Mungkin masih ramai lagi yang obses dan optimis tentang hebatnya akal manusia dalam menggubal hukum bagi mencari solusi bagi permasalahan kehidupan. Nah! Ini adalah salah satu bukti betapa 'geniusnya' manusia yang barangkali dirasakan lebih hebatnya dia dari Sang Pencipta.
Perhatikan sekelilingmu kawan, apakah sistem yang mengatur hidup kalian adalah yang terbaik yang dapat menyelesaikan masalah?
Bukakan hatimu kawan. Bukankah pada saat ini, hidup yang semakin sempit dengan pelbagai permasalahan meruntun diri kalian melihat kepada 1 solusi yang tunas?
Guballah sebanyak mana undang2, protokol, etiquette, adat dan sebagainya mengikut akal2 kalian. Segenius mana pun kalian, apakah kalian mampu mengatasi kehebatan aturan/hukum Sang Pencipta?
Fikirkan.......
SHAH ALAM 2 Jun - Disebabkan meragut seorang wanita yang secara kebetulan jiran sekampung, seorang pekerja pencuci kereta hari ini dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Mohamad Zeren Hamjah, 27, dari Batu 7 Jalan Kebun di sini, mengambil kesempatan meragut seorang suri rumah Nor Wahi Dah Ismail ketika mangsa berdiri di tepi jalan untuk menelefon suami kerana keretanya mengalami kerosakan enjin.
Tertuduh mengaku telah melarikan sebuah telefon bimbit, beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai RM1,500 milik mangsa ketika meragutnya pada pukul 12.55 tengah hari, 23 Mac lalu di jalan kampung, Jalan Kebun di Seksyen 36 di sini.
Mohamad Zeren didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Lelaki itu sebelum ini pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali kerana kesalahan mencuri kenderaan, menagih dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan. - Utusan
0 comments:
Post a Comment