BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 01, 2009

1 MAY - Memperingati perjuangan Anarkis atau....


1 May merupakan antara tarikh keramat bagi umat manusia. Bagi yang tak pernah peduli dengan dunia, 1 may adalah hari cuti, hari santai, hari bersosial, outing, bersama keluarga dan bermacam jenis aktiviti yang telah dirancang untuk mengisi hari cuti ini dengan sebaik mungkin.

Bagi golongan yang pro idea politik barat, hari ini adalah hari untuk memperingati perjuangan hak asasi pekerja. Pada tahun 1886, terjadi suatu peristiwa yang dinamakan The Haymarket Affair yang menyaksikan demonstrasi aman secara besar-besaran golongan pekerja, pendatang dan juga golongan anarkis, dalam memperjuangkan hak untuk pekerja dan memendekkan waktu bekerja dari berbelas jam kepada 8jam sehari. pada 4 May 1886, ketika Samuel Fielden sedang memberi ucapan penutup, pihak polis tela datang dan meminta mereka untuk meleraikan demonstrasi tersebut dan pada saat itu, sebuah bom dilontar kepada pihak polis yang cuba melerikan demonstrasi dan Mathias J. Degan seorang pegawai polis yang bertugas terbunuh akibat letupan bom tersebut. Hasilnya, polis melepaskan tembakan dan dilaporkan tembakan dari pihak polis berlangsung selama kurang daripada 5 minit. Dilaporkan 60 pegawai polis cedera. 4 orang awam mati dan tiada laporan mengenai jumlah orang awam yang tercedera kerana mereka khuatiri dengan mendapatkan rawatan di hospital, mereka akan ditangkap dan dipenjarakan. Atas kejadian ini, 8 orang anarkis pencetus demonstrasi dibawa ke muka pengadilan dengan pertuduhan menyebabkan kematian pegawai polis, kecederaan pegawai dan orang awam. Walaupun tiada bukti yang terpercaya yang menyatakan bom itu dibaling dari arah pengikut demonstrasi, namun, mereka disabitkan kesalahan dan 7 dari mereka dihukum gantung sampai mati 7 manakala Neebe, dipenjara selama 15 tahun.




Atas insiden yang berlaku, seluruh kesatuan pekerja, anarkis dan gerakan politik radikal bangkit membantah kezaliman penguasa menghukum mati saudara mereka tanpa bukti yang kukuh. Bermula dari titik tolak ini, dilaporkan, tercetusnya idea anarkisma secara meluas. Malahan Emma Goldman, seorang feminis yang tidak asing lagi dalam dunia feminisma, menyatakan bahawa peristiwa Haymarket ini adalah peristiwa yang mencetuskan minatnya kepada anarkisma dan memperingati peristiawa ini memberikan nafas dan semangat juang kepadanya untuk terus emperjuangkan anarkisma dan feminisma.



Kebangkitan Yang Bathil

Jelas, daripada sorotan ringkas peristiwa Haymarket, golongan pekerja pada tahun 1886 bangkit untuk mempertahankan hak-hak mereka. Pada zaman itu, golongan kapitalis mengambil kesempatan atas revolusi industri dan menggunakan tenaga pekerja semaksimum mungkin untuk pengeluaran industri. Lantas daripada ini, golongan sosialis, libertarian dan anarkis bangkit untuk mempertahankan hak mereka. tampak disini bahawa sejak abad ke 18, manusia memang tidak pernah merestui idea kapitalisma yang tidak henti-henti menindas. Namun, atas idea daripada sosialis dan anarkis yang ingin bangkit, hari ini kita menyaksikan 'wajib'nya menyambut hari pekerja yang kita difahamkan sebagai menyambut hari pekerja. Tidak lebih dari itu. Selain daripada bangkit menentang kezaliman, hari 1 May ini juga adalah hari untuk memperingati kematian 7 anarkis yang 'syahid' sebagaimana yang dilaporkan "The Harmarket Martyrs"

Disini, harus diteliti bahawa tujuan mereka bangkit adalah menentang kapitalisma, golongan burgeois yang menindas. Namun dengan berpaksikan idea yang jelas bertentangan dengan Islam yakni anarkis dan sosialis. Daripada insiden ini juga, bangkit idea kesetaraan gender dan feminisma yang memperjuangkan hak wanita untuk bersama-sama lelaki dalam seluruh aspek sosial, pekerjaan dan membuat keputusan. Anehnya, walaupun idea anarkis dan sosialis dikecam hebat oleh barat, namun, meraikan 1 May menjadi 1 kewajipan, dan tidak terlepas negara kaum muslimin dalam menyambutnya.

Persoalannya ialah, kenapa negara-negara yang ada pada masa kini, masih lagi merayakan hari memperingati kematian 7 anarkis, yang jelas ideologinya bertentangan dengan demokrasi dan sistem kapitalis?

Bagaimana pula dengan kesungguhan kita meraikan hari pekerja ini, sama ada dari golongan sekular, mahupun golongan ulama, sedangkan tidakkah kita memperhatikan sejarah bahawa dasar perjuangan bagi 1 May adalah ideologi sosialis dan anarkis yang jelas bertentangan dengan Islam?

Dan persoalan paling utama adalah : Seluruh dunia mengambil kesepakatan untuk cuti pada hari matinya 7 orang anarkis di tali gantung, menyambutnya dengan demonstrasi, majlis ilmu dan bermacam cara lagi, namun tidak ada seorang ulama', negara/negeri dan pemerintah kaum muslimin pun yang ingin bangkit untuk mengingatkan kaum muslimin seluruh dunia tentang tarikh penghinaan ke atas umat Islam dan kejatuhan empayarnya yakni Daulah Khilafah Uthmaniyah pada 3 Mac 1924??



Teringat suatu kisah apabila ada seorang sahabat dari utara mengedarkan risalah pada 3 Mac, sempena memperingati tarikh kejatuhan Khilafah pada seorang jemaah yang baru selesai solat jumaat berjemaah. "Abang, ini edaran tentang kejatuhan negara Islam." Lantas sambil tersenyum kecil, lelaki muslim itu menjawab " Hah? Negara Islam?...hehehehe. Ada ka negara Islam?...heheheh"..... Sahabat ana tersentak dan berkata kepada diri sendiri. "Ibu" kalian yang telah memelihara kalian selama 1300 tahun, telah dibunuh oleh kufur dan sistem ciptaannya...masih lagi boleh ketawa??"


Hebatnya pemikiran barat yang telah meresap ke dalam pemikiran kaum muslimin. Ada yang ketawa bila terdengar tentang kejatuhan Negara Islam yang menaungi umat Islam seluruh dunia 1 ketika dahulu.

Apabila 1 May kembali lagi pada tahun hadapan. masihkah kita ingin menyambut hari matinya 7 anarkis dan sosialis yang bathil akidahnya dan rosak ideologinya? Ataupun pada tahun yang mendatang, kita menjadi muslimin yang ingat akan kematian "ibu" kita, lantas bangkit dan berusaha untuk menjatuhkan kembali mereka yang telah membunuh "ibu" kita?




fikir....soal.....

0 comments: