tiga puluh lima tahun lalu, arwah bapa saya, Tun Abdul Razak yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, menjejakkan kaki di China. Ia menandakan bermulanya era baru dalam hubungan dua hala yang membuka lembaran bersejarah dalam perhubungan China dan Malaysia.
Keputusan berani dan bersejarah itu mendorong negara-negara lain di Asia Tenggara untuk mengikut jejak Malaysia dalam mengadakan hubungan diplomatik dengan China.
Diwujudkan secara rasmi dengan pemeteraian Kenyataan Bersama pada 31 Mei 1974, hubungan dua hala yang berasaskan sikap saling menghormati telah terjalin. Ia kemudiannya menjadi semakin erat dan mencapai kemajuan yang sangat pesat.
Mereka yang bertanggungjawab mengadakan hubungan itu telah berpandangan jauh ke depan dan barangkali tidak membayangkan perhubungan itu akan berkembang maju seperti yang disaksikan selama ini.
Saya menaruh keyakinan tinggi terhadap nilai dan kepentingan hubungan dua hala antara negara kita ini. Dan saya pernah melakukan beberapa lawatan ke negara ini dalam kedudukan berlainan. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Pendidikan.
Sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada April lalu, inilah lawatan rasmi pertama saya ke sebuah negara di luar ASEAN.
Saya akan terus mencari jalan untuk mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan antara kita (China dan Malaysia).
China hari ini tentunya jauh berbeza daripada China yang dilihat oleh bapa saya pada 1974. Jutaan basikal dan pakaian ala Mao kini digantikan dengan kereta yang bergerak laju di lebuh-lebuh raya.
Negara maju di Barat semakin tertarik untuk mendekati China dan China tidak lagi disisihkan seperti dahulu. Hari ini China merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia daripada segi pariti kuasa membeli (PPP). Dan China menjadi yang ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat (AS) dan Jepun daripada segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal.
China kini memiliki rizab asing terbesar di dunia dan memainkan peranan semakin penting dan berpengaruh di pentas antarabangsa.
China dan Malaysia mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua negara berkongsi aspirasi dan objektif yang sama untuk memastikan keamanan dan kestabilan berkekalan di rantau ini. China telah membuktikan statusnya sebagai sebuah kuasa ekonomi yang bertanggungjawab.
Ia mendapat penghargaan dan kepercayaan negara-negara Asia semasa krisis kewangan pada 1997-1998 kerana tidak menurunkan nilai mata wangnya. Seandainya China berbuat demikian, situasi sudah tentulah bertambah sukar bagi negara-negara yang dilanda krisis itu, termasuk Malaysia sendiri.
Hari ini kedua-dua negara boleh bekerjasama untuk menangani kemelesetan ekonomi dunia. Kerjasama ini boleh dilakukan dengan beberapa cara.
Antaranya ialah memastikan permintaan domestik di kedua-dua negara kita terus berada pada paras yang tinggi. Peningkatan permintaan domestik di China akan membantu sektor eksport negara-negara di rantau ini dan membantu proses pemulihan mereka.
________________________________________________________________
Review
Hairan bin ajaib. Kebelakangan ini rakyat diseru bersungguh-sungguh untuk menghentikan komunisma, membenci komunisma dan diminta pendapat umum tentang komunisma, lantas pelbagai tokoh dan entah sapa-sapa yang datang dari mana-mana, memberikan pendapat dan sejarah peribadi tentang 'jahat'nya komunis dan ideologinya.
Namun, dalam masa yang sama, mereka yang menyeru supaya dibenci dan dihalang komunis tua supaya masuk ke dalam negara ini, menjejakkan kaki ke negara komunis! Menjejakkan kaki ke negara didikan para komunis. Lantas mengadakan hubungan dua hala bersama negara anti-agama ini.
Nah! Inilah yang dinamakan demokrasi terpimpin. Kita membenci sebenarnya bukan atas dasar berapa ramai rakyat kita yang dibunuh, bukan atas bencinya kita kepada ideologinya, tetapi kerana adakah ianya dapat memberikan manfaat ataupun tidak? Ya kan? Masakan boleh pulak diadakan hubungan berhala-hala dengan negara komunis sekaligus menjadi antara pelopor hubungan negara demokratik dan negara komunis. Sungguh betentangan sekali ideologi dan fahamannya. Demokrasi sememangnya musuh komunisma. Kapitalis sememangnya musuh komunisma. Malah kebangkitan kapitalisma penyebab runtuhnya ideologi sosialisma/komunisma.
Namun hari ini kita menyaksikan ideologi-ideologi diketepikan atas dasar manfaat. Bagaimana pula dengan Chin Peng? Semestinya Big Boss Chin Peng adalah China. Jika komunisma berjaya diterapkan di tanah melayu, maka kita akan menyaksikan hari ini, sekolah, sarana dan segalanya pasti akan beracuankan negara China.Namun ianya tidak berlaku, dan Chin Peng adalah diantara 'ikan bilis' yang gagal menerapkan komunisma di tanah melayu. Lantas apa? Semestinya ikan bilis komunis ini akan ditentang habis-habisan oleh ikan jerung dan bilis kapitalisma. Malah, kononnya membenci komunisma tetapi atas dasar manfaat, kebencian ideologi diketepikan.Si jerung kapitalis membuat pakatan perdagangan dengan jerung komunisma.
Jadi, dimana penegasan anti-komunisnya? Dimana kebencian terhadap komunisnya? Atau bencinya hilang apabila dikelabui keuntungan? Seolah-olah pasti, selalunya begitu. Ludah ke langit, kena muka sendiri, atau ludah, dan jilat balik ludah sendiri. "Itu, ini tak boleh, tapi kami boleh!"
Bagaimana kelirunya sistem buatan manusia ini berdiri. Selalunya atas dasar "engkau tak boleh, aku boleh". Tengok sekeliling kita. Tengok bapa pelopor idea "engkau tak boleh aku boleh" U.S. Tengok pula anak-anaknya negara2 yang pernah dijajah. Saling tak tumpah perangai ayahnya.
Sampai bila 'engkau boleh aku tak boleh"? Atau sudah sampai masanya digantikan dengan "Semuanya boleh, asalkan bertepatan dengan syariah.Kalau haram, tak bolehla."?
Jika Chin Peng masuk menaburkan berjuta2 dan berbillion2 dollar kepada jerung kapitalis, agak2nya Chin Peng dibenarkan atau dilarang masuk ke negara ini?
Apa pula beza antara pembangkang yang mendesak atasan supaya menerima Chin Peng, dengan pemerintah yang membuat urusan dagang dengan antara 5 Negara Komunis dunia - China?
If you're looking for the guilty, you only have to look into a mirror - V for Vendetta
0 comments:
Post a Comment