalipun disebutkan oleh al-quran utk menyebut nama agama-agama Nabi terdahulu. Kalau disebutkan pun dgn bhs yg tdk jelas(mubham) seperti berikut:
"Sesungguhnya Kami telah mewahyukan kepadamu, sama seperti yang telah Kami wahyukan kepada Nuh dan Nabi-nabi setelahnya."(An-Nisa:163)
"Kemudian Kami wahyukan kepadamu untuk mengikuti 'millah' Ibrahim yang lurus."(an-Nahl:123)
Kedua-dua ayat diatas menerangkan:"Kami telah mewahyukan kepadamu sama seperti yang telah Kami wahyukan kepada Nuh." adalah ayat yang bermakna umum. Dimana kata: "Kami telah mewahyukan", boleh meliputi akidah iaitu ajaran tauhid atau syariah, iaitu hukum baik meliputi salah satu maupun keduanya sekaligus.
page 2
Demikian pula kata:"Mengikuti 'millah' Ibrahim" adlh bermakna umum yg boleh meliputi dua hal, iaitu akidah dan syariah.Namun jika kedua-duanya ini yg dimaksudkn sudah tentu bertentangan dgn nas yg muhkamat: "Utk masing2 umat diantara kamu telah Kami tetapkan aturan dan syariatnya sendiri2"(al-maidah:48)
oleh krn itu pengertian yg tepat dan tdk bertentangan antara satu nas dgn nas yg lain adlh: "Kami telah mewahyukan prinsip tauhid yg sama dgn apa yg Kami wahyukan kpd Nuh", termasuk makna "Mengikut 'millah' Ibrahim" adlh : "mengikut prinsip Ibrahim yg lurus", meskipun dlm maslh syariat berbeza sbb:" Masing2 telah Kami tetapkn aturan dan syariatnya sendiri2"
"Dan Kami turunkan kitab ini kepadamu dgn membawa kebenaran utk membenarkn kitab yg diturunkan kepadanya dan mengalahkannya"(al-maidah:48)
Kata "muhaiminan alaihi" didlm ayt tersebut mempunyai makna "musaithiran alahi" (mengalahkan) yg bererti bhw al-quran diturunkan utk menindih ajaran yg sebelumnya, sehingga apabila ada diantara ajaran sebelumnya yang diterima bkn sbg ajaran terdahulu, melainkan krn kebernaran drp al-quran.
ayat inilah yg dijdkan alasan oleh ulamak tentang kedudukan Islam sbg penghapus (an-nasikh) bg agama sebelumnya.
page3
Lupakah saudara kepada hadith Rasul bila beliau menegur Umar ibn Khattab ketika beliau membaca taurat dengan menyatakan "Apa yang kamu bawa ini? Bukankah aku telah membawa Al-Kitab yang jelas dan jernih? kalau sahaja saudaraku Musa hidup pada zamanku, tentu beliau tidak akan susah2 kecuali mengikutiku" HR Ahmad dan Al-Bazzar
Jangan jupa lupa amaran Allah kepada kafir Quraisy yg menolak Muhammad sebagai rasul semasa di Madinah dgn berfirman : katakanlah "Taatilah Allah dan RasulNya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir"
(Ali-Imran 32)
Ibnu Kathir "Tafsir ibnu katshir jilid 2 ms 52" menukilkan bahawa : Allah swt memberi definisi bagi orang2 yang mengaku mencintai Allah namun tidak mengikuti agama Muhammad dan syariatnya. Orang itu adalah pendusta selama ia tidak mengikuti agama Muhammad dalam perbuatan dan kata2nya.
Bersabdalah Rasulullah " Barangsiapa melakukan sesuatu amal dan perbuatan yang tidak sesuai dengan perintah dan petunjuk kami, maka amal itu dikembalikan(tidak diterima). Dan jika mereka benar2 mencintai Allah dan mengikuti serta menjalani syariat Muhammad, mereka akan memperoleh selain apa yang mereka minta, cinta Allah kepada mereka dan kasih-sayangNya.
Ingin diulangi sekali lagi, janganlah saudara kassim dan pengikut melatah, kerana apa yang ingin dipersoalkan adalah bagaimana saudara boleh menerima ISA sebagai universiti kedua sedangkan prosiding tangkap tanpa bicara ini jelas bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul.
Jika saudara benar2 ikhlas dan ingin menjadi pejuang agama Allah, sepatutnya saudara membahas keharaman ISA disisi Islam dan bukannya menyepelekan hadith Rasulullah malah menindihnya dengan sunnah nabi terdahulu.
Ingatlah, yang membawa Quran yang saudara baca hari ini adalah Muhammad SAW, dan bukannya nabi terdahulu. Imani nabi terdahulu namun jgn lupa pada hadith "tidak beriman seseorang selagi mana dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai dirinya sendiri"
Wassalam.
Lupakah saudara kepada hadith Rasul bila beliau menegur Umar ibn Khattab ketika beliau membaca taurat dengan menyatakan "Apa yang kamu bawa ini? Bukankah aku telah membawa Al-Kitab yang jelas dan jernih? kalau sahaja saudaraku Musa hidup pada zamanku, tentu beliau tidak akan susah2 kecuali mengikutiku" HR Ahmad dan Al-Bazzar
Hujah saya:
Dalam hadith tsb, nabi mengatakan telah membawa al kitab. Sedangkan berdasarkan sejarah, al quran dikitabkan semasa zaman Khalifah Uthman. Atau nabi sendiri mengkitabkan Quran selama lebih kurang 23 tahun?
Nabi seorang yang amat zuhud tidak peleceh orang lain apatah lagi nabi2 sebelumnya. Saudara tidak pernah bertanya kenapa disebut Musa dalam hadith ini.
Juga logiknya adakah nabi melarang sahabatnya dalam membaca (proses menuntut ilmu) sedangkan bolehlah dikatakan sahabatnya tidak mungkin terpengaruh dengan fahaman selain Islam?
Secara halusnya, seolah2 nabi melarang manusia menuntut ilmu. Musa juga membawa 10 rukun (10 commmandments) yakni 5 rukun islam dan 5 rukun iman sama semua para rasul dan nabi. Dalam rukun iman pun suruh percaya kepada kitab yang terdahulu.
4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan kepada rasul-Nya, dan Kitab yang Dia menurunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
kalau Muhammad larang sahabat baca taurat, makna kata Muhammad tak beriman dengan rukun iman? Hehehe….
Hadith yang saudara tampilkan amat mudah tertempelak oleh logic aqal al quran.
Tetapi jika quran yang saudara tampilkan, saya amat berbesar hati.
Jangan jupa lupa amaran Allah kepada kafir Quraisy yg menolak Muhammad sebagai rasul semasa di Madinah dgn berfirman : katakanlah "Taatilah Allah dan RasulNya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir"
(Ali-Imran 32)
Hujah saya:
Al Quran itu relevan sepanjang zaman. Mana mungkin ayat ini turun kpd kafir Quraisy zaman itu sahaja. Kalau begitu, al quran dah jadi buku sejarah lapuk. Ini kerana al quran ialah kitab petunjuk kpd mereka yang bertaqwa. Manusia bukan ada zaman adam malah sampai kiamat dan al quran tidak terikat dlm konteks masa dan ruang. Kalau begitu, kita nak syahadah pun dah susah sbb tidak pernah menyaksikan rasul. Kira masuk court, main taklid buta sahaja. Namun ayat taatilah allah dan rasul membawa kpd maksud rasul sebagai department yang menyampaikan kebenaran dan membawa khabar gembira. Dulu ada, sekarang ada, dan pasti bila2 akan ada peranan rasul.
Kalau macam tu, manusia buleh dakwa tuhan bila masuk neraka sbb zaman mereka dah tak ada rasul dah. Kira tak fair…hehehe…
Rasul hanyalah berada di kalangan kita sahaja…
3:101. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.
Taqiuddin al-Nabhani juga kira2 boleh kata peranan sebagai rasul kepada hizbur tahrir la…apa susah….
Ibnu Kathir "Tafsir ibnu katshir jilid 2 ms 52" menukilkan bahawa : Allah swt memberi definisi bagi orang2 yang mengaku mencintai Allah namun tidak mengikuti agama Muhammad dan syariatnya. Orang itu adalah pendusta selama ia tidak mengikuti agama Muhammad dalam perbuatan dan kata2nya.
Bersabdalah Rasulullah " Barangsiapa melakukan sesuatu amal dan perbuatan yang tidak sesuai dengan perintah dan petunjuk kami, maka amal itu dikembalikan(tidak diterima). Dan jika mereka benar2 mencintai Allah dan mengikuti serta menjalani syariat Muhammad, mereka akan memperoleh selain apa yang mereka minta, cinta Allah kepada mereka dan kasih-sayangNya.
Hujah:
Tiada pun perkataan sunnah nabi dalam Al QUran.Hanya ada sunnah Allah saja.
33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah menetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.
33:62. Sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan mendapati tiada pertukaran pada sunnah Allah.
35:43. Dengan kesombongan di bumi, dan membuat tipu daya yang jahat; tetapi tipu daya yang jahat hanya meliputi ahli yang melakukannya. Maka tidakkah mereka menanti-nanti melainkan sunnah (resam) orang-orang dahulu kala? Kamu tidak akan mendapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah, dan kamu tidak akan mendapati sebarang penyimpangan pada sunnah Allah
48:23. Sunnah (resam) Allah seperti yang telah berlalu sebelumnya, dan kamu tidak akan mendapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah
Nabi bukan reka benda baru. Simpan janggut sunnah? Pakai serban sunnah? Islam tidak terletak pada pakaian dan rupa paras pun. kata nabi yang macamana? Yang banyak para perawi hadith yang suka mengendap nabi kah? Atau nabi hanya bercakap kalamullah yakni wahyu Allah semata2? Muhammad mana berani reka ucapan sendiri mcm geng2 perawi hadith. Mana ada perubahan sunnah ALLAh. Tetap tak berubah.
69:43. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.
69:44. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,
69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,
Sure nabi kena kerat urat jantung kalau dia bercakap selain drp wahyu.
hehehe…
Ingatlah, yang membawa Quran yang saudara baca hari ini adalah Muhammad SAW, dan bukannya nabi terdahulu. Imani nabi terdahulu namun jgn lupa pada hadith "tidak beriman seseorang selagi mana dia tidak mencintai aku lebih daripada dia mencintai dirinya sendiri"
Hujah:
maaf, saya hanya faham yang Al Quran diwahyukan kpd rasul. yang jadi perantara sahaja. nabi pun tak claim Al Quran dia yang punya cuma Tuhan yang punya. gila glamer la plak nak cari nama.
Nabi tak pernah mengajar manusia menpertuhankan dirinya malah mencintai dirinya. Ini fahaman asabiyah pak arab gila. Inilah jarum halus berhala dalam bentuk manusia. Inilah berhala halus malah takliq buta.
Nabi hanya mengajak menusia mentauhidkan tuhan dan mengikut Al Quran sebagai panduan hidup ajar sejahtera dunia dan akhirat. Taat dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Faham elok2 wahai saudara.
Mana ada rukun iman suruh manusia cintai oleh lain melebihi diri sendiri? Sedangkan setiap manusia adalah sebaik2 kejadian sesuai dengan firman ALLAH dalam Surah At tin. Dan pada dirimu sendiri mengapa kamu tak perhati apa yang ada dalam diri kita?
Tentang hadis, wajarlah saudara mengkaji lagi sejak bila hadis diadakan? Perawi2 serta sanad2 yang boleh pakai atau yang tak boleh.
hadis akan menimbulkan perbalahan malah pertikaian sesame islam tetapi al quran dapat mensejahterakan sesiapa sahaja.
Kenapa sedikit malah hampir tiada hadis daripada para sabahat nabi?
Lu pikirlah sendiri beb!
p/s: malah ramai yang quote hadis dalam menjayakan agenda pertubuhan/doktrin fahaman masing2. tak ramai yang berani quote Al Quran sebagai motto perjuangan pertubuhan.
tak pelik ka pertubuhan yang tak quote Al Quran tapi quote hadis sbgi motto perjuangan? sudah kaji sudah hadis itu?
wah..perbincangan yang panjang...
macam dah tercambah topik lain daripada perbincangan asal...
kalau pakai al-quran je...macam mana nak dirikan solat...sebab cara nak solat tak diterangkan dalam quran kan? semuanya dalam hadis...huhuhu..
nak tayammum pun takde dalam al-quran, tapi disampaikan melalui perbuatan nabi...
confius..confius
Ayat Wuduk dan Tayammum dalam Quran.
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
Ayat ini mudah. Allah tak mau sebarang kesulitan kepada manusia. Ambik wuduk 4 anggota badan sahaja. Bila pakai hadis, mula tambah2 anggota. Baik terjun dalam sungai berbogel atau mandi terus kan senang?
Tayammum pun diajarkan. Mungkin saudara cari dalam Quran tapi tak jumpa. Tak apalah kita kongsi sama2...
Sekiranya kita mengatakan Quran tidak menjelaskan segala sesuatu, maka lemahlah Allah yang mewahyukan kalamullahNya kepada Muhammad. Kira failed la Muhammad perjelaskan tentang agamanya.
Ini merupakan satu penghinaan yang besar ke atas Muhammad secara terus terang kerana memperlekehkan Quran yang menjadi petunjuk sekalian alam.
Bukankah Quran itu petunjuk bagi mereka yang bertaqwa? 2:2
Sebagai permulaan, eloklah diperjelaskan makna solat itu sendiri berlandaskan Quran di mana terdapat beberapa kategori solat:
Lihat 70:23 dan 23:2
Makna solat ialah perhubungan. Antara tuhan dgn hamba.
Kekonfiusan saudara Tentang perihal kelakuan solat tidak dijelaskan dalam Quran?
Saya berpandangan solat yang saudara maksudkan mungkin perbuatan berdiri, rukuk dan sujud dalam solat itu sendiri yang mana saudara rasakan tidak dijumpai dan dijelaskan dalam Quran serta kununnya dijelaskan oleh hadis.
Perbuatan atau kelakuan solat yang dijelaskan dalam Quran adalah tiga yakni berdiri, rukuk dan sujud.
Solat mengandungi perbuatan berdiri rukuk dan sujud.
2:43. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.
Kaji perkatan rukuk dan solat ayat ini.
Daripada adam sehinggalah Muhammad, ada tiga kelakuan merupakan kelakuan solat yang dinyatakan dengan tubuh badan.
Kelakuan solat zaman Ibrahim dan Ismail
2:125. Dan apabila Kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami membuat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu menyekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
Mariam diperintahkan sujud dan rukuk.
3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, sujudlah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk."
Kelakuan ahli kitab yang benar di mana mereka sujud.
3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang membaca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan bersujud.
Perbuatan sujud dlm solat
5:55. Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah, dan rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka tunduk.
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
Kelakuan orang beriman rukuk dan sujud
22:77. Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.
Kelakuan muhammad dan org2 beriman bersamanya rukuk, sujud.
48:29. Muhammad adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu melihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itulah persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang mengeluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya. Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar
Kelakuan berdiri, sujud dlm solat semasa berperang
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
Perintah kepada malaikat agar sujud.
7:11. Kami mencipta kamu, kemudian Kami membentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukanlah daripada orang-orang yang sujud.
Kelakuan sujud
15:98. Dan menyanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang yang sujud,
Bila Quran dibacakan, orang yang beriman akan sujud.
17:107. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak mempercayai; orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,
19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah merahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami telah memberi petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.
Keingkaran sujud
25:60. Tetapi apabila dikatakan kepada mereka, "Sujudlah kamu kepada Yang Pemurah", mereka berkata, "Dan apakah ia Yang Pemurah? Adakah kami akan sujud kepada apa yang kamu memerintahkan kami?" Dan ia menambahkan mereka dalam pelarian
Sifat orang yang berjaga malam dgn bersujud.
25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.
Terdapat surah khas sujud - surah as sajdah
32:15. Orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diperingatkan dengannya jatuh bersujud, dan mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan tidak menyombongkan diri.
Beza orang yang sujud
39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, "Adakah mereka sama - orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Hanya orang-orang yang mempunyai minda mengingati.
Saranan sujud pada sebahagian malam
76:26. Dan sebahagian daripada malam; sujudlah kepada-Nya, dan sanjunglah Dia melintasi malam yang panjang.
Mereka yang tidak mahu sujud apabilan Quran dibacakan.
84:21. Dan apabila al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak sujud?
Perintah sujud.
96:19. Tidak sekali-kali! Janganlah kamu mentaatinya, dan sujudlah, dan dekatkanlah.
Kelakuan berdiri dalam solat
Zakariya berdiri dalam mihrab
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
Kewajipan ingat Allah tatkala berdiri, duduk
3:191. Yang mengingati Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
Larangan berdiri dalam masjid yang dibina dgn niat riyak.
9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
Harap kita bukan dalam golongan ini...
4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingati Allah, kecuali sedikit.
maybe saudara konfius kerana tidak merujuk Quran dan mencari jawapan.
takpalah.
sebelum berpisah, saya lontarkan cabaran kepada saudara agar menekan kalkulator dan mengira berapakah jumlah ayat2 dalam Quran?
hadis mengatakan 6666 ayat.
sila buat kiraan sendiri bg mencari kebenaran untuk diri sendiri.
salam.
saudara secara jelas tidak mengakui hadith atas alasan ianya adalah rawi drpd mereka2 yg tak dapat dibuktikan kesahihannya dan mungkin ada penyelewengan berlaku dsbgnya.
jika saudara tegar dgn pendirian saudara dan saudara rasa saudara di pihak yg benar, kenapa saudara tidak berdakwah dan memberitahu kepada dunia bhw hadith mempunyai masalah? kenapa tidak berjumpa dgn pakar hadith, ulama dsbgnya utk menyatakan kebenaran dan menegur kesesatan mereka?
saudara tidak rasa jika saudara di pihak yg benar, saudara tidak akan disoal oleh Allah kenapa tidak mendakwahkan kebenaran kepada billion manusia kepada jln yg benar?
benar manusia mempunyai akal utk berfikir dan mencari. namun itulah yg terjadi apabila nabis2 diutus. kaum2 yg diutus adalah kaum2 yg hebat, namun mereka juga perrlu kepada perutusan utk menyampaikan kebenaran.
jika saudara ikhlas dan merasakan diri saudara benar, bawalah kebenaran. jgn biarkan manusia lainnya tersesat. hanya yg sesat akan beruzlah. contohi para nabi yg menentang dunia membawa kebenaran. saya mungkin tak faqih Quran mcm saudara, mungkin ada salah pada pemahaman saya menilai daripada perbincangan saudara dengan org2 sebelumnya.
salam
terima kasih anon
kita semua sedia maklum, spt jua Hizbur Tahrir atau mana2 golongan2 yang cuba menongkah arus dlm sistem moden ciptaan manusia pasti dihukum secara direct atau indirectly.
sptmana saudara kassim ahmad yang dihukum sesat oleh JAKIM kerana hanya mengkaji semula serta menghasilkan thesis yang bertajuk "Hadis : Satu penilaian semula".
juga saudara abdullah kahar yang mendakwa rasul melayu.
juga fahaman syiah yang diharamkan bertapak di kalangan ahlul sunnah wajamaah.
saya bersetuju dgn saudara yang berlapang dada berdiskusi dgn saya di sini. inilah yang sepatutnya dan wajar umat islam lakukan.
dan tidak sewajarnya kita, umat islam menghukum sesiapapun kerana berbeza pandangan dan pembawakan.
matlamat akhir adalah sama. demi mentauhidkan tuhan yang Esa.
saya ada cara saya sendiri,saudara juga ada cara sendiri.
masing2 saling melengkapi.
cuma hukuman adalah pada diri kita, bukanlah pada org lain.
ini adalah kerana kita sendiri yang akan membuka kitab kita sendiri serta menjadi saksi diri sendiri.
masalah hadis ini telah sedia maklum diketahui org para2 ulamak, tetapi kerana bila quran didahulukan, maka terbatalnya hadis, maka mereka akan hilang pangkat, harta dan mata pencarian mereka.
ramai yg menyalah gunakan agama utk kepentingan peribadi.
sedangkan quran menyuruh kita mengikut mereka yang tidak mengambil upah dlm agama.
org yg berilmu amat berat tanggung jawabnya di hadapan Dzat yang Maha Agung.
semoga Allah memberikan petunjuk dan jalan yang lurus kepada sekalian alam.
Post a Comment