BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 20, 2009

siapa yang BACHUL??

Bila bercakap soal 'bachul' atau pengecut,kita mudah mengatakan orang itu bachul, orang ini penakut. Orang takut bini pun, tak kurang jugak kena perkataan bachul. Ada orang kata, takut bini tu dayus. Yang jelas, dayus adalah suami@ayah yang tidak mampu menerapkan hukum habluminallah dan habluminannafish pada anak2 dan isterinya. Namun, bukan soal dayus yang ingin dikongsi, sebaliknya mengenai siapa yang bachul.

Saya tersengih sendirian apabila melihat kartun 'senyum kambing' yang saban hari mengisi halaman utama utusan malaysia. Kartun yang seringkali bertindak sini, namun sinisnya kadang2 menampakkan kedangkalan berfikir dan ceteknya pandangan manusia dalam sesuatu permasalahan yang berlaku.Karakter kartun A berkata 'israel isytihar kemenangan di gaza harini'. Lalu karakter kartun B menjawab 'Kemenangan yang bachul'.

Sejuta persoalan boleh dilontarkan pada yang menganggap 'ya, israel menang dengan cara bachul'. Kenapa kita menuding jari pada mereka yang menang dengan mengatakan mereka bachul? Mereka merancang,ratusan tahun untuk menjatuh dan menghina umat Islam.Mereka bangkit dengan ideologi kapitalis dan demokrasi untuk menjahanamkan umat islam. Lantas, kita hari ini, 57 buah negara kaum muslimin menjadi pendokong setia ideologi yang mereka bawa tanpa sedikit persoalan.Mereka telah menumpukan segenap usaha untuk menghancurkan kaum muslimin baik dari serangan fizik dan ideologi. Kita, dan penguasa kaum muslimin sebagai umat yang mulia, hanya akur pada mereka yang secara terang-terangan memusuhi kita.

Mereka, dengan kekuatan tentera yang jumlahnya tak sampai 4 juta, sememangnya paling berani nak dibandingkan dengan umat Islam yang mencecah 4 billion. Dan mereka PALING BERANI bila dengan jumlah tentera yang berapa kerat, dapat menghancurkan kaum muslimin di Gaza sedangkan ketenteraan kita kaum muslimin mencecah 230 juta!! Alangkah BERANInya mereka!!

Israel yang tanahnya didalam palestin, dikelilingi negara kaum muslimin yang besar dan hebat seperti jordan, syria dan mesir, mampu untuk melancarkan serangan yang hebat. Jika kita, kaum muslimin yang tak seberapa, menyerang amerika dikala amerika dikelilingi negara2 kafir yang lain, dan jumlah kita sedikit, bukankah kita boleh dikatakan berani? Analogi mudah, sorang samseng, masuk kampung orang, pukul anak jati kampung itu sendiri,bukankah dia itu BERANI?

Yang perlu kita nampak sekarang ialah, KITA kaum muslimin yang sebenarnya BACHUL!!! Tentera kita berjumlah 230 juta, namun kita hanya berdiam diri bila tenteranya yang mungkin tak sampai sejuta, masuk lalu menghancurkan gaza! Siapa yang Bachul sekarang? Tentera dan penguasa kaum muslimin atau Israel?? Ya!, mereka menyerang kanak2, wanita dan orang awam, tetapi mereka menyerang dengan mengetahui bahawa palestin dikelilingi negara2 kaum muslimin yang hebat! Namun, tanpa sedikit perasaan takut, mereka menyerang. Bukankah dalam soal ini, kita yang sebenarnya BACHUL??

Gaza dibantai, apa yang penguasa2 kaum muslimin ini mampu buat?? Seru kaum muslimin untuk boikot?? Alangkah kelakarnya tindakan mereka!! Ya lah, sememangnya penguasa kaum muslimin dah bernawaitu untuk beli senjata, kelengkapan2 perang untuk tontonan dan perarakan hari kebangsaan saja.Tentera2 pula berperanan sebagai tukang cuci kasut, repair truk tentera, bantuan tanah runtuh dan penjaga istana Buckingham di London! Itu saja peranan tentera kaum muslimin sebenarnya. Tak heranlah tentera2 ini 'disimpan' rapi dikala Gaza dibantai seteruk2nya . Dah nama pun 'perhiasan'. Takkan nak guna. Simpan je la. kan?

Paling hebat pun, desak PBB suruh heret Israel ke mahkamah antarabangsa untuk diadili akan jenayah perangnya. Nak suruh PBB heret Israel?? PBB yang CIPTA Israel!! Nak suruh PBB heret Israel?? Lawak apakah ini?? Lawak spastik? Nak heret Israel supaya dihukum Mahkamah antarabangsa?? Dah hancur gaza, paling kuat, heret ke mahkamah antarabangsa?? PBB, UNESCO, NAM, COMMONWEALTH, mahkamah antarabangsa, semuanya 'medium' kafir untuk menghancurkan Islam. Nak harap badan2 dunia yang memang secara terang lagi bersuluh tapi secara 'gentle', memusuhi Islam, untuk hukum Israel? Nak suruh 'pembunuh', hukum 'pembunuh'?? Malang!! Amatlah malang bagi negara2 kaum muslimin yang ada segala kekuatan tentera, nuklear, sumber daya dan minyak, mengharap pada badan2 dunia kafir yang jelas menindas dan memusuhi Islam sejak dulu.

Penguasa dan tentera kaum muslimin dunia saat ini, bukan hanya BACHUL, tapi layak dikategori sbg lebai malang. Maka jadilah LEBAI MALANG YANG BACHUL.Sedih bila tengok Gaza dan kebachulan penguasa dan tentera kaum muslimin. Paling tidak, Hizbullah ada jugak kesedaran, dikala kaum muslimin membenci syiah. Seburuk2 syiah yang dikatakan sesat, turun jugak dia bantu Gaza. Yang lain, yang 'tak sesat', masing2 sibuk berzikir, baca Quran, doa, qunut nazilah dan solat hajat supaya Allah membantu Gaza. Itulah penyelesaian yang PALING BERANI kita kaum muslimin seluruh dunia boleh buat?? Taklif perang adalah pada tentera dan penguasa kaum muslimin yang mempunyai kuasa mengisytihar jihad. Namun saat ini, dan hingga kini yang mana kita telah menyaksikan kehancuran Gaza didepan mata, membuktikan bahawa kita sebenarnya diperintah dan dilindungi oleh sang BACHUL di seluruh dunia. Sang BACHUL yang berani dengan kaum mereka sendiri dan orang2 yg lemah, dan bukannya BERANI pada musuh yang nyata.

Maka bertanyalah kepada mereka yang memiliki kekuasaan dan ketenteraan seluruh dunia. Mungkin mereka itu jiran2 kita. SIAPA YANG BACHUL SEBENARNYA??


0 comments: