BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 28, 2009

Terkejut dengan Ah Long : Lepas itu?

Alangkah terkejutnya apabila membaca utusan hari ini bahawa pemipin kita terkejut! apabila melihat cara pelayanan ah long kepada mereka yang meminjam dengan ah long. Dan.....dia sekadar terkejut!

Lalu dinasihatkan supaya janganlah terjebak dengan ah long. Umat dinasihatkan supaya jangan terjebak? Secara teorinya, bagaimana nak menyelesaikan masalah secara total? Baikkan end product yang setiap kali hasilnya rosak, atau buang terus sumbernya?

Saya teringat ada seorang kawan yang ultra nasionalis pro melayu yang pernah keluar kenyataan 'sanggup mati untuk bangsa melayu'. Apabila terjadi kes ah long 2 tahun lepas, si ultra nasionalis melayu yang sangat sayangkan bangsanya hingga sanggup mati kerana bangsanya berkata 'yang melayu ni pun bodoh. orang tak paksa kau pinjam ah long, kau yang carik penyakit'. Bangsa melayu yang dicintai teramat sangat itulah yang 'dibodohkan'. Saya kira sebagai ultra nasionalis melayu, dia sepatutnya berkata 'kerajaan patut hapuskan ah long, riba dan birokrasi bagi mudahkan peniaga kecil melayu meminjam, dan bukannya biarkan ah log berleluasa'. Namun, se-ultra nasionalis- mana pun dia, di'bodohkan' pulak melayu. Kesiannnn.

Inilah dia, my brothers and sisters, sesayang manapun seseorang kepada kita, walhasil dari manfaat dan ikatan yang tidak benar, sayangnya akan terzahir jadi kebencian apabila tiada manfaat, malah menyusahkan seseorang. Mustahillah pemimpin negara berkata 'wahai orang melayu yang bodoh, kau pegi pinjam ah long buat ape?' Kerana dia pemimpin parti asabiyah melayu. Takkanlah nak cakap 'bodoh' pada melayunya dengan terang. Dalam samar2, 'ambilkan peristiwa ini sebagai iktibar' je la.

Mereka senang lenang berkereta mewah, tidak mempedulikan nasib ummat di bawah. Berapa banyak kes peniaga kecil yang terpaksa menyelamatkan perniagaan mereka pada kadar segera dengan meminjam dari ah long, kerana birokrasi perbankan ribawi terlalu mencekik(dah memang sifat kapitalis bangsat begitu!). Saya ada seorang adik angkat, keluarganya berniaga kedai makan, namun disebabkan dengki 'melayu yang sayang melayu', disihirkan kedai adik angkat saya. Perniagaan mereka jatuh seteruk2nya. Nak pinjam adik beradik 'yang sayang sangat melayu' pun tak diberi pinjam, akhirnya meminjam ah long.Bunganya usah cerita. nak pinjam bank, birokrasi, nak itu dan ini. Last2 yang terdesak terpaksa mencatur antara hidup dan mati itulah, yang dipersalahkan. Pernyataan seperti 'tu lah kau, bodoh. Siapa suruh pinjam ah long? kan dah kene'. Pernyataan biasa dari mereka yang pro-situasi dan bukannya pro-pilihan.

Dimana pemerintah yang akan menyelamatkan ummatnya, mencintai ummatnya seperti cintanya bapa kepada seorang anak?

Dimana kecintaan akidah Islamiyah yang sepatutnya dizahirkan oleh semua bangsa tak kira melayu, cina, india, asalkan namanya Muslim?

Sungguh, kelirunya umat hari ini.......adakah tidak ada jalan keluar?

"selanjutnya akan kembali khilafah atas minhaj kenabian" HR Ahmad & Baihaqi

0 comments: