Sekali imbas, mungkin ada benarnya. Namun, sedarkah kita bahawa keberadaan insurans menjadi penanggung beban dan penutup kepada kelemahan sistem kapitalisma yang sememangnya TIDAK AKAN menjaga nasib rakyat? Di dalam sistem Islam, Islam akan memastikan bahawa nasib rakyat dari semua golongan, bangsa dan keturunan terbela. Baik dari segi pendidikan, ekonomi, keperluan asas dan sebagainya. Sebagaimana yang telah dibuktikan dizaman pemerintahan Khalifah umar Abdul Aziz, duit zakat tidak layak diterima oleh sesiapapun oleh sebab sejahteranya keadaan umat pada masa itu. Pada masa kenderaan yang wujud, hanyalah kuda! Pada masa telekomunikasi yang wujud, hanyalah surat! Namun, penerapan sistem Islam yang syumul berjaya mensejahterakan umat. Jauh sekali dengan zaman yang adanya segala kecanggihan teknologi dan apa jua yang kita idamkan, pemerintah yang bernaung dibawah sistem kapitalis pujaan ramai manusia, tidak dapat menghapuskan kemelaratan, tidak dapat membantu umat yang terbeban dengan kos pendidikan, kos rawatan hospital yang menjerut lehere dan kos sara hidup yang sentiasa terumbang ambing dek kerja sang kapitalis bangsat.
Maka, atas kelemahan dan kelompongan sistem kapitalisma ini, wujudlah insurans atau alat-alat lain yang menjadikan sistem kapitalis itu, kadang-kadang ada sifat 'kebajikannya'. Konon! Lepas tangannya mereka atas tanggungjawab yang ditaklifkan oleh Allah SWT dalam menjaga dan mensejahterakan ummat, lalu diberi kepada kapitalis keparat (sekali lagi) untuk menjaga umat dengan pelaburan-pelaburan dan simpanan-simpanan yang kononnya syar'ie. Istilah-istilah dalam alat-alat kapitalis ini di'arab'kan agar umat islam yang tidak menyelidik kaedah simpanan, pelaburan yang syar'ie, menyatakan apa jua yang disogokkan kepada mereka, selagi berbunyi 'arab', adalah syar'ie dan halal!
Sistem pemerintahan Islam adalah sistem yang menjaga umat. Penguasa adalah pelayan dan bukannya TUAN. Penguasa diamanahkan untuk menjaga dan menjadi perisai kepada umat, bukan penyembelih. Namun disaat ini, setelah 85 tahun jatuhnya empayar islam, kita menyaksikan umat tidak habis-habis diperkotak-katikkan seraya diperbodohkan dengan mengatakan bahawa 'kita tak mampula nak senangkan semua orang. Nak layan semua orang. Semua orang kena main peranan. Jangan malas. Kalau kita tak jaga diri sendiri, siapa yang nak jaga kita.' Namun apabila dibandingkan keberadaan empayar Islam yang pernah menguasai 2/3 dunia selama 1300 tahun lampau, yang kenderaannya hanyalah unta, keldai dan kuda, serta alat komunikasinya hanyalah surat, dirasakan seolah tidak dapat diterima akal, kenapakah zaman ini, semakin canggihnya teknologi kita, semakin melarat umat dibuatnya. Kita ada segala benda yang dikatakan mampu mengatasi masalah umat, namun, hakikatnya, apa jua yang dicipta oleh sang kapitalis, tidak dapat mensejahterakan umat.
Disini saya ingin berkongsi dengan kalian, 1 artikel yang saya dapat, penerangan tentang insuran konvensional dan takaful.
Baca......Fikir.......Soal.......
Insuran Konvensional Vs Takaful :
Pelanduk Dua Serupa?
Insuran Konvensional Vs Takaful :
Pelanduk Dua Serupa?
Mukadimmah
Orang kata, malang tak berbau. Untung-rugi, sihat-sakit, kalah-menang adakalanya diluar jangkauan manusia untuk menentukannya, sekalipun segala usaha telah dilakukan untuk menjayakannya. Untuk meminimakan malang yang tidak diundang, kita dinasihatkan supaya menyediakan payung sebelum hujan. Semuanya dilakukan atas dasar ikhtiar, iaitu perlindungan dari bahaya dan kesan darinya. Salah satu langkah yang diambil oleh kebanyakan orang yang mudah didapati adalah melalui liputan (cover) dan perlindungan (protection) polisi insuran.
Dalam persekitaran ekonomi moden, insuran adalah satu keperluan (necessity) bukan terbatas kepada individu untuk melindungi kaum keluarga dibawah jagaan mereka tetapi juga merupakan satu keperluan kepada institusi-institusi untuk melindungi aset dan liabiliti mereka. Tanpa perlindungan insuran, seseorang terpaksa menanggung beban kewangan keseluruhannya sekiranya musibah atau mala petaka menimpa, yang mana ini sangat membebankan individu dan keluarganya. Oleh itu, keperluan terhadap insuran bukan sekadar mencipta dan menambahkan tabungan kewangan tetapi untuk mematuhi undang-undang yang mana contoh terbaik ialah insuran motor. Insuran juga merupakan salah satu prasyarat (precedent conditions) yang mesti diambil sebelum pinjaman diluluskan oleh mana-mana institusi kewangan. Oleh itu, insuran bukanlah satu perkhidmatan atau kemudahan kepada golongan berada sahaja sebaliknya telah menjadi sebahagian asam-garam kehidupan. Di Malaysia, insuran mempunyai dua versi: Konvensional dan Takaful.
Kesedaran tentang Islam yang semakin meningkat di kalangan umat Islam hari ini mendorong sebahagian dari kalangan mereka beralih arah iaitu memilih transaksi yang dianggap Islami. Malangnya, kurangnya kesedaran tentang realiti insuran konvensional itu sendiri disamping akidah yang lemah menyebabkan mereka mengambil secara pukul rata bahawa setiap produk yang menggunakan jenama Takaful sebagai halal dan syar’ie.
Dua Bentuk Asas Insuran
- Insuran Bersifat Perniagaan @ Komersial (Takmin Tijari)
- Insuran Kerjasama @ Masyarakat (Takmin Ta’awuni @ ijtima’ie)
Insuran Bersifat Perniagaan (Takmin Tijari) :
Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) daripd jenis Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yang telah ditentukan di dlm kontrak (aqad) bersesuaian dgn kadar2 tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.[1]
Kontrak Insuran ini mengandungi item berikut :
- Redha di kedua2 pihak ( iaitu syrkt Insuran dan Pencarum), Ia ibarat kontrak yang mengandungi aspek ijab & qabul.
- Pihak yang memberi insuran, iaitu pihak syarikat Insuran.
- Pencarum, individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dgn syarikat Insuran.
- Yang menerima manfaat, iaitu spt anak kepada individu atau isteri dan lain2.
- Kebahayaan @ musibah, Iaitu jenis2 musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dlm kontrak, spt kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain2.
Bentuk Insuran ini seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain2) , Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.
Insuran Bersifat Kerjasama @ Kemasyarakatan (Ta’awuni):
Ia adalah suatu kontrak berbentuk derma @ sumbangan daripd sesuatu Badan Pengurusan Insuran Kerjasama kepada para pencarumnya atas dasar saling bantu membantu mengurangkan bebanan musibah yang ditanggung pencarum (ahli masyarakat). Ia tidak bertujuan mengumpul dan mencari keuntungan daripada simpanan wang pencarum. Ia juga bukan suatu jenis perniagaan.[2]
Demikian dua bentuk insuran yang asas. Bentuk yang pertama tidak disepakati sepenuhnya tentang hukumnya bgmnpun Majoriti ulama’ mengharamkannya, manakala jenis yang kedua disepakati sebulat suara tentang keharusannya di dalam Islam.
Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :-
- Terdapat Unsur Riba.[3]
- Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dgn jumlah yang berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sbgmn 6 item yang disebutkan Nabi di dlm hadithnya. Nabi SAW telah mensyaratkan dgn jelas dan terang, apabila bermu’amalah di antara dua item ribawi yang sama jenis (cth di sini wang RM dgn wang RM), mestilah dgn syarat:
a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin – jika melibatkan timbangan spt beras, gandum, garam dan lain2)
b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)
c. Diserahkan di ketika mu’amalah di lakukan. (yadan diyadin)
Syarat ini bersumber dari hadith :
لا تبيعوا الذهب بالذهب إلا مثلا بمثل, ولا تشفوا بعضها على بعض...( رواه البخاري و مسلم)
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yang lain..” ( Al-Bukhari & Muslim)
لا تبيعوا الذهب بالذهب ولا الورق بالورق إلا وزنا بوزن مثلا بمثل سواء بسواء ( مسلم)
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yang sama, nilaian yang sama..
Maka setiap perbezaan timbangan atau nilai (dlm item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dgn jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DLM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.
Manakala pembayaran bertangguh dlm 2 brgn ribawi adalah Riba An-Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran.
Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dari Muhd Baltaji, menjelaskan bhw kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bhw mana2 hujah utk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yang tidak sah menurut pandangan syarak [4] Justeru Insuran mempunyai kedua2 jenis Riba lalu ia digelar Riba An-Nasa’
- Perlu disedari bhw insuran biasa yang byk terdapat di Malaysia hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yang mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yang bertujuan mencari keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yang terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yang disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yang diharamkan.
- Walapun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan hanya utk merasa lebih selamat terhdp keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dsbgnya, tetapi ia tetap dianggap riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sbg riba, walaupun maksudnya tidak selari dgn riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa byk kes yang telah ditemui, terdapat individu yang sengaja menghilangkan kereta utk meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga utk mendapat wang insuran bernilai jutaan RM dan lain2.
- Riba juga boleh berlaku dgn sgt jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran di dalam syarikat lain dgn kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana2 syrkt yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syrkt insuran meletakkan wang itu di dlm syrkt yang melakukan urusniaga haram spt arak, judi dan lain2.
- Terdapat unsur ketidaktentuan (gharar).[5]
Nabi SAW bersabda dalam hadith yang sahih bhw Baginda “Melarang daripd urusniaga yang mengandugi gharar” (Riwayat Muslim)[6]
Ia berlaku apabila, kedua2 pihak (pencarum & syarikat) saling tidak mengetahui apa yang akan berlaku, bilakah musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan ? dsbg.. Ia adalah satu kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal) semata2.
Sekiranya A mencarum RM 1000 hari ini, tiba2 berlaku kehilangan keretanya esok, maka mungkin jumlah insuran yang akan diperolehinya berlipat kali ganda berdasarkan pakej insuran syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan syarikat, dgn itu ketidak adilan berlaku terhdp syrkt. Begitu juga, kiranya pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan kereta tidak pernah ditimpa musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya2 bgmn wangnya? Adakah akan hangus begitu shj ? malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yang diperolehi ¼ dari carumannya. Bukankah pencarum pula yang tertindas?.
Ini lah yang disebut ketidak tentuan (gharar) yang dilarang di dlm Islam, Kehebatan system Islam dlm urusniaga amat mengambil berat hal ini, agar kedua2 pihak tidak dizalimi atau terzalim. Kerana itu Islam mensyaratkan beberapa syarat sah urusniaga Jual Beli, tanpanya jual beli dan kontrak menjadi rosak, antara syaratnya [7] :-
- Timbangan yang maklum (diketahui jelas–kiranya jenis yang ditimbang)
- Barang & harga yang jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yang dijahili ketika beli)
- Penjualan barangan tidak dihadkan kepada tempoh tertentu masa yang jelas.
- Mempunyai tempoh tangguh yang dimaklumi (samada tempoh serah barang mahupun harga), iaitu kiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh.
- Redha kedua2 pihak dgn urusniaga yang dijalankan.
- Sama Nilai & timbangan serta penyerahan di dlm majlis yang sama tanpa tangguh dalam urusniaga item ribawi.
Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad[8]. Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dlm aspek ini. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yang begitu hebat dlm menjamin keadilan. Contoh jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak lembu yang masih dlm keadaan janin dlm perut ibunya, Menjual burung yang terbang di udara. [9] Ia menjadi gharar krn tidak dapat dipastikan sempurnakah janin yang akan dilahirkan, dapat kah ditangkap burung itu. Maka kiranya dibayar harga, tiba2 brgan tidak sempurna, lalu pembeli tidak puas hati, hingga terjadi permusuhan & pergaduhan. Islam melarang gharar demi mengelak kejadian spt ini. Bagaimanapun, Islam memaafkan gharar yang sedikit yang tidak dapat dielakkan serta yang diyakini tidak menjejaskan urusniaga.[10] Byk lagi dlm aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yang sukar utk diperkatakan di dalam penulisan yang ringkas terfokus ini.
Jika kedua2 pihak saling meredhai dan menjamin tiada pertelingakahan akan berlaku, kontrak tadi secara zatnya tetap termasuk dlm rangkuman bay’ al-gharar yang diharamkan. Walaupun nisbah peratusan atau kadar bayaran telah ditentukan agar pencarum maklum, ia tetap juga tidak tahu, bilakah musibah akan berlaku. Justeru tetap ada gharar di situ. [11]
- Terdapat unsur Perjudian
Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi. Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada berlaku musibah atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut’ie dlm risalahnya halaman 14, juga ulama’ lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn carumannya yang sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yang lumayan kiranya berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian. [12]
Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa’ menolak insur ini terdapat di dalam Insuran dgn katanya : “Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yang bergantung kepada nasib dan ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yang tegak di atas dasar bantu mengurangkan bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah..” [13]
Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdapat pada insuran unsur ‘mukhatarah’ (nasib dan musibah dan bahaya). Dari Muhd Baltaji menambah, bhw inilah sebab utama ia dianggap judi yang diharamkan, aspek samada ia boleh membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama[14]. Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yang dibuat terhdp satu perkara yang tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yang diperolehi dan apa pula yang akan dibayar)
Apa yang disebut oleh Syeikh Zarqa’ hanyalah suatu pandangan yang tidak dapat lari dari hakikat bhw unsur judi wujud dlm insuran & Dasar Bantu yang disebutkan adalah tidak tepat krn syrkt inusran ditubuhkan atas dasar perniagaan yang ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dgn insuran ta’awuni yang dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini).
Jalan Penyelesaian Untuk Menghalalkan Insuran Konvensional
Untuk menjadikan sistem insuran selaras dengan hukum syara’, perkara-perkara berikut diambil kira sebelum ianya dianggap syar’i:-
1. Insuran tidak boleh berasaskan akad jual-beli, bukan insuran perniagaan.
2. Perkara yang diakadkan hendaklah tepat, jelas dan telus untuk menjadikan ianya diketahui oleh semua pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut.
3. Kewajipan (obligation) dan tanggungjawab (responsibility) dalam akad diketahui oleh kedua belah pihak.
4. Akad jual-beli yang melebihkan satu pihak dari yang lain (penindasan) juga dianggap sebagai gharar.
5. Akad kewangan yang memaksa satu pihak melupuskan modalnya atau sumbangan/premiumnya sekiranya akad dibatalkan sebelum tempoh matang juga dianggap sebagai gharar.
Insuran yang dianggap Islami dikatakan sebagai memiliki unsur-unsur tanggungjawab bersama (shared responsibility) yang membolehkan penambahan dan perkongsian untung-rugi dikalangan ahli melalui satu tabung khusus yang diujudkan selaras dengan perintah dalam Al Quran:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa (Al Maidah: 2)
Persoalan disini ialah: Bolehkah kita melakukan premis ini iaitu - membuat andaian bahawa ketiadaan ciri-ciri yang menjadikan sesuatu transaksi sebagai batil menjadikan ianya halal? Apakah insuran itu sebenarnya?
Realiti Insuran
Definisi (sumber www.almuhajiroun.com)
Insuran ialah perjanjian antara dua pihak yang mana pihak pertama akan membayar pihak ledua sejumlah wang sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau kejadian musibah dalam satu jangkamasa tertentu, dengan syarat pihak kedua membayar pihak pertama sejumlah wang atau beberapa ansuran yang mana jumlahnya adalah kurang dari apa yang perlu dibayar oleh pihak pertama.
Insurans nyawa, barang, hak milik atau yang lain adalah salah satu bentuk urusniaga yang ada. Insurans merupakan kontrak antara pihak insurans dengan pihak yang tertanggung (insured) . Pihak tertanggung meminta kepada pihak insurans memberikan janji untuk ganti rugi (pertanggungan) kepada yang berkenaan dalam bentuk barang iaitu ganti rugi barang yang hilang atau harga bila berkait dengan barang atau hak milik. Pihak tertanggung akan mendapatkan ganti rugi berbentuk wang bila berkait dengan nawa atau yang sejenis dengannya termasuk juga kejadian yang menimpa pihak tertanggung dalam jangka waktu tertentu. Pihak insurans adalah pihak penanggung (insurer).
Di samping masalah ijab dan qabul pihak insurans berjanji akan memberi ganti rugi kepada pihak tertanggung sesuai dengan syarat-syarat yang telah disepakati oleh kedua belah pihak samada berbentuk barang yang hilang atau harganya ketika terjadi peristiwa tersebut. Contohnya ialah barang atau kenderaan seseorang itu rosak, rumah terbakar, hak milik dicuri orang atau meninggal dunia, dalam jangka waktu tertentu maka pihak tertanggung akan mendapat ganti rugi atau pampasan dari wang yang telah dibayar oleh pihak tertanggung dalam jangka waktu tertentu.
Insurans ialah kesepakatan antara pihak insurans dengan pihak tertanggung dengan insurans tertentu dan syarat-syaratnya adalah suatu kontrak. Di samping kontrak yang dilakukan antara kedua belah pihak, pihak insurans juga berjanji untuk mengganti atau membayar wang sesuai dengan syarat-syarat yang telah disepakati. Apabila pihak tertanggung tersebut mengalami suatu kejadian yang sesuai dengan polisi insurans maka pihak insurans sebagai pihak penanggung perlu mengganti barang yang rosak atau dengan harga yang sesuai dengan harga pasaran ketika peristiwa itu berlaku. Pihak insurans berhak memilih samada membayar harga barang tersebut atau menggantikan barang tersebut kepada pihak tertanggung atau pihak yang lain. Gantirugi ini merupakan salah satu hak pihak tertanggung berkaitan dengan jaminan pihak insurans ketika ciri-ciri yang terdapat dalam polisi insurans tersebut terjadi iaitu bila pihak insurans mengakui haknya atau apabila mahkamah memutuskan hak tersebut.
Insurans tersebut mungkin untuk kepentingan pihak tertanggung sendiri atau untuk orang lain seperti anak-anaknya, isteri dan ahli warisnya yang lain atau untuk kepentingan seseorang atau sekelompok orang yang telah ditentukan oleh pihak tertanggung. Insurans boleh digunakan untuk nyawa, barang, suara atau yang lain dengan tujuan untuk menarik minat oramg ramai menyertai skim insurans. Padahal sebenarnya insurans tersebut tidak menjamin nyawa, sekadar menjamin risiko yang terjadi dengan wang sebagai pertanggungan tertentu (pampasan) yang diberikan kepada anak-anak, isteri atau ahli warisnya atau orang ataupun kelompok yang telah ditentukan oleh pihak tertanggung apabila ia meninggal. Jadi insurans tersebut tidak pernah menjamin barang, kenderaan, hak milik serta yang lain kecuali menjamin risiko dengan memberi ganti rugi barang atau harganya sekiranya barang atau kenderaan atau hak milik mengalami kerosakan atau hilang. Oleh kerana itu insurans tersebut hakikatnya merupakan jaminan atas terjadinya sesuatu risiko dengan wang diberikan kepada orang berkenaan atau yang lain atau ganti rugi bukannya jaminan bagi nyawanya ataupun hak miliknya. Inilah fakta tentang insurans. Dengan meneliti secara mendalam sebenarnya insurans batil dari dua hal:
Pertama, insurans adalah sebuah kontrak di mana insurans merupakan kesepakatan antara dua pihak yang mana terdapat ijab (tawaran/offer) dan qabul (penerimaan/acceptance). Ijab dari pihak tertanggung (insured) sedangkan qabul dari pihak insurans atau pihak penanggung (insurer). Kontrak tersebut akan menjadi sah sekiranya syarat-syarat menurut syara' dipenuhi. Syarat kontrak menurut syara' mesti terjadi pada barang atau perkhidmatan. Sekiranya tidak terjadi pada barang atau perkhidmatan maka kontrak tersebut adalah batil. Menurut syara' kontrak boleh terjadi pada barang dengan imbalan seperti jual-beli, saham, persyarikatan dan sebagainya. Kontrak juga boleh berlaku pada barang tanpa sebarang imbalan seperti hadiah. Manakala kontrak bagi perkhidmatan dengan imbalan seperti kontrak ijarah dan kontrak perkhidmatan tanpa imbalan seperti kontrak pinjaman (ariyah).
Oleh kerana itu kontrak atau akad yang syar'i mesti berlaku pada suatu barang atau perkhidmatan sedangkan urusan insurans tidak termasuk dalam kategori kontrak barang mahupun perkhidmatan. Kontrak insurans berlaku pada janji atau jaminan tanggungan sedangkan janji atau jaminan tanggungan tersebut tidak dianggap sebagai barang sebab zatnya tidak boleh digunakan dan tidak boleh dimanfaatkan. Janji juga tidak boleh dianggap sebagai perkhidmatan kerana seseorang tidak boleh memanfaatkan janji secara langsung samada untuk disewakan mahupun dipinjamkan.
Sejumlah wang yang diperolehi dari janji tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai satu perkhidmatan tetapi hanya merupakan salah satu hasil dari muamalah. Dari sinilah maka urusniaga insurans tersebut tidak dapat dianggap berlaku pada barang atau perkhidmatan. Oleh kerana itu urusniaga ini adalah batil kerana tidak memenuhi syarat-syarat dalam sebuah urusniaga syar'i.
Kedua, pihak insurans sebagai pihak penanggung (insurer) telah berjanji kepada pihak tertanggung (insured) dengan syarat-syarat tertentu. Bila ditinjau dari segi jaminan, jaminan tersebut harus memenuhi syarat-syarat yang dituntut oleh syara' berkait dengan masalah dhaman agar jaminan tersebut menjadi sah menurut syara'. Jika tidak maka jaminan tersebut tidak sah.
Jaminan (dhaman) adalah pemindahan harta pihak penjamin kepada pihak yang dijamin dalam menunaikan suatu hak. Dalam pemindahan harta seseorang kepada orang lain perlu ada penjamin (dhamin), yang dijamin (madhmun 'anhu) dan yang menerima jaminan (madhmun lahu). Jaminan itu sendiri sebenarnya merupakan penunaian hak harta tanpa sebarang imbalan apa pun. Agar jaminan tersebut sah maka jaminan tersebut disyaratkan harus terjadi dalam penunaian harta yang wajib dipenuhi atau akan sampai tempoh pemenuhannya. Jika yang dijamin tidak mendapatkan apa-apa maka dalam hal ini tidak terjadi pemindahan harta.
Adapun dalam hak yang akan sampai waktu pemenuhannya seperti seorang lelaki berkata kepada seorang wanita: "Nikahlah dengan si fulan aku yang akan menanggung maharmu," maka pihak penjamin telah memindahkan tanggungannya (hartanya) kepada pihak yang dijamin di mana sesuatu yang menjadi tanggungan pihak yang dijamin tersebut kemudian menjadi tanggungannya.
Sekiranya tidak terdapat hak wajib atau hak wajib yang akan sampai waktu pemenuhannya yang harus ditunaikan oleh seseorang maka jaminan tersebut tidak mungkin berlaku pada orang tersebut kerana tidak adanya pemindahan hak seseorang ke atas pihak yang lain. Akibatnya jaminan seperti ini adalah tidak sah. Atas dasar inilah apabila tidak terdapat hak wajib yang diterima oleh pihak yang mendapat jaminan atas pihak yang dijamin maka jaminan itu tidak sah. Ini kerana disyaratkan bagi pihak penjamin agar menjamin barang apabila barang tersebut hilang ataupun rosak atau menjamin hutang tersebut samada menjamin secara praktis iaitu ketika hak tersebut adalah hak wajib dan telah sampai waktu pemenuhannya atau menjamin dengan kemampuan (kekayaannya) apabila hak tersebut belum sampai masanya. Sekiranya yang dijamin tersebut tidak harus mendapatkan jaminan samada ketika sampai waktu pemenuhannya atau dengan kekayaan pihak penjamin maka jaminan itu tidak sah. Ini kerana sesuatu yang tidak wajib ditunaikan oleh pihak yang dijamin tentu lebih-lebih lagi tidak wajib ditunaikan oleh pihak penjamin.
Sebagai contoh ada seseorang menerima pakaian dari orang lain lalu orang tersebut berkata kepada pemberi pakaian tadi: "Berikanlah pakaianmu kepadanya, aku yang akan menjaminnya." Lalu pakaian tersebut hilang, adakah pihak penjamin tersebut harus membayar harga pakaian tersebut kepada pemilik pakaian tadi?
Sekiranya pakaian tersebut hilang bukan kerana perbuatan pihak yang mendapat jaminan juga bukan kerana kecerobohannya maka dalam hal ini penjamin tidak mempunyai kewajipan apa pun sebab madhmun 'anhu tidak mempunyai kewajipan apa-apa pun. Jika pihak penerima pakaian tidak mempunyai kewajipan apa-apa maka pihak penjamin lebih-lebih lagi. Atas dasar inilah maka hak tersebut haruslah berupa hak wajib atas yang lain yang harus diterima oleh pihak yang dijamin atau suatu kewajipan yang akan sampai waktunya sehingga jaminan tersebut boleh dipanggil sebagai satu jaminan.
Adalah tetap sah sesuatu jaminan itu sekiranya yang dijamin dan pihak yang mendapatkan jaminan tersebut belum diketahui. Jika seseorang berkata: "Berikanlah pakaianmu kepada tukang cuci itu." Kemudian dia menjawab: "Aku khuatir dia akan menghilangkannya." Lalu orang tadi berkata lagi: "Berikanlah pakaianmu kepada tukang cuci itu akulah yang akan menjaminnya jika hilang." Sedangkan orang tadi tidak menentukan siapa tukang cucinya. Maka jaminan ini adalah sah. Sekiranya orang tadi memberikan pakaian tersebut kepada tukang cuci lalu pakaian tersebut hilang maka orang tadi harus menjaminnya meskipun orang yang dijamin tadi masih belum jelas (majhul). Demikian halnya sekiranya dia mengatakan: "Fulan itu adalah tukang cuci yang mahir, setiap orang menghantar cucian kepadanya, akulah yang akan menjamin para tukang cuci itu." Maka kontrak seperti ini adalah sah meskipun pihak yang dijamin masih majhul.
Dalil-dalil tentang jaminan di atas menjelaskan bahwa jaminan itu merupakan pemindahan hak seseorang kepada orang lain dan jaminan itu merupakan jaminan atas suatu hak yang wajib dan tegas. Dalam jaminan tersebut adalah jelas bahawa mesti ada pihak penjamin, pihak yang dijamin dan pihak yang mendapatkan jaminan tanpa adanya imbalan. Pihak yang dijamin serta penjamin mungkin sama-sama majhul.
Dalilnya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda' dari Jabir, ia berkata:
"Rasulullah saw. pernah tidak mahu menyolatkan (mayat) seorang laki-laki yang mempunyai hutang (semasa hidupnya). Rasulullah disodori jenazahnya (untuk disolatkan) kemudian baginda bersabda: 'Apakah ia mempunyai hutang?' Mereka menjawab: 'Benar iaitu dua dinar.' Kemudian baginda bersabda: 'Solatkanlah sahabat kalian.' Kemudian Abu Qathadah Al-Anshary berkata: 'Biarlah hutangnya menjadi tanggunganku, ya Rasulullah.' Maka baginda lalu mahu menyolatkannya. Ketika Allah telah menaklukkan berbagai negeri dibawah kekuasaan Rasulullah, baginda bersabda: 'Aku lebih utama bagi setiap Mukimin dari diri mereka sendiri. Maka barangsiapa yang meninggalkan hutang, akulah yang akan melunasinya dan barangsiapa yang meninggalkan warisan maka harta warisan itu bagi pewarisnya."
Dalam hadis ini, Abu Qathadah telah memindahkan harta miliknya kepada si mayat dalam menunaikan hak harta yang harus ditunaikan oleh si mayat. Jelas pula dalam urusan jaminan tersebut ada pihak penjamin, yang dijamin dan pihak yang mendapatkan jaminan. Di dalam jaminan ini, jaminan menunaikan hak harta tanpa adanya sesuatu imbalan. Pihak yang dijamin iaitu si mayat dan pihak yang mendapatkan jaminan iaitu orang yang berpiutang adalah sama-sama majhul iaitu tidak jelas. Hadis ini memuat tentang syarat-syarat sah atau tidaknya jaminan serta syarat terwujud atau tidaknya urusan jaminan tersebut.
Inilah jaminan yang sah menurut syara'. Perjanjian insurans berkait dengan jaminan hanyalah sekadar janji yang mana tidak memenuhi semua syara' yang dinyatakan di atas sehingga insurans tersebut tidak sah dan urusniaganya tidak diakui oleh syara'.
Dalam insurans tidak ada pemindahan hak seseorang kepada orang lain secara mutlak. Pihak insurans tidak menjamin hartanya kepada seseorang dalam menunaikan kewajipan pihak tertanggung. Dengan ini insurans tersebut menjadi batil. Dalam insurans juga tidak terdapat hak penerima tanggungan pada seorang pun yang harus ditanggung oleh syarikat insurans. Tidak ada hak harta bagi penerima tanggungan pada seorang pun yang kemudian ditanggung pada pihak insurans. Di sini juga tidak ada hak harta maka pihak insurans juga tidak menanggung hak harta apa pun hingga jaminan tersebut sesuai dengan jaminan menurut syara.
Jaminan yang diberikan oleh pihak insurans berbentuk wang atau harga barang tidak diterima oleh penerima tanggungan ketika polisi insurans tersebut ditandatangani samada secara tunai atau dibayarkan kemudian sehingga jaminan tersebut sah menurut syara'. Pihak insurans menjamin sesuatu yang tidak wajib dilaksanakan samada secara tunai mahupun kredit sehingga jaminan tersebut tidak sah dan insurans tersebut menjadi batil. Insurans tersebut tidak ada pihak yang dijamin (madhmun 'anhu) kerana pihak insurans tersebut tidak memberi jaminan kepada seseorang yang mana harus dipenuhi haknya sehingga boleh dipanggil sebagai suatu jaminan.
Oleh kerana itu urusniaga insurans tersebut tidak mempunyai unsur-unsur dasar dari jaminan yang wajib ditunaikan secara syar'i iaitu adanya pihak yang dijamin. Sistem jaminan dalam syara' mesti ada pihak penjamin, yang dijamin serta yang mendapat jaminan.
Oleh kerana dalam insurans itu tidak ada madhmun 'anhu maka urusniaga tersebut menurut syara' adalah batal. Tambahan pula ketika pihak insurans berjanji menyerahkan jaminannya atau wang ganti rugi ketika terjadinya kerosakan, kehilangan barang mahupun kemalangan, maka hal itu sebenarnya merupakan imbalan (compensation) dari sejumlah harta yang dilaburkan oleh pemegang polisi (pihak tertanggung). Jadi insurans tersebut adalah jaminan berserta imbalan. Dengan ini insurans menjadi urusniaga yang tidak sah kerana salah satu syarat sahnya jaminan adalah pemberian jaminan tersebut tanpa sebarang imbalan. Keberadaan insurans inilah yang mempraktiskan jaminan berserta imbalan menyebabkan jaminan itu batil.
Jelaslah terdapatnya kekurangan-kekurangan dalam polisi insurans dalam rangka memenuhi syarat jaminan yang telah dinyatakan oleh syara'. Oleh yang demikian jaminan yang diberikan oleh insurans untuk menjamin penyerahan sejumlah wang atau menjamin harta adalah batil dari segi asasnya. Dengan itu secara keseluruhannya status insurans itu batil menurut syara'.
Atas dasar inilah maka hukum insurans secara keseluruhan menurut syara' adalah haram. Hukum ini mencakup semua jenis insurans samada insurans jiwa, insurans barang atau insurans harta benda dan yang lain-lain. Keharamannya terletak pada urusniaganya yang batil. Selain itu janji yang diberikan oleh pihak insurans ketika penandatanganan polisi insurans adalah janji yang batil. Dengan itu perolehan harta melalui urusniaga yang sejenis atau seperti ini adalah haram, dikategorikan memakan harta dengan jalan batil dan termasuk kategori harta-harta yang kotor.
Apakah itu Takaful?
Istilah takaful adalah masdar dari kata akar kafl yang bermakna jaminan atau tanggungjawab. Takaful yang memiliki ciri al-musyarakah bermaksud ‘perkongsian’. Ini bererti takaful bermaksud tanggungjawab bersama (shared responsibility), jaminan bersama (shared guarantee) jaminan bersama (collective assurance) dan tanggungjawab kedua pihak (mutual undertaking) (ruj: Dari Abu Said Majid, Jabatan Bahasa Arab, Kuliyyah Ilmu-Ilmu Wahyu, UIAM).
Sumber Hukum Syarak
Al Quran
- Surah Al-Maidah 5: 2
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa.
- Surah Al-Maidah 5: 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَوْفُواْ بِالْعُقُودِ
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu.
Al Sunnah (Hadis)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: Ada tiga tanda seorang munafik; mereka adalah; apabila bercakap, dia dusta; apabila berjanji, dia mungkir; apabila diamanahkan sesuatu, dia khianat (HR Bukhari & Muslim).
Operasi Takaful (sumber http: al-ahkam.com.my)
Operasi takaful sebagai sebuah perniagaan tidak berasas kepada akad jual beli. Dalam hal ini, peserta takaful tidak membeli produk takaful daripada syarikat takaful dan sebaliknya syarikat takaful tidak menjual produk itu seperti syarikat insuran menjual polisi insuran. Apa yang ditekankan ialah sepertimana insuran konvensional, tetap mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan dan saling jamin-menjamin diantara mereka.
Struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insuran. Disatu pihak, peserta melanggani produk takaful daripada pihak yang menyediakan produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan memeterai akad. Memandangkan wang sumbangan (iaitu premium) dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat untung sambil berniat membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika ditimpa musibah, maka operasi takaful lebih berbentuk satu usaha pelaburan. Ini bermakna, wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedangkan dibawah jual beli insuran (insuran konvensional), wang premium menjadi hak syarikat insuran sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insuran daripada syarikat berkenaan. Sesuai dengan struktur utamanya, ulama’ memutuskan bahawa akad takaful HARUS berasaskan prinsip Al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam perniagaan. Peserta berhak mendapat untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang dijalankan syarikat takaful. Pada masa yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai tabarru’ (derma) sebahagian daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan.
Adakah Takaful tidak sama dengan Insuran Konvensional?
Produk Takaful, walaupun telah diubah suai sedemikian rupa tetap tidak dapat lari dari memiliki ciri-ciri insuran konvensional iaitu ianya berasaskan janji dan jaminan (guarantee) yang diberikan adalah berdasarkan pelaburan yang dibuat oleh pihak yang diinsurankan (insured). Ia tidak memenuhi syarat dhamman (jaminan) dalam Islam. Oleh itu, hukumnya tetap haram disebabkan status akadnya iaitu batil.
Kesimpulan
Sebelum membuat keputusan untuk mengambil apa-apa produk kewangan, adalah penting bagi kita untuk memahami realitinya dan meneliti isi kandungan kontrak dengan teliti. Terlalu banyak produk yang ditawarkan di pasaran dewasa ini yang dianggap Islami oleh kebanyakan umat Islam, hanya kerana ia menggunakan istilah Arab. Kita memanfaatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan kerana kehalalannya, bukan disebabkan oleh manfaat semata-mata kerana keredhaan Allahlah yang sepatutnya menjadi tolok-ukur perbuatan seorang Muslim yang bertaqwa.
Rujukan
1. Insuran Menurut Perspektif Islam, Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman, Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Universiti al-Yarmouk, Jordan.
2. Sources of Law Affecting ‘Takaful’(Islamic Insurance) Mohd. Ma'sum Billah, IIUM.
- Http://al-ahkam.com.my
- www.almuhajiroun.com
[1]. ‘Uqud at-Takmin, Dari. Jamal Hakim, Jld 1, halaman 33
[2]. Qarar Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Sedunia) bertarikh 1978 M, dinaqal daripd Dari. Uthman Syabir, halaman 131.
[3] . Al-Mu’amalah al-Maliah, Dari Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, halaman 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dari. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, halaman 3423
[4] . ‘Uqud at-Takmin, halaman 111
[5] . Rujuk Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mu’asirah, Dari Ali Ahmad Salus, Maktabah al-Falah, cet kedua, halaman 380 ; lihat juga ‘Uqud at-Takmin, Dari Muhd Baltaji, Dar al-Urubah, Kuwait,
[6]. Muslim, Kitab al-Buyu’ ; Malik dlm al-Muwatta’ ; Ahmad dari Ibn Umar dlm al-Musnad ; Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-‘Asqolani, Jld 5, halaman 260
[7]. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi, cet Dar Ihya’ at-Turath al-Arabi, Jld 9, halaman 210 ; Qabasun Fi Fiqh al-Mu’amalat, Prof. Dari Abd Fatah Idariis, halaman 29 ; Al-Fiqh al-Islami, Dari Wahbay az-Zuhayli, 5/3325
[8]. Baltaji, halaman 68
[9]. Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Lihat Bab Buyu’ dlm semua cetakan.
[10]. Ibid, Jilid 4/ halaman 5-6 ; Rujuk juga Fath al-Bari, 5/260 dan As-Syarh al-Shoghir 3/95
[11]. Rujuk perbincangan yang lanjut & menarik dlm ‘Uqud at-takmin, Dari. Muhd Baltaji, halaman 76-93
[12]. Ahkam Mu’amalat Mu’asirah, Dari. Ali Salus, halaman 380
[13]. Usbu’ al-Fiqh al-Islami, halaman 398 ; juga artikel Syeikh Ali Khafif, halaman 17
[14] ‘Uqud at-Takmin, halaman 98
3 comments:
wah mantap r akhi wazir nih
huhu.
memang best tulisan anta mantap...
hehe. tp nanti ana tidur umah k...
bila x tahu r
hehe
terms permits leash skibeness formsfor waterslides encroaching adoption relocation incurred wavelength
semelokertes marchimundui
Post a Comment