BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 06, 2009

TRAGEDI RAGUT : SAMPAI BILA INGIN BERHUKUM DENGAN AKAL???


Teramat pilu apabila membaca kisah Jamilah Selamat yang diragut hingga mengakibatkan tragedi itu berakhir dengan pemergiannya.

Cuba luangkan masa dan buat carian di dalam internet dan cari statistik jenayah di setiap negara yang ada di muka bumi ini yang berhukum dengan akal dan perlembagaan ciptaan manusia. Adakah statistiknya semakin hari semakin menurun dan mensejahterakan umat seluruhnya, lebih-lebih lagi pada kaum muslimin? Ataupun semakin hari semakin meningkat sehingga akan menjadi suatu norma dan perkara biasa bagi umat?

Dilihat kerajaan mewar-warkan seolah-olah mereka cukup prihatin dengan apa yang berlaku dan kajian serta merta akan dibuat, dan pelbagai pihak akan dirujuk untuk memastikan mereka berjaya menggubal undang-undang untuk membendung kejadian yang menyayat hati ini. Sekali lagi, si penguasa yang baru hanya menyuruh pembantunya untuk dipecahkan otak, memikirkan dan kehulu-kehilir mencari penyelesaian dengan mengadakan mesyuarat-mesyuarat mewah bagi mencari solusi.

Apakah si penguasa baru ini akan berdiam diri dan merasakan puas dengan hukuman manusia keatas mereka yang melakukan kekejaman sekiranya yang diragut itu adalah isterinya sendiri, dan isterinya meninggal dunia? Mungkin payah untuk membayangkan kerana semestinya isteri menteri-menteri yang bergelar Datin, kemanapun akan ada bodyguard dan kehulu-kehilir dengan kereta mewah, dipandu oleh driver masing-masing.

Lebih malang lagi apabila ada pula penguasa yang bertanggungjawab atas keselamatan umat seolah-olah cuba menafikan bahawa kematian Jamilah adalah angkara peragut, sebaliknya adalah angkara 'bonggol' di jalan-jalan! Begitulah apabila berhukum dengan hukum buatan manusia. Sememangnya suatu 'guarantee' yang hukum buatan manusia ini tidak dapat menyelesaikan masalah, lantas pada setiap permasalahan yang berlaku pada umat, baik penguasa keselamatan ataupun penguasa yang tertinggi, akan meletakkan segalanya yang berlaku, kembali kepada umat sebagai 'kesalahan dan kecuaian anda sendiri'.



Betapa dalam sistem demokrasi dan kapitalisma ciptaan manusia ini, nyawa, harta dan keselamatan umat adalah perkara terakhir yang difikirkan oleh mereka yang memegang kekuasaan. Dan terbukti bahawa keselamatan, harta dan nyawa adalah hak eksklusif golongan yang memegang kekuasaan. Lupakah kita bahawa ketika kes culik dan bunuh kanak-kanak berleluasa di negara ini, ada pula penguasa dan pemerintah yang mencadangkan supaya dipenjarakan ibu-bapa mereka kerna cuai dan lalai dalam menjaga anak??! Mereka menyalahkan umat kerana lalai dan cuai dalam membendung perkara jenayah yang berlaku pada diri umat yang lemah. Namun mereka tidak pernah menyalahkan diri mereka yang 'hebat dan penuh kelengkapan' sebagai penguasa keamanan dan penguasa tertinggi atas jenayah-jenayah yang jumlahnya semakin hari semakin meningkat, tanpa ada upaya mereka untuk mengurangkan jumlahnya walaupun sedikit, melainkan angka-angka yang diberi dalam lidah-lidah rasmi upahan mereka, adalah angka-angka propaganda yang menyatakan mereka telah mencuba sedaya upaya. Perbuatannya seolah menutup bangkai gajah dengan tapak kaki.

Tanggungjawab menjaga keamanan pula akan 'diperluaskan' kepada umat, sebagai langkah 'sama-sama membasmi' kerana sudah sedia maklum, mereka yang memegang kuasa, sememangnya lemah dan tidak berdaya. Kekuatan mereka hanyalah pada banglo dan kereta mewah, persidangan serta perbarisan dan mock training. Hebat dalam menghasilkan lencana-lencana baru yang menunjukkan arah tuju dan visi baru dalam menyelesaikan masalah umat, dan ianya hanyalah sekadar retorik ulangan yang memualkan.

Bagaimana pula jika yang meragut itu adalah non-muslim? Ada sesetengah ulama' yang menyatakan hudud hanya pada orang Islam sahaja. Maka segala perbuatan jenayah yang mangsanya muslim, akan menyaksikan bersepahnya penjenayah non-muslim yang bebas melakukan apa sahaja, dan muslim yang tidak berkesudahan dibunuh, diragut, dirogol beramai-ramai, dijadikan pelacur, dan solusinya, hukum Allah hanya untuk orang Islam sahaja. Maka mugkin ada yang akan mempersoalkan, adilkah hukum-hukum Allah ini? Sirah telah membuktikan bahawa hatta yahudi dan nasrani yang bernaung dibawah pemerintahan Islam sekalipun, akan terkena hudud kerana hudud adalah sistem perundangan negara yang terkena pada semua, dan bukannya hanya pada muslim sahaja.

Renung sejenak wahai penguasa dan mereka yang masih lagi mengendong undang-undang buatan manusia. Jika malam ini atau esok, anak, isteri, ayah, ibu atau diri anda yang terkena musibah angkara jenayah kejam, apakah kalian masih lagi ingin menutup pintu hati dan akal kalian kepada undang-undang Allah yang sudah semestinya perfect dalam membasmi jenayah?? Atau adakah kalian masih lagi relax, disebabkan jika kalian memegang kekuasaan, maka kes kalian akan diselesaikan secepat mungkin kerana kalian berkuasa? Wahai umat yang masih lagi mendokong sistem durjana buatan manusia, baik yang pro-islam ataupun tidak, apakah perasaan kalian jika ada diantara ahli keluarga kalian yang diragut hingga mati, dan penyelesaiannya hanyalah undang-undang ciptaan manusia yang tidak dapat menyelesaikan masalah?

Tidakkah kalian inginkan suatu keadaan dimana manusia itu takut untuk menganiaya manusia yang lain? Tidakkah kalian mengidamkan hari dimana hanta mencuri pun menjadi suatu perkara yang amat jijik dan ngeri untuk dilakukan? Tidakkah kalian menginginkan dimana setiap hari dibuka dada akhbar, yang ada hanyalah berita tentang hebatnya umat Islam dan bukannya cerita tentang statistik jenayah yang semakin meningkat? Wahai ibu dan bapa, tidakkah kalian inginkan pada hari yang mana kalian tidak perlu risau lagi tentang anak-anak gadis kalian yang mungkin menjadi bahan santapan jantan rakus dan dirakamkan dalam telefon bimbit mereka sebagaimana yang berlaku hari ini?? Dan merisaukan anak-anak lelaki kalian yang menjadi penjenayah akibat penerapan hukum akal dan buatan manusia yang saban hari menjadikan manusia makin hilang nilai manusiawinya?? Tidakkah kalian merindui saatnya seperti 1300 tahun dahulu semasa kekuasaan Islam, dimana sepanjang 1300 tahun memerintah, hanya 200 kes hudud dicatatkan, dan sela masa bagi setiap kejadian jenayah adalah 7 tahun untuk 1 kes jenayah???!!

Wahai umat, umat terdahulu berjaya melakukannya pada masa unta, keldai dan kuda menjadi tunggangan. Bukannya pada zaman serba canggih dan hebat ini. Adakah teori 'semakin maju manusia, semakin tinggi jenayahnya' itu suatu yang boleh diterima akal?? Bukankah sejarah telah membuktikan disaat dunia diperintah dengan hukum Allah selama 1300 tahun, umat Islam telah jauh melangkaui zaman dalam sains, teknologi, matematik, ketenteraan dan seluruh aspek kehidupan.Malah empayar ketika ini dibanjiri manusia dari seluruh pelusuk peradaban barat dalam mempelajari ilmu dan kehebatan umat Islam, dan dalam masa yang sama, menjaminkan keamanan, keselamatan harta dan nyawa pada setiap umat manusia yang bernaung dibawah sistem aturan Allah ini??



Renungkanlah. Kita telah diberi kemuliaan untuk berhukum dengan aturan Sang Pencipta. Namun, dengan kehinaan, kita masih lagi menghina diri sendiri dengan mengatur hidup menggunakan aturan ciptaan manusia.Kalian berkuasa untuk memilih antara yang haq, atau yang bathil. Jangan sampai di akhirat nanti dibangkitkan dalam keadaan buta.



Fikir....Soal....
p/s: mungkin dalam doa-doa mereka, mereka tidak membaca 'bismillah', sebaliknya membaca 'bismi lord reid'.....oleh kerana itu, mereka amat takut untuk membuang sistem tinggalan si penjajah kafir yang hina itu.

9 comments:

Anonymous said...

Adakah statistiknya semakin hari semakin menurun dan mensejahterakan umat seluruhnya, lebih-lebih lagi pada kaum muslimin? Ataupun semakin hari semakin meningkat sehingga akan menjadi suatu norma dan perkara biasa bagi umat?
satu judgement yg bias.kenapa ko perlu mewakili satu agama,bangsa? wakililah penghuni sekalian alam...hehehe bukankah muhamad itu rahmatan lil alamin bukan rahmatan lil muslimin...kehkehkeh...

Dilihat kerajaan mewar-warkan seolah-olah mereka cukup prihatin dengan apa yang berlaku dan kajian serta merta akan dibuat, dan pelbagai pihak akan dirujuk untuk memastikan mereka berjaya menggubal undang-undang untuk membendung kejadian yang menyayat hati ini. Sekali lagi, si penguasa yang baru hanya menyuruh pembantunya untuk dipecahkan otak, memikirkan dan kehulu-kehilir mencari penyelesaian dengan mengadakan mesyuarat-mesyuarat mewah bagi mencari solusi.
-yalah,nak buat something kenalah mesyuarat dulu bang.jap g pakai diktatorship, kuku besi ko xpuas hati plak...hehehe...think positivelah skit ttg usaha kerajaan yg mengambil langkah ke arah tu (wp hasilnya belum tentu lagi).ni main object ja..hentam ja...bila court nak habis bersidang daa (kata tompel dlm keluarga 69 hahaha)

Sememangnya suatu 'guarantee' yang hukum buatan manusia ini tidak dapat menyelesaikan masalah, lantas pada setiap permasalahan yang berlaku pada umat, baik penguasa keselamatan ataupun penguasa yang tertinggi, akan meletakkan segalanya yang berlaku, kembali kepada umat sebagai 'kesalahan dan kecuaian anda sendiri'.
-Allah tidak berlaku zalim kepada hambanya melainkan hambanya yg menzalimi diri mereka sendiri.hmm nak boh mana plak ayat ni bang? aku quote dlm konteks statement di atas.

Lupakah kita bahawa ketika kes culik dan bunuh kanak-kanak berleluasa di negara ini, ada pula penguasa dan pemerintah yang mencadangkan supaya dipenjarakan ibu-bapa mereka kerna cuai dan lalai dalam menjaga anak??! Mereka menyalahkan umat kerana lalai dan cuai dalam membendung perkara jenayah yang berlaku pada diri umat yang lemah. Namun mereka tidak pernah menyalahkan diri mereka yang 'hebat dan penuh kelengkapan' sebagai penguasa keamanan dan penguasa tertinggi atas jenayah-jenayah yang jumlahnya semakin hari semakin meningkat, tanpa ada upaya mereka untuk mengurangkan jumlahnya walaupun sedikit, melainkan angka-angka yang diberi dalam lidah-lidah rasmi upahan mereka, adalah angka-angka propaganda yang menyatakan mereka telah mencuba sedaya upaya. Perbuatannya seolah menutup bangkai gajah dengan tapak kaki.
-ni pun aku nak bidas ko...hahaha...aku penah kena langgar dgn mat rempit.mak aku dada retak masuk spital.aku belasah dia depan polis n polis bg chance kat aku.bila di hsptl, mak mat rempit tu kena sound ngn mmbr aku.mmbr aku kata makcik tak reti nak jaga anak ke? dia salahkan aku balik.so? dlm erti kata realiti,root cause masalah skrg kebykan berpunca dr famili.takkan kerajaan pun kena hentam jugak? ko ni kritikal tak tentu hala la bang! org kena rogol, takkan kerajaan yg salah jgk? bukan semua salah kerajaan.mereka dan keluarga mereka.hahaha...

Bagaimana pula jika yang meragut itu adalah non-muslim? Ada sesetengah ulama' yang menyatakan hudud hanya pada orang Islam sahaja. Maka segala perbuatan jenayah yang mangsanya muslim, akan menyaksikan bersepahnya penjenayah non-muslim yang bebas melakukan apa sahaja, dan muslim yang tidak berkesudahan dibunuh, diragut, dirogol beramai-ramai, dijadikan pelacur, dan solusinya, hukum Allah hanya untuk orang Islam sahaja. Maka mugkin ada yang akan mempersoalkan, adilkah hukum-hukum Allah ini? Sirah telah membuktikan bahawa hatta yahudi dan nasrani yang bernaung dibawah pemerintahan Islam sekalipun, akan terkena hudud kerana hudud adalah sistem perundangan negara yang terkena pada semua, dan bukannya hanya pada muslim sahaja.
ish ko faham ke hudud ni bang oii? -hehehe...aku faham hudud ni.setuju.mmg patut diikuti.tapi sekali lagi ko faham ke hudud ni bang oi? jap aku cari ayat quran...
21:107. Kami tidak mengutus kamu melainkan sebagai satu pengasihan kepada semua alam.
kesianlah kat semua alam bang oii...Kami tidak mengutus kamu...Kami tu sapa? kamu tu sapa bang oii?hehehe...
sat slalu hudud ni manusia fikir bab hukum ja kan.baik, aku quote ayat al quran ttg hukum zina.
24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.

24:3. Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.

24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

baca 24:5. kecuali org2 yg bertaubat slps itu.siapakah org2 itu? manusialah.tak kiralah sapapun yg bertaubat.ko jgn ingat melayu pulak.sb melayu itu bukan islam dan arab itu bukan islam.islam tidak terletak atas bangsa bang oii...dan kalau ko tulis ni berasakan ko ni melayu, sekali lagi judgement ko terhadap apa jua isu adalah bias.hehehe.

Renung sejenak wahai penguasa dan mereka yang masih lagi mengendong undang-undang buatan manusia. Jika malam ini atau esok, anak, isteri, ayah, ibu atau diri anda yang terkena musibah angkara jenayah kejam, apakah kalian masih lagi ingin menutup pintu hati dan akal kalian kepada undang-undang Allah yang sudah semestinya perfect dalam membasmi jenayah?? Atau adakah kalian masih lagi relax, disebabkan jika kalian memegang kekuasaan, maka kes kalian akan diselesaikan secepat mungkin kerana kalian berkuasa? Wahai umat yang masih lagi mendokong sistem durjana buatan manusia, baik yang pro-islam ataupun tidak, apakah perasaan kalian jika ada diantara ahli keluarga kalian yang diragut hingga mati, dan penyelesaiannya hanyalah undang-undang ciptaan manusia yang tidak dapat menyelesaikan masalah?
aku dah renung berjenak2 dan entah berapa kali minit jam berpusing dah ttg statement kritikal ko ni.so, apakah tindakan ko jika adik bradik ko,sedara ko berzina? jadi peragut? jadi mat rempit? apakah tindakan ko? hehehe...senang ckp, tapi susah nak cakap nasehat waimma mak sendiri.hehehe...

Tidakkah kalian inginkan suatu keadaan dimana manusia itu takut untuk menganiaya manusia yang lain? Tidakkah kalian mengidamkan hari dimana hanta mencuri pun menjadi suatu perkara yang amat jijik dan ngeri untuk dilakukan? Tidakkah kalian menginginkan dimana setiap hari dibuka dada akhbar, yang ada hanyalah berita tentang hebatnya umat Islam dan bukannya cerita tentang statistik jenayah yang semakin meningkat? Wahai ibu dan bapa, tidakkah kalian inginkan pada hari yang mana kalian tidak perlu risau lagi tentang anak-anak gadis kalian yang mungkin menjadi bahan santapan jantan rakus dan dirakamkan dalam telefon bimbit mereka sebagaimana yang berlaku hari ini?? Dan merisaukan anak-anak lelaki kalian yang menjadi penjenayah akibat penerapan hukum akal dan buatan manusia yang saban hari menjadikan manusia makin hilang nilai manusiawinya?? Tidakkah kalian merindui saatnya seperti 1300 tahun dahulu semasa kekuasaan Islam, dimana sepanjang 1300 tahun memerintah, hanya 200 kes hudud dicatatkan, dan sela masa bagi setiap kejadian jenayah adalah 7 tahun untuk 1 kes jenayah???!!
alamak bang...ko idup dlm ilusi lah.yg dulu dululah.pelacur tetap akan ada sampai bila2.abu lahab tetap ada.abu jahal tetap ada.sunattullah tidak pernah berubah.setiap zaman sama ja.sampai soffan soffa.ko ni cakap mcm nak semua jadi baik.bagus dr satu sudut, tetapi hukum tuhan dah tertentu supaya ada rupa baik dan jahat. cuma ada aqal yg membezakan.semua baik apa kejadah tuhan buat semua ni.hehehe saja dia nak gelak ketawa tgk ko sakit otak (serabut, kritikal mcm ko dok pikir benda yg takkan sudah)hehehe....

Wahai umat, umat terdahulu berjaya melakukannya pada masa unta, keldai dan kuda menjadi tunggangan. Bukannya pada zaman serba canggih dan hebat ini. Adakah teori 'semakin maju manusia, semakin tinggi jenayahnya' itu suatu yang boleh diterima akal?? Bukankah sejarah telah membuktikan disaat dunia diperintah dengan hukum Allah selama 1300 tahun, umat Islam telah jauh melangkaui zaman dalam sains, teknologi, matematik, ketenteraan dan seluruh aspek kehidupan.Malah empayar ketika ini dibanjiri manusia dari seluruh pelusuk peradaban barat dalam mempelajari ilmu dan kehebatan umat Islam, dan dalam masa yang sama, menjaminkan keamanan, keselamatan harta dan nyawa pada setiap umat manusia yang bernaung dibawah sistem aturan Allah ini??
yg ni aku sokonglah.tapi ko jgn lah cakap umat islam.bias tu beb! cakaplah manusia sejagat.time 1300 (zaman islam ko kira) bukan tamadun kat arab je, tentera rumawi pun dah power advance.siap ada surah ar rum lagi dlm al quran. firaun zaman musa lagi advance.tapi takrifan advance ko terkongkong dlm konteks ruang waktu masa. buka sikit minda beb! advance dah lama dah.sejak Adam dah tercipta.teknologi yg Adam ada dan diajarkan oleh Allah perfect.bukan Adam sahaja yg ada, kita semua ada.cuma tak sedar diri tu siapa.potensi diri sangatlah hebat.hehehe. bias la ALLAH bg istimewa or advance Adam or para nabi, auliya, saintis, thinkers ja. semua ciptaannya sempurna.ALLAH tak bias, MAHA ADIL beb!Insan itu kan sebaik2 ciptaan...hehehe...

Fikir....Soal....
p/s: mungkin dalam doa-doa mereka, mereka tidak membaca 'bismillah', sebaliknya membaca 'bismi lord reid'.....oleh kerana itu, mereka amat takut untuk membuang sistem tinggalan si penjajah kafir yang hina itu.
ish ish ko ni...sampai tahap tu ko bersikap prasangka.takkanlah ada muslim sanggup cakap mcm tu.ish ish...berbaik sangkalah pada sekalian makhluk dan bersifat pemaaflah.bukankah senang dan berlapang dada.sistem yg kononnya ciptaan manusia tu sebenarnya ciptaan ALLAH jugak bang oii..ko tiliklah dgn aqal yg jernih.manusia tidak akan ada satu kuasa utk berbuat sesuatu melainkan dgn daya upaya ALLAH jua. tidak bergerak sesuatu zarah melainkan dengan izinNYA..bang oii...pada hakikatnya, semua diam dan gerak dlm pengawasan dan izinNyA sahaja.hehehe...lihatlah dr kacamata ketuhanan jgnlah lihat dr kacamata kuman.pandanglah dr atas ke bawah, nampaklah segalanya...kalau dr bawah ke atas, nnti ko silau nampak matahari...hehehe...tilik yg byk kepada satu dan yg satu kepada banyak.tilik semua manusia kepada diri ko sorang.n tilik diri ko sorang kepada sekalian alam.baru ko faham.hehehe...bila ko faham konsep ni...hidup ko tenang, ko tgk dunia ni dlm keadaan ar rahman ar rahim je sebenarnya...takdak kecacatan pun.semua dalam keseimbangan, kesejahteraan. kasih sayang.gembira.tenang.hening ja.ada lagi perkara di sebalik kejadian alam, rahsia yg belum diterokai.
3:66. Inilah kamu, kamu berdebat mengenai pengetahuan yang ada pada kamu; mengapa pula kamu berdebat mengenai apa yang kamu tiada pengetahuan padanya? Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.
hehehe...berdebat, berhujah ttg apa yg tahu je.tapi sebaliknya ada lagi bang oi...rileks tarik nafas.tenung dlm2 ayat2 tu..

tiliklah dgn aqal dan hati yg jernih dan bersih, bukanlah dgn nafsu/emosi yg membuak2.nabi pun cakap ikut apa yg diwahyukan je.hehehe mana berani dia cakap benda len.hehehe.

4:109. Beginilah kamu, kamu berdebat bagi pihak mereka dalam kehidupan dunia; tetapi siapakah yang akan mendebat Allah bagi pihak mereka pada Hari Kiamat, atau siapakah yang akan menjadi wakil bagi mereka?

sekian
dari aku:
Highlander Super Atheist X Men

i-search said...

salam. terima kasih atas nasihat yang dikirakan bukan nasihat, tetapi pembantaian yang berpaksikan akidah sekular yang sebenar2nya tidak paham akan Islam. disini jawapan2 saya. semoga dapat dinilai kembali sangkalan2 anda.

1. saya tidak pernah mewakili hujah berdasarkan bangsa, melainkan hanya untuk Islam. maaf, saya tidak pernah bangga dengan bangsa. semestinya dalam apapun, miqyas umat islam adalah halal dan haram. dan sebagai manusia yang diikat dengan ikatan yang paling mulia yakni ikatan aqidah dan kalimah tauhid, maka apa yang patut diutamakan adalah kaum muslimin. namun, islam sentiasa berlaku adil pada semua dan bersifat tegas pada non-muslim.benar, islam diutus untuk seluruh umat manusia, maka seharusnya hukum islam dan seluruh aspek kehidupan islam didakwahkan dan diterapkan kepada non-muslim, selain sesetengah bahagian cara hidup mereka, mereka yang menentukannya. saya menulis artikel ini atas dasar untuk mendakwahkan umat islam di malaysia agar mereka sedar bahawa apa yang haq bagi mereka adalah islam, dan bukannya hukum kufur. mengerti?

2. hakikatnya, tidak perlu bersidang dan memecahkan kepala mencari solusi, anda hebat dalam cut and paste dalil, namun tidkkah anda jumpa ayat at-taubah 33 yang bermaksud : "Dialah yang mengutus Rasul-Nya membawa petunjuk yakni Al-Quran dan agama YANG BENAR, UNTUK DIMENANGKANNYA ATAS KESEMUA AGAMA, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai?" Malang jika pada mereka yang masih lagi mengharapkan manusia manusia menjadi tuhan dan berperanan dalam menetapkan hukum.
Terlepas pandang ayt al-maidah 03 :

"Hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku untukmu, Aku ridhai Islam sebagai agama kamu."

Tidakkah saudara menjumpai ayat an-nahl 89 : "Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab ini untuk menerangkan semua perkara."

Tidakkah saudara menjumpai ayat al-maidah 50 : "Apakah hukum jahiliyyah yang mereka ambil? Dan siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang beriman?"

Untuk apa lagi memeningkan kepala sedangkan islam ada solusinya?

Tidakkah saudara nampak ayat al-an'am ayat 57 : "MENETAPKAN hukum itu HANYALAH hak Allah."

3. Benar, manusia yang mendzalimi diri sendiri. Jadi? Ingin kekal dalam kedzaliman sampai kiamat? Kenapa Rasulullah diutus? Rahmatan lil-alamin. Membebaskan manusia dari kedzaliman. Tidak nampakkah kedzaliman yang berlaku pada sekeliling anda? Atau anda hanya peduli tentang keluarga anda? Sememangnya walaupun masih ada yang melaksanakan rukun Islam, namun, jika tidak tertegak lagi sistem pemerintahan yang haq yakni sistem pemerintahan Islam, maka kedzaliman masih akan kekal wujud.Ingatlah, yang diredhai Allah hanyalah islam. Selagi umat tidak memerintah dunia dengan cahayaNya, setinggi manapun masjid yang berdiri dalam sistem pemerintahan bukan Islam, islam tidak lagi wujud secara kaffah malah hanya secara sebahagian. Allah tidak menerima islam demokrasi, tidak menerima islam bercampur perlembagaan ciptaan kafir lord reid, tidak menerima Islam dicampurkan apapun dengan idea2 ciptaan manusia. Selayaknya kita tidak menghina diri kita dengan membenarkan diri diperintah sistem ciptaan manusia yang di touch-up dengan nama-nama Islam coz Islam, bukan hanya pada nama, tetapi penerapan.

3. Anda bercakap dari sudut realiti. Islam tidak memandang sesuatu perkara dari sudut realiti semata, tetapi dari sudut hukum. Hanya mereka yang berhukum dengan realiti akan berkata "melacur itu boleh jika untuk memberi anak makan" Konsep yang dikembangkan oleh niccolo machavelli pada zaman renaissance.Apa yang berlaku pada saudara dan ibu termaktub dalam hukum jinayat. yakni qishash. hukum balas. namun, terdapat salah cara penerapan yang berlaku. 1.Pihak polis tidak sepatutnya membiarkan saudara yang melaksanakan hukum tersebut, sebaliknya yang sepatutnya melaksanakan hukum tersebut adalah mereka yang memegang kuasa dan berkuasa melaksanakan hukum. namun boleh difahami tindakan polis itu kerana dia sendiri maklum bahawa undang-undang yang ada hanyalah sekadar denda dan penjara yang tidak memuaskan akal dan mententeramkan jiwa. dalam Islam, kita ada qishash, dan qishash adalah hukum balas. al-baqarah ayat 194 : "Oleh sebab itu barang siapa yang meyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang degan serangannya terhadapmu." Setakat mana kecederaan saudara dan ibu saudara, maka saudara dan ibu dibenarkan untuk membalasnya dengan syarat, saudara dan ibu telahpun sembuh sebagaimana sabda Rasulullah diriwayatkan dari Jabir ra : "Bahawa seorang laki-laki telah terluka, kemudian dia bermaksud menuntut hukuman qishah, lalu Nabi saw melarang dilaksanakannya qishah pada pihak yang melukai itu sampai yang dilukai itu sembuh" pahami situasi, kenapa polis membiarkan saudara menjadi pelaksana hukum pada saat itu? semestinya dia paham bahawa undang2 yang ada tidak dapat memberi pembelaan kepada muslim atau non-muslim. Maka dibiarkan sahaja. Dan sekiranya hukum Islam secara keseluruhan terlaksana, apakah manusia berani untuk melakukan kemungkaran dan menganiaya orang lain? Ternyata hukum manusia tidak berjaya menakutkan manusia. Benar bagi Allah, Dia yang mengetahui hukum apa yang selayaknya untuk manusia. Saudara beruntung mempunyai peluang menangkap dan membelasah sendiri si penganiaya itu. namun, pada orang yang tidak berjaya menangkapnya? Ataupun jika polis itu benar2 seorang yang taat pada undang2 buatan manusia, adakah dia akan membenarkan saudara membelasah sendiri lelaki itu? Dia akan membawa penganiaya itu ke muka pengadilan. Denda dan penjara. Saudara puas dengan hukuman yang dberi? Saya memuhasabah pemerintah dan penguasa.Kalau berlaku kes rogol, adakah yang dirogol akan puas dengan undang2 manusia yang mana disebat dan dipenjara dan bukannya berdasarkan hudud Allah yakni dibunuh? Apakah sebat dan pejara yang digariskan oleh hukum buatan manusia akan melepaskan diri sipelaku jenayah dihadapan Allah kelak?Sungguh tidak adil hukum manusia. Dahla kena kat dunia. Akhirat, masuk neraka lagi. Hukum Islam bukan sekadar hukum, tetapi ianya adalah penebusan dosa oleh Allah. Jika terlaksana disini, maka sipelaku tidak akan dikenakan hukuman diakhirat atas jenayah yang telah dikenakan hudud baginya. Rogol mungkin berlaku dalam 2 keadaan. 1. yang dirogol tidak menutup aurat dengan sempurna dan memberi ruang kepada pelaku jahat untuk meneruskan niatnya berbuat jahat. 2. Tiada penerapan hukuman dari Allah yang menyebabkan manusia tidak takut melakukan jenayah. Saya tanya saudara, dalam Islam, apa hukum tidak menutup aurat? Atau pada logik akal saudara, tiada hukum sedemikian? Islam menetapkan didalam negara, aurat terkena pada muslim dan bukan muslim. Jika semua manusia menutup aurat, dan hukuman tegas pada pelaku rogol, adakah lelaki jahat bernafsu merogol bilamana yang dilihat didepan matanya, muslim atau bukan muslim, menutup aurat dengan sempurna?

4. ya, saya faham hudud. anda yang tidak faham. perlakuan anda cut and paste ayat2 Allah adalah seolah meludah kelangit dan kena pada muka sendiri. renung kembali ayat2 Allah tadi. Apakah hudud hanya dikhaskan pada muslim?

21:107. Kami tidak mengutus kamu melainkan sebagai satu pengasihan kepada semua alam. --Kepada SEMUA alam. bukannya hanya untuk muslim.

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan -- Perempuan berzina, lelaki berzina - adakah dinyatakan perempuan MUSLIM berzina, lelaki MUSLIM berzina?

24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).-- Allah Maha Benar. hudud pada semua. dan bukannya muslim sahaja. terima kasih kerana tolong cari2 ayat Allah yang dapat menerangkan kembali kepada saudara.

Hudud tak dikenakan ke atas orang-orang kafir? Sila jelaskan status orang kafir menurut Islam serta jelaskan mengapa Rasulullah SAW menjalankan hudud ke atas orang-orang kafir (rujuk hadis kes zina muhsan seorang lelaki Yahudi, rujuk juga kes potong tangan seorang wanita bangsawan Yahudi dll). Minta saudara bawakan hujjah mengenai ini dan rujukan saudara.

5. tak kiralah sapapun yg bertaubat.ko jgn ingat melayu pulak.sb melayu itu bukan islam dan arab itu bukan islam.islam tidak terletak atas bangsa bang oii...dan kalau ko tulis ni berasakan ko ni melayu, sekali lagi judgement ko terhadap apa jua isu adalah bias.hehehe.--- saudara begitu obses dengan melayu. sensitif benar jika permasalahan difokus pada melayu yang mendominasi malaysia. Kenapa ya? Cuba cari balik, dalam perenggan mana yang saya tulis, yang saya bangkitkan soal melayu ni? saya tak heran dengan bangsa tetapi bangga dengan islam. yang tinggi adalah islam, bukan bangsanya.

6. Saya tidak dapat berbuat apa2 sekiranya berlaku musibah pada keluarga saya melainkan bekerja kuat dan berdakwah supaya Islam itu kembali tertegak secara keseluruhan. Penyelesaian mengikut emosi hanya dapat menyelesaikan masalah keluarga anda sahaja. bagaimana keluarga orang lain? Bagaimana anak cucu cicit kita? Tindakan apakah yang akan dapat selesaikan masalah secara total, melainkan tertegaknya hukum Allah dimuka bumi?

7. alamak bang...ko idup dlm ilusi lah.yg dulu dululah.pelacur tetap akan ada sampai bila2.abu lahab tetap ada.abu jahal tetap ada.sunattullah tidak pernah berubah.setiap zaman sama ja.sampai soffan soffa.ko ni cakap mcm nak semua jadi baik.bagus dr satu sudut, tetapi hukum tuhan dah tertentu supaya ada rupa baik dan jahat. cuma ada aqal yg membezakan.semua baik apa kejadah tuhan buat semua ni.hehehe saja dia nak gelak ketawa tgk ko sakit otak (serabut, kritikal mcm ko dok pikir benda yg takkan sudah)hehehe.... ---- saya tidak hidup dalam illusi. saudara yang dibelenggu fikiran sekular dan anehnya, sebagai muslim, saudara seolah tidak meyakini ayat Allah serta sirah. Sirah dan sejarah islam adalah fakta yang telah berlaku, dan bukannya fairy tales. ianya menunjukkan mampunya melaksanakan sesuatu. Sejarah menunjukkan kereta /kapalterbang mampu dicipta, maka manusia mengambil sejarah dan melakukannya untuk memantapkan apa yang ada dalam sejarah. Sejarah penerapan Islam telah ditulis dalam ribuan kitab, hadith dan Quran, namun saudara kata "dulu dululah?" "ianya illusi"? saya kesian dengan saudara. saya pernah baca suatu intro artikel yang ditulis oleh sorang tokoh inggeris yang menyatakan "mereka telah berjaya membuktikannya. Mreka telah berjaya membawa dunia ke persada kemajuan. disaat eropah gelap, jalan2 mereka diterangi lampu. disaat eropah korup, mereka memerintah dengan meritokrasi yang membawa keadilan sejagat. mereka adalah manusia yang membawa sistem pemerintahan Islam dan ini, kita tidak boleh nafikan" sedangkan si kafir ini tidak menafikan kehebatan yang pernah dilalui, saudara menafikan? Apakah saudara beralasan maju, ramai dan majmuknya kita, kegemilangan dalam sejarah tidak dapat dikembalikan? Dan adakah pada akal saudara, Islam hanya nampak hebat pada cantiknya masjid dan tingginya bangunan yang ada ? Dimana hukum? Dimana sistem ekonomi Islam? Dimana sistem pemerintahan Islam? Saudara seolah2 melecehkan kehebatan Islam dan umat Islam sendiri. Malangnya. Saya tanya saudara, bagaimana mereka dapat melakukannya sedangkan pada masa itu hanya ada unta, keldai dan kuda? Sedangkan mereka berjaya, apakah perkara itu mustahil bagi kita yang telah maju?

8. Ya, saya memang bias pada Islam coz ianya satu2nya agama yang diredhai Allah. Kita jadi tidak bias pada Islam bila fikiran kita dah berkarat dan rosak dengan sekularisma dan pluralisma.Kita jadi redha dengan agama dan cara hdup selain islam. Kita redha bila orang2 Islam malaysia yang memenuhi disko2?. Kita redha orang Islam di palestin ditindas dan sekadar menghantar resolusi pada badan Kufur PBB yang asalnya adalah liga2 negara Kristian?. Kita redha dengan badan yang membenarkan tertegaknya negara Haram Israel pada 1948?.saya tidak redha. Rasulullah tidak redha dengan sistem jahiliyyah arab lalu mendakwahkannya. Rasulullah tidak berkata "biarlah, dah semua ni takdir Allah tentukan. Kita solat cukup, puasa, zakat, hadji, sudahlah." Rasulullah diwahyukan supaya mengubah keadaan msykt dan dunia! Bukankah itu yang ditaklifkan pada semua umat Islam? Sekali lagi umat Islam! Untuk memimpin dunia sebagaimana yang dilakukan para khulafa dan para khalifah yang berjaya memerintah 2/3 dunia selama 1300 tahun?

9. tentera rumawi pun dah power advance.siap ada surah ar rum lagi dlm al quran. firaun zaman musa lagi advance.tapi takrifan advance ko terkongkong dlm konteks ruang waktu masa. buka sikit minda beb! --ya, saya bangga dengan advancement yang dibawa oleh Islam dan bukannya selain Islam. Tahukah saudara ayat Quran tentang firaun itu hanyalah celaan dan amaran dan bukannya 'bangganya' Allah pada kejayaan firaun dalam membawa kemajuan tamadun itu sebagaimana yang saudara banggakan? Cuba tengok surah ar-rum. Adakah surah itu menceritakan tentag berjayanya metamadunan rum?

Apa pemahaman saudara tentang qada'? JIka semua benda yang dicipta telahpun ditulis semuanya, apa peranan dosa dan pahala, syurga dan neraka??Si lelaki berzina, adakah perbuatan zinanya itu telah ditulis? Pilihan ada ditangan kita bilamana ianya terkait dosa dan pahala. Benar, manusia memang sebaik2 kejadian. dalam perenggan yang dibahaskan, saya membahaskan kenapa manusia yang hebat ini ingin menghina dirinya dengan menerap sistem buatan manusia dan bukannya hukum Allah?

10. sistem yg kononnya ciptaan manusia tu sebenarnya ciptaan ALLAH jugak bang oii..--Sangat dangkal sekali pemikiran saudara.saudara samakan kapitalis, komunis, anarkis,demokrasi, undang2 ciptaan manusia ini adalah dari Allah??

DImana nak letak ayat ini-- "Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah menimpakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar". QS Ar-Rum 41

"Musibah apa saja yang menimpa kalian adalah akibat perbuatan tangan kalian sendiri". QS As-Syura 30

Kitab mana yang saudara cedok? Jika ideologi2 ciptaan kafir ini ciptaan Allah, lantas Quran diturunkan untuk apa?Rasulullah diutus untuk apa?

Allah memberikan kebaikan, manusialah yang menjahanamkannya. Sayang, hebat copy dan paste, tapi mungkin masih tidak paham Islam secara keseluruhan.

11. lihatlah dr kacamata ketuhanan jgnlah lihat dr kacamata kuman--- Saya bukan Tuhan, dan begitu juga saudara. Jadi, tak payah nak melihat dari 'kacamata' Tuhan pulak. Hebatnya saudara seolah2 nak jadi jurucakap Allah? Ingin jadi Allah? Cukup sekadar menjadi hamba dan berusaha melaksanakan apa yang dperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. saya melihat segala perkara dari aspek halal dan haram, redha Allah serta taklif yang dibebankan kepada saya sebagai manusia sesuai dengan ayat Allah, " tidak aku jadian Jin dan Manusia MELAINKAN untuk beribadah kepadaKu"

11. takdak kecacatan pun.semua dalam keseimbangan, kesejahteraan. kasih sayang.gembira.tenang.hening ja.ada lagi perkara di sebalik kejadian alam, rahsia yg belum diterokai.-- pada awalnya diciptakan, memang indah dan tiada kecacatan. Namun, disebabkan tangan2 manusia, maka dunia menjadi cacat. Lupa saudara pada kisah Habil dan Qabil?, dan diperintahkan Allah untuk kita semua memuihkannya, sesuai dengan aturan Allah. BUkan sekadar TENGOK tapi tak buat apa2. Teroka alam lain? dunia yang diamanahkan pun belum setel penerapan Islamnya, sibuk nak teroka alam lain? kalau dah berjaya masuk alam lain, selesai masalah di Palestin? Selesai masalah umat? Selesai masalah keluarga Allahyarhamh jamilah? Selesai masalah Ismat Hudoyberdiyev di tashkent?Selesai masalah hamas dan fatah? Selesai masalah pembunuhan saudara seakidah kita di Iraq? Saudara terlupa pada sabda nabi "bukan dari golongan ku orang yang bangun pada pagi hari dan tidak memikirkan masalah ummat"? Rahsia apa yang saudara nak terokai di alam lain? Bolehkah saudara datangkan pada saya ayat Quran atau hadith memerintahkan kita untuk meneroka alam lain? Ataupun pendapat ulama' muktabar seperti imam mazhab dalam kewajipan menerokai alam lain? Saya kira saat ini saudara yang berillusi. Nak jadi superman ke?

12. 3:66. Inilah kamu, kamu berdebat mengenai pengetahuan yang ada pada kamu; mengapa pula kamu berdebat mengenai apa yang kamu tiada pengetahuan padanya? Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.--Benar ayat Allah. Jika tidak mempunyai pengetahuan, jangan berdebat dan terjah. Saidina Ali pernah berkata : "jika kau berikan aku orang yang hebat akalnya, maka aku akan menang berhujah dengannya. Tetapi jika kau beri pada aku orang yang bodoh, maka aku akan kalah berhujah dengannya."

4:109. Beginilah kamu, kamu berdebat bagi pihak mereka dalam kehidupan dunia; tetapi siapakah yang akan mendebat Allah bagi pihak mereka pada Hari Kiamat, atau siapakah yang akan menjadi wakil bagi mereka?--- Allah Maha Benar, apabila kita berdebat bagi pihak yang bathil, semestinya kita akan kembali menghadap Allah yang satu dan akan menjawab segala persoalan atas kelakuan kita didunia.Para penggubal undang2 manusia dambaan saudara tidak akan membantu sadara dalam menjawab soalan2 Allah pada saudara nanti.

Persoalan terakhir yang ingin saya lontarkan, saya bercakap soal hukum dan wajibnya menerapkan hukum Allah dimuka bumi MILIK Allah ini. Adakah saudara tidak bersetuju? Adakah saudara, setelah mengamati ayat2 Allah tadi,masih mengatakan manusia layak menggubal hukum?

Adakah saudara benar2 yakin dan faham bahawa hudud hanya untuk orang Islam? dan bukan untuk semua, sebagaimana yang telah berlaku pada zaman pemerintahan Rasulullah dan para khalifah yang saya 1000% PASTI, lebih hebat dari saudara dan ulama2 kontemporari?

Adakah saudara pasti pada wahyu dan hadith nabi yang tidak terdapat suruhan menegakkan yang haq yakni membawa Islam dalam seluruh aspek kehidupan seperti sosial, pendidikan,pemerintahan dan sistemnya, politik antarabangsa, ekonomi dsbgnya?

Adakah saudara 100% yakin bahawa berjayanya penguasa menggubal undang2 baru berdasarkan akal mereka akan menghapuskan statistik jenayah? Saya, on the other side,TIDAK BERBELAH BAHAGI KEYAKINANNYA bahawa hanya hukum Allah SAHAJA yang akan menyelamatkan umat manusia. Ya lah, siapa lagi yang nak yakin pada hukum Allah kalau bukan ORANG ISLAM...ya tak? Takkan nak suruh orang yahudi dan nasrani untuk yakin pada hukum Allah sedangkan disenaraikan ratusan ayat menceritakan tentang kebejatan mereka.

Saya tinggalkan pada saudara suatu hadith Rasulullah yang akan menyangkal secara total statement saudara bahawa kembalinya kegemilangan islam itu cerita dulu atau illusi. Semoga dari perbincangan ini, kita mmendapat rahmat dari Allah. Wassalam.

hadith riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda : Dikalangan kalian kini adalah masa kenabian. Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan khilafah minhaj nabi(zaman para khulafa'), Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan pemerintahan kejam (zaman para khalifah selepas khulafa')Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan menggantikan dengan zaman pemerintahan zalim(zaman uthmaniyah hingga kini-sebagaimana disepakati para fuqaha) Kemudian, dengan kekuasaan Allah, Allah berkehendak dan mengangkatnya dan selanjutnya AKAN BERDIRI KEMBALI KHILAFAH ATAS MINHAJ NABI (khabar gembira/janji Rasul pada kita, zaman yang makin hampir dengan tanda2 kejatuhan kuasa besar dunia), kemudian Baginda diam.(fuqaha menafsirkan akhirnya zaman @ kiamat)

p/s: 1.saudara ni atheist ke? setahu saya atheist tak debat dgn org pakai ayat Quran coz diaorg tak caya Quran. Orientalis ja yang debat dgn org Islam guna ayat Quran, tapi bertujuan memesongkan akidah umat Islam. Kalau bukan atheist, tukarlah nickname anda. Orang muslim takkan pakai nama2 yang padanya ada maksud yang menentang Islam. Tapi kalau akidahnya sekular, mungkin tak kisahla nak pakai nama babi ke, kafir ke, kristian ke, atheist ke. :)

2. Kadang2 manusia nk tunjuk hebat, cut n paste ayat quran sana sini, pastuh bila berhujah, kejap cakapnya Islam, kejap main akal. kejap cerita realiti, kejap suruh teroka alam lain. Kekeliruan yang sungguh luar biasa. Takpelah, saudara pulak tarik nafas panjang2, pahamkan, sila kemukakan dalil/nash sebagai hujjah. Sebagai orang Islam, kita berhujjah dengan dalil/nash. Bukan akal. Orang kafir kitabnya tak sempurna, so selain urusan spiritual,semuanya ikut akal. Orang Islam sumbernya Quran, hadith, ijmak shbt & qiyas, so kalau cerita bab hukum dan kehidupan,logik akal & peredaran zaman,bukan sumber hukum.

azizah said...

Assalamualaikum pada penulis dan anon yang saya hormati ;)

Izin dipohon untuk memberi sedikit komentar yang tidak seberapa..sekadar memainkan watak2 dalam CD dan illusi dunia, selagi bernafas..

Sebenarnya saya amat kagum dengan saudara penulis & saudara anon, kerana kehebatan masing2 dalam mempertahankan agama kepercayaan. Begitu kukuh dan lontaran kecintaan terhadap islam rahmatan lil a'lamin dapat saya rasakan

WAlaubagaimanapun, saya dengan rendah diri ingin berkongsi pandangan. Sefaham saya, hudud adalah hukum yang ditetapkan di dalam al quran dan boleh dilaksabakan pada sesiapa pun, muslim or non-muslim. Dan semsetinya hukum2 yang termaktub di dalam alquran adalah yang paling baik.
Tetapi syarat2 untuk perlaksanaan hukum tersebut amatlah ketat. sebagai contoh hukuman zina. Seseorang individu itu adalah tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah. Untuk membuktikan seseorang itu berzina, perlunya pada sekurang-kurangnya 4 orang saksi lelaki yang adil & warak dan menyaksikan akan perilaku penzinaan ini, i mean that technically. Persoalan pertama, ada ke 4 orang saksi lelaki nak tengok orang berzina, ke-2 lelaki bukan sebarang lelaki tetapi lelaki yang adil & warak. siapa pulak nak tentukan lelaki tu adil ke tak? warak ke tak? Ke-3 nak kene saksikan perbuatan dengan 2 mata sendiri. Syarat2 ini bukan lah mustahil tetapi begitu ketat, dan saya percaya penetapan syarat yang begitu ketat ini oleh ALLAH adalah keran ISLAM melarang daripada sebarang penganaiyaan daripada berlaku. Sebab itu, quran juga menetapkan Ta'zir selain hudud dan qisas iaitu;

Hukuman tanzir, hakim mempunyai kuasa penuh secara mutalak menetukan dan memilih mana-mana hukuman yang sesuai dan menasabah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tadi:-

Maka penentuan oleh para hakim yang diluar konteks qisas atau hudud juga adalah mengikut peruntukkan al quran.

sekalipun banyak perbelanjaan yang terpaksa untuk dijanakan dalam mencari solusi, namun begitu ia tidaklah sekadar sia2. Banyak isu2 negara termasuklah isu jenayah yang sudah dibendung oleh kerajaan. JAngan kerajaan dibentak sebegitu rupa, walaupun kerajaan ini tidak perfect namun banyak kebajikan rakyat yang dijaga oleh kerajaan malaysia. Quran banyak menyebut tentang pengertian "bersyukur" dengan harapan pejuang2 ISlam ini dapat menghayati nikmat yang dikurniakan Allah kpd kita,
ampun dipohon tuan penulis, tapi hamba rasa tak wajar lah nak banding2 keadaan sekarang dengan 1300 tahun yang lampau walaupun sejarah itu sememangnya wajar dijadikan semangat untuk kita sebagai khalifah terus berjuang Fi sabillilah.

statistik 1300 adalah berdasarkan populasi rakyat dan kependudukan yang begitu kecil berbanding dengan populasi rakyat sekarang. Apatah lagi, banyak unreported case kerana konotasi taboo masyarakat dahulu akan kes2 rogol dan sebagainya.

anyways sampai sini j lah, kang tak larat nak bace...

i-search said...

salam azizah

terima kasih diatas pandangan.Hujah yang begitu lembut dan tertarik sekali mengajak saya untuk berkongsi ilmu dan menjernihkan pemikiran supaya sama2 kita dapat melihat segala apa jua permasalahan dan penyelesaiannya dari sudut pandang Islam, dan bukan yang lain.

Perbahasan soal 'bersyukur'....saya tidak nafikan. Namun, bersyukur, tidak bererti untuk kita menidakkan hukum Allah dan perintahNya dalam melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Jika dilihat hanya dari sudut realiti, beryukur mengajar kita supaya patuh dan taat. Namun dalam Islam, kepatuhan dan taat hanya pada Allah dan rasulNya dan bukan selain itu, walaupun,cthnya rezeki dan segala macam kesenangan hidup, bukan datang dari seorang muslim, tapi orang lain.

syukur berarti berterima kasih pada Allah dan Allah semata. Cara mengucapkan syukur adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah yakni segala puji bagi Allah. Dapat gaji yang pekerjaannya halal, dari non-muslim,maka sebaiknya mengucapkan syukur Alhamdulillah. Dan bukannya "saya sangat bersyukurla sama Bos. Tq Bos"

Beitu juga jika kita perhatikan kisah nabi dan sirah Rasulullah, sememangnya para nabi dan Rasulullah bersyukur atas nikmat yang diberi, tetapi tidak pernah dipanjatkan kesyukurannya pada manusia, walaupun manusia itu banyak membantu dan menolongnya. Kita lihat sahaja kisah Rasulullah dengan pakciknya. Walaupun pakciknya seorang non-muslim yang sentiasa membantu menjaganya dari halangan dakwah pihak quraisy, namun tidak sekali rasul bersyukur kepada pakciknya, dan harus dijernihkan kekeliruan, bahawa syukurnya Rasulullah itu atas perlindungan dari pakciknya tidak pernah menghentikan Rasulullah dari usahanya dalam menegakkan apa yang haq, yakni perintah Allah diatas muka bumi. Begitu juga kisah nabi Musa yang dibela dan ditatang oleh firaun laknatullah, beliau bersyukur atas nikmat Allah, namun, jasa dan layanan baik oleh firaun, bukan halangan dan alasan supaya menghentikan usaha dari berdakwah.

maka dari 2 kisah yang saya kira cukup biasa dalam msykt umum, kita dapat melihat bahawa seharusnya kita bersyukur, namun syukurnya kita hanya pada Allah, dan juga apa yang diperintah, adalah tetap sebagai perintah, yang tidak boleh dikaburi dengan syukur kepada manusia.

jadi, harus difahami wahai ukhti azizah, syukurlah kita kepada Allah bahawa kita bukan dari mangsa pembantaian perang di palestin dan Iraq, namun, itu tidak bermakna kita harus diam dan tidak berbuat apa2 untuk menjayakan keberlangsungan hukum Allah dimuka bumiNya ini. Dan lebih lebih lagi, untuk kita menyatakan 'bolehlah, setakat mana yang ok, sekular pun ok lah'

Itu saya kira salah tanggapan orang Islam yang complacent. Masalah umat Islam hari ini adalah, umat mudah redha dan bersyukur, tapi tak kena gaya. Dan cara menzahirkan kesyukuran juga, saya kira, juga tidak kena gaya. Bersyukur kerana tidak jadi seperti Palestin, namun manifestasi syukurnya hanyalah dengan solat, puasa, zakat, haji. Ingatlah, Al-Quran dan sunnah itu adalah sumber hukum, dan selayaknya kita memanifestasikan kesyukuran, bukan hanya dengan rukun Islam yang lima, tetapi MELAKSANAKAN SELURUH isi Quran dan sunnah. Bukankah melaksanakan SELURUH isi kandungan Quran tanpa meninggalkan walaupun sedikit, adalah manifestasi syukur yang terbaik, menunjukkan patuh, sayang dan cintanya kita kepada Allah??

ulasan kedua saya pada penulisan saudari tentang masalah penduduk yang tidak ramai, taboo dan sebagainya. Harus difahami bahawa dalam masa 1300 tahun Islam memerintah, pemerintahannya bukan sekadar mekkah dan madinah, tetapi 2/3 dunia. Populasi 2/3 dunia, jika nak dibandingkan dengan populasi sekarang, ya, saya kira ada bezanya. namun dalam 2/3 dunia, kepelbagaian budaya, bangsa dan cara hidup tidak dapat dinafikan. Atara ramai atau tidak, itu bukan persoalannya.

Persoalan pokoknya ialah, adakah kita sebagai HAMBA, MEYAKINI bahawa hukum ALLAH itu MAMPU mnyelesaikan masalah?jika kita sebagai HAMBA yang DICIPTAKAN tidak meyakini 100% akan keesaan Allah, maka tidak hairan jika kita menjadikan alasan populasi itu menghalang dari penerapan hukum. Tetapi jika kita meeyakini bahawa hukum Allah adalah hukum terbaik, maka datangkanlah alasan apa sekalipun, maka ianya tetap bukan alasan.

rasulullah mampu untuk ber-alasan bahawa msykt jahiliyyah memang keras hatinya dan tidak mungkin menerima Islam. namun, ianya bukan alasan walaupun nyawa menjadi pertaruhan. Para sahabat mempunyai alasan untuk tidak berjauhan dari keluarga, meninggalkan tanahair untuk berdakwah kepada mesir, rum dan parsi yang beza agamanya, bahasanya, budayanya dan cara hidupnya dan nyawa dijadikan taruhan, namun, itu bukan alasan untuk mengatakan 'mereka begini dan begini'....ataupun 'populasinya begini dan begini'.

soalan yang seringkali saya ulang adalah, kenapakah kita merasakan suatu yang 'mustahil' untuk dilaksanakan hukum Allah pada masa kini, sedangkan kita mempunyai segalanya. Kecanggihan dan teknologi yang pelbagai. Jika nak dibanding dengan mereka yang pada masa tu hanya tunggangannya unta, keldai dan kuda.

Bukankah suatu cara fikir yang pelik, bilamana kita seolah2 tidak meyakini bahawa Islam dan hukum Allah itu syumul, baik pada zaman nabi, kini dan akan datang? Bukankah Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya? Ataupun dirasakan kita sekarang sudah moden, jadi, peranan Allah dalam kehidupan itu harus dikecilkan skopnya hanya pada ruang lingkup ibadah khsus semata? Jika perintah TUHAN YANG MENCIPTA itu diperlakukan sedemikian, alangkah peliknya kita sebagai HAMBA? Menidakkah cadangan, suruhan ibu bapa, ketika meningkat dewasa pun sudah dikirakan derhaka, apatah lagi menidakkan apa yang diperintahkan SANG PENCIPTA alam ini?

akhir sekali, saya berkeyakinan bahawa penyembunyian kes tidak berlaku semasa diterapkan hukum Islam secara keseluruhan, kerana, didalam islam, setiap yang teraniaya pasti mendapat pembelaan. pembelaan yang semestinya memuaskan akal, mententeramkan jiwa dan menenangkan hati, kerana hukum itu datangnya dari Allah Sang pencipta. Namun, penyembunyian kes memang berlaku saat ini kerana saya percaya, pembelaan tidak hadir seadil-adilnya apabila berhukum dengan undang2 ciptaan manusia.

kes rogol yang berlaku dalam msykt, sama ada orang asing ataupun sumbang mahram, apakah hukuman yang paling berat kepada si perogol, sebagai galang ganti mententeramkan jiwa mereka yang dirogol lantas mengakibatkan trauma pada wanita/gadis/perempuan? Saya kira, paling kuat adalah sebat dan penjara.Itupun mereka dihukum didalam penjara, tanpa diperhatikan oleh manusia diluar, yang tidak dapat dijadikan pengajaran kepada semua Itu sahaja. namun, peyelesaian dalam Islam, rogol, disamakan dengan merompak kerana si pelaku merompak hak/kehormatan/harga diri wanita, yang mana dalam islam, wanita diangkat sama tarafnya dengan lelaki, malahan cukup dijaga dan dimuliakan. maka, hukum merompak/merogol adalah dibunuh.

Renungkan. Hukum Islam bertindak sebagai pencegah,pendidik dan penebus. Hukumannya disaksikan dikhalayak sebagai pencegah kepada mereka yang berniat. Hukuman Allah mendidik bahawa apa yang ddilakukan adalah perkara keji yang sepatutnya dihindar. Hukum Allah juga bertindak sebagai penebus kepada maruah dan emosi wanita yang dirogol, serta penebus dosa kepada sipelaku. Tidakkah ianya sempurna?

Sebagai muslim, saya tekankan sekali lagi, amatlah pelik jika kita tidak pro kepada hukum Allah, dan sebaliknya mencari kegagalan dan kelemahan manusia sebagai alasan untuk tidak menerapkan hukum yang DIPeRINTAHkan Allah.

Firman Allah "Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

dan BUKANnya

Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia untuk mereka berbantah-bantah denganKu

atau

Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia untuk mereka mengambil sebahagian dari perintahKu.

Sebagai penutup kata, marilah sama-sama kita renungkan ayat Allah ini, semoga menjadi pengajaran bagi saya dan kita semua.

an-nisa' 150-151

Sesunggunya orang-orang yang ingkar kepada Allah dan rasul-rasulNya dan bermaksud membeza-bezakan keimanan kepada Allah dan Rasulnya dengan mengatakan "kami beriman kepada sebahagian dan mngingkari sebahagian(mengambil yang lain selain hukum Allah) serta bermaksud mengambil jalan tengah (antara iman dan kafir). Merekalah orang-orang kafir yang sebenar2nya. Dan kami sediakan untuk orang-orang kafir itu, azab yang menghinakan"

Toha 124-126
"Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata "ya Tuhanku, mengapa Engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta padahal dahulu aku dapat melihat?"
Allah berfirman "Demikianlah dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu pula hari ini, kamu diabaikan"

na'uzubillah. Semoga kita bukan dari golongan diatas.

wassalam.

Anonymous said...

salam
nak tergelak pun ada aku baca respon ko.hehehe...ko buleh jadi ulama feqah tersohor tetapi ada kurang perencah skit sana sini.meh aku nak kongsi rencah ratus ngan ko lagi...hehehe....aku saje jentik minda ko ngan quran ler.kang aku pakai bible, torah, upadnishad ko pening pale plak...hehehe...

Sangat dangkal sekali pemikiran saudara.saudara samakan kapitalis, komunis, anarkis,demokrasi, undang2ciptaan manusia ini adalah dari Allah??

dangkal ke? hentam sajalah pak belalang asal ko hepi...hehehe.
yg aku faham lah, tuhan yg maha hebat itu meliputi segala sesuatu.yakni apa sahaja.pada hakikatnya yg wujud hanya ALLAH semata2.
la maujudi fihaqiqati ilallah.
alah, ko pening plak. jap jap..

4:126. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan yang di bumi, dan Allah meliputi segala sesuatu.

byk lagi ayat2 ALLAH meliputi atas segala sesuatu ni...so, pendek kata, segala gerak dan diam alam ni pun atas izin dan kehendak DIA jua. tatkala aku menulis ni pun atas izinNYA jua.
tiadalah daya upaya bgku, hanya daya upaya ALLAH jua.
ala, mcm ko jawap mcm azan...haiyalassolah...semua menjawab - la qaulawala khuwatailla billah (tiada daya upaya bgku hny daya upaya ALLAH) sedangkan nak solat pun kita menidakkan kita ni mahhluk yg tiada daya upaya,kita menyandarkan daya upaya ini semata2 pada ALLAH. nampak zahir kita yg bergerak, pada hakikatnya ALLAH yg menggerakkan. takkan kita mengaku kita yg ada kuasa pulak. hahaha...
so, bila aku cakap semua agama di dunia ni ciptaan ALLAH,ko tilik la sampau ke usul. bukankah semuanya ciptaan ALLAH.
ALLAHlah yg menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan barang antara isi keduanya.
sebenarnya aku bercakap bukan sahaja dari sudut feqah, sbb ko buka bab hukum.
ilmu fardhu ain ada 3 iaitu usuludin, feqah dan tasawwuf. kena 3 ni bawak sekali. kalau salah satu ja, kurang sempurnalah...
n nak faham pulak kena guna aqal.
hukum aqal terbahagi kpd 3 iaitu wajib, mustahil dan harus...ko mengaji la bhgn ni...hehehe...

bercakap dgn aqidah dan tauhid.ingin juga aku berkongsi pandangan.
apakah yg dikatakan aqidah? dan apakah yg dikatakan tauhid?
dari awal ciptaan sehinggalah nafas aku ni keluar masuk, telahpun tertegak kalimah tauhid itu, iaitu LAILA HAilla Lallah.
Tiada Tuhan Hanya ALLAH.
persoalan pokok dlm hati sanubari manusia, iaitu siapakah yg menciptakan aku? siapakah itu Tuhan sebenarnya Tuhan itu?
ALLAH itu tuhan bg org2 Islam, GoD dlm pergertian English.Gusti dlm pergertian Indonesia dan mcm2 lagilah.
so, bg kita yg percaya ALLAH itu tuhan, siapakah ALLAH itu?
sudahkah kita kenal ALLAH?
ala, mcm kita g mengadap sultanlah di istana, ampun tuanku sembah patik beribu2 ampun...tau2 salah mengadap sbb tak kenal sultan.sembah pulak si bendahara yg tak hensem.hehehe...mau murka si sultan.
mcm tu juge konsep Tuhan di sini. kita solat 5 waktu yg diwajibkan sehari semalam.ritual ibadah kpd yg esa.tapi kpd siapakah kita sembah? Alif LAm LAm HAa itu masih lagi berhuruf dan bernama...siapa yg bertuhankan pada huruf dan nama, masih lagi kafir.
inilah yg dijelaskan dlm ayat "barang siapa buta di dunia, maka dia buta di akhirat"
buta di sini merujuk kepada tidak kenal kpd Sang Pencipta, Maha Akbar,MAha Esa...anjing pun kenal tuannya,soalnya adakah kita kenal tuhan kita?
itulah amanah rasullulah yg ditinggalkan pada umatnya...
"Awal Ugama Mengenal ALLAh" atau awalludin makrifatullah...
awal permulaan agama, ialah mengenal siapa itu ALLAH, sbb sekalian alam, (bukan manusia shaja) wajib mentauhidkan ALLAH 24 jam sehari semalam bukan 5 minit dlm 5 waktu sahaja...renungkanlah...
so, siapa itu ALLAh, apakah ugama rasmi di sisi ALLAH.
ala ko pun tahu...InnadinnaindallahiIslam...sesesungguhnya agama rasmi di sisi ALLAH ialah Islam..
bagaimana nak Islam, hendaklah makrfat padaNYA. kenal ALLAH itu, maka Islamlah...
so, hadis qudsi ada mengatakan "man arofnafsahu faqad aroffarobahu"
barang siapa mengenal dirinya, maka dia mengenal akan dia, TuhanNya.
atau ayat quran:
wafi an fusikum afala tubsirun.
"Dan pada diri mereka sendiri, mengapa mereka tidak memperhatikan."
wahuwama'akum ainama kuntum
aku berada di mana sahaja Engkau berada...
oleh itu, wajiblah kita mengenal tuhan yg AWAL, yg AKHIR yg ZAHIR dan yg BATIN itu...
ala surah al hadid ayat 3...

bagaimanakah jalan utk mengenal diri, mengenal Tuhan ini? bagaimanakah yg dikatakan DIAlah yg Awal, Yg Akhir, Zahir lagi.Batin pun DiALah jua semata2...
sbb sebenar2 Tuhan itu Dzat.tapi siapa yg mengkaji Zat, maka kafirlah dia...
nak mentauhidkan pun kpd 4 jalan iaitu mentauhidkan ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alnya...tauhid 4 ni sekali,mana satu pegangan kita hari ni? mudah sebut tauhid..hehehe

so, balik semula kpd mengenal tadi. dah tak leh mengenal Dzat, kenallah kita pada sifatNYA.
aku bg konsep dzat n sifat bg mudah faham.
mcm air.ada zat tak? ada kan? sifatnya ada tak? ada, tatkala suhu beku jadi ais, suhu bilik jadi cecair dan suhu panas jadi wap. zat tetap sama, cuma sifat berbeza. sbb dzat n sifat tak cerai tanggal dan tak sekutu. cth ni nak bg faham ja.Maha Suci ALLAH dapat disamakan dgn segala sesuatu...
oleh itu, wajiblah kita mengenal sifat2 ALLAh yg 20 itu.
apakah sifat 20 itu...alah, slalu dalam TV tu, zikir sifat 20, ALLAH itu wujud, qidam, baqo, mukholafatulil hawadith, qiya muhu binafsih, wahdaniah
hayat, ilmu, qudrat, irodat, samaq, basar kalam
hayyun, alimun, qodiru, muridun, samiun, basirun huwa mutakkalimun.
14+6=20.
sifat 20 ni plak pecah kpd 4.hehehe...ala nafsiah, salbiah, maani, maknawiyah.yg tahqiq dlm kalimah La Ilaha Illa ALLAH. pun 4 jugak.
inilah jalan mengenal.byk lagi aku nak bgtau.
sbb mengaji kenalah overall,bukan hukum feqah semata2. barulah best! usul n tasawuf rangkum skali.
nak aku pecah bab solat plak ke? rukun 13. knp 13? dan kenapa bukan 12 atau 14?
hehe sbb bab hukum, saje je nak tny sbb ko pakar feqah.
rukun 13 solat itu terbahagi kpd 3 iaitu qalbi, qauli dan fiqli.ilmu, samaq,basar.qasad taarod dan taayin. niat dan tertib itu terletak dlm rukun qalbi.ala qalbi ni hati.sbb apa niat dan tertib terletak dlm rukun qalbi.
tertib kan last skali dlm rukun 13. tertinggal rukun, maka tak sah solat seseorglah tu lah kata ustaz2, ulamak2...
qalbi apa barang dia, qauli apa barang dia, fiqli apa barang dia.
ok, blog ko soal dan fikir.
ni aku soal,aku yg jawab.
hehehe...
qalbi - hati, qauli - kata2, fiqli - perbuatan anggota.
qasad,taarod dan taayin itu apa pulak.
ilmu, samaq n basar apa pulak.
niat itu apa pulak.
takkan usholli fardhu maghribi ....
itu lafaz atau kata2...sbb anniati bil qalbi wal harfin wala sautin...
niat itu di dalam hati tak huruf dan tak suara...niat itu terhimpun dlm huruf yg lapan, iaitu tatkala mengangkat takbir ALLAHuAkbar...mstilah ingat ALLAh dlm hati, lalu takbir.
byk lagi ni...kang bukak bab lalai dlm solat, neraka wail jenuh.aku pun gerun.
oklah aku tinggal ko menyoal, dan memikirkan segala statement aku tak kiralah bab solat ke ape ke yg aku tulis ni...

salamun qaulam mirrobirrohim...

Anonymous said...

Hebatnya si anonymous Highlander atheist nih. dah boleh jadi nabi dah, tahu asal usul sembahyang kenapa ada 12,13 dan 14. erm boleh x anta wahai si nabi baru menceritakan pada ana dalam email ana autotronicz_manz@yahoo.com ana nak juga tahu asal solat kenapa ada rukun 13? ana nak tahu juga mcm mana manusia mampu membuat hukum?..

Anonymous said...

salamun ala nuhin fil alameen,

hahaha...ko kata aku nabi plak dah...hahaha kelako la ko ni.kalau ko kata aku nabi,maknanya ko pengikut aku la yg pertama.

sebenarnya tiadalah perbezaan sesama kita. semuanya sama sahaja atas sifat.
janganlah kamu bezakan ALLAH dan rasul.-AL Quran.
atau nabi2 pun tiadalah beza antara satu sama lain. semuanya membawa agama tauhid.muhammad pun bawak agama yg hanif - drp ibrahim as.

so, kita semua sama sahaja. aku lebih suka kongsi ilmu.takde soal aku pandai, ko tak pandai, ko terror, aku tak terror. kalau aku ada ilmu, aku kongsi.ko ade kongsi.sama2 menaikkan martabat ilmu dlm Islam ni. baru power umat Muhammad. ALLAH pun suka org yg suka mencari dan berkongsi ilmu.
yg payahnya skrg melayu. melayu ni suke tgk bangse die jatuh tergolek2. baru naik je, cantas.hehehe.tak mcm bangsa yahudi yg mana meletakkan ilmu pengetahuan di tmpt yg tinggi.

so,bab rukun 13 ni pjg ceritanya.tapi aku tinggalkan sikit persoalan la agar ko cari. kang main suap je, lemak ler.hehehe.
aku citer sket agar org len yg baca blog ko ni dpt gak manfaat ilmu. kita pun diskas atas takrif ilmu ja. bab usul tahqiq dlm kuliah yg lain lah, insyaALLAH...hehehe

pasal rukun 13 ni, marilah kita renung kembali perbuatan solat kita 5 waktu sehari smlm.
yg kite mengaji dr kecik, pertama berdiri betul, kedua niat, ketiga takbirotul ihram 4 baca fatehah sampai ke 13 tertib.
tapi pernahkah kita soal knp ritual solat ni 13?
ok utk pendedahan awal, aku bukak lagi.
dlm solat, ada bg salam kanan kiri. utk apakah salam itu? kpd siapakah salam itu? ALLAH? kita sendiri? nabi muhammad?
lagi utk mejentik minda, perbuatan mengangkat jari tatkala tahiyyat. jari telujuk. knp telunjuk? knp bukan jari "tgh" atau jari2 yg lain? dan kenapa tgn kanan dan bukan kiri?
lagi...qiam tatkala berdiri betul.qiam antara kedua tgn, kanan di atas kiri.kenapa?
kalau kita semak n rujuk al quran nur karim, perbuatan (af'al)solat ni dr zaman ibrahim lagi sudah ada. berdiri, rukuk dan sujud. tahiyyat, beri salam mcam takde kan? so, dtg mane?
juga kita usul sirah solat ni...5 waktu ni muncul setelah muhammad israk dan mikraj mengikut ceritanya. itupun setelah ditanya oleh ulama'k yahudi bagaimanakan perbuatan (af'al) solat engkau ya muhammad.sedangkan kami, nasara,dan majusi ada feel masing2.
muhammad mulaikan dan menunjukan perbuatan solat itu pada umur baginda 43 tahun. tetapi dikatakan solat itu wajib setelah aqil baligh.so, katakan baginda baligh umur 15,sampai 43 tahun, selama 28 tahun baginda tidak solat? inilah yg logik tetapi ada jawapnya.
juga dlm al quran, ada tiga tingkatan solat, iaitu solatan faelun, solatan khosyiun dan solatan daiimun. juga solatan wusto. yg kita belajar hari ini adalah solatan faiilun (feel - kelakuan perbuatan spt berdiri, duduk antara dua sujud, rukuk dsbginya) manakala guru2 tidak mengajar solatan daiimun, khosyiun ini. para2 rasul dan anbiya membawa ketiga2 solat ini serentak 24 jam sehari semalam.
tujuan solat itu didirikan adalah utk mengingati ALLAh, bukan? utk memuji2 ALLAH, mentasbihNyA. takkanlah dlm 5 waktu sahaja kita ingat DIA dlm solat? itupun kalau ingatlah! hehehe...kalau fikiran melayang ingat kunci, ingat moto, ingat selipar kat mesjid, so, solat itu dikatakan lalai. org yg lalai dlm solat ini, maka fawailun lil musollin.buka surah al maun ayat 3. celaka org yg lalai dlm solat.ALLAH kutuk sekeras2nya org yg solat tetapi lalai.inilah yg kita takuti.
so, saje aku citer sket history, ritual solat agar sama2 kita buka minda.aku kongsi apa yg aku tahu.
pasal 13 ni...hehehe...
bulan bergerak 13 darjah condong ke bumi,
struktur atomik semua yg tercipta paling stabil dan sempurna apabila 12 struktur atom bertindih dgn 1 atom di tgh2...
juga 13 sendi utama terletak pada tubuh kita...
dan nampak ke? skit baru.
sbb bg aku, aku tak buat barang yg aku tak tahu.
jangan kamu mengikut barang yg kamu tidak mempunyai ilmu - al quran.
yalah, main ikut je org solat.dr kecik tetapi tak mendalami hakikat solat itu, kenapa itu dan ini.sampai skrg aku masih mengkaji rahsia pergerakan dlm solat.rahsia wuduk kpd 4 anggota bdn.
knp knp knp agar aku jadi insan kamil mukammil.
byk dibicarakan dlm al quran, kdg2 ALLAh membicarakan wahai manusia, wahai insan, org2 mukmin, org2 beriman, org2 yg yakin semuanya sama tetapi berbeza. tatkala mana tahap kita hari ni? manusia biasa, mukmin, org2 beriman, org2 yakin, insan.
sbb setiap makam yg disebutkan dlm al quran perlulah ada bukti.
cth:
org2 yg mukmin, cahaya di kanan dan di belakang mereka.
sudahkan terjadi kpd kita?
atau org2 beriman,bila disebut nama ALLAH, bergetar kulit2 dan kemudia menjadi tenang.
sudahkan terjadi kpd kita?
org yg beriman kalau disebut nama ALLAH, bergetar jantungnya.
ni kalau sebut ALLAH takde ape2 pun.biasa je. tapi kalau sebut hantu raye, terpacak bulu roma, sbb takut! hehehe nampak belum lagi tu...
saje melalut tapi ada makna...

so, mengajilah alam diri, semua baik2 belaka. relatif kejadian alam semesta ini tertakluk pada diri semata2..itulah sebab barang siapa yg mengenal dirinya, mengenal dia akan TuhanNya...
kenapa jari ada 5? sama seperti rukun islam yg 5 dan rukun iman yg 5. kenapa mata ada 2? hehehe...kenapa kepala di tgh2 bdn? knp pusat di tgh2 bdn? inilah mengaji mengenal diri.sbb bila tahu dan kenal diri kita ni, kenallah Sang Pencipta.mengajilah usuluddin, feqah dan tasawuf sekaligus. mengajilah membetulkan solat dan sifat 20.

kita semua sama sahaja.beza pada sifat.tak wajarlah kita mengatakan aku lebih baik dr si polan si polan. siapa sahaja layak berbicara ttg agama,sbb agama itu utk sekalian alam. bukan milik para rasul, nabi sahaja. mereka pun tak mendakwa merekalah yg layak bercakap pasal agama ni. skrg ni, ramai ulama2 dakwa org lain tak layak bercakap ttg agama, kononnya takde tauliah. seolah2 islam ni ada kasta2 pulak.sedangkan ALLAH melarang kasta2 ni. pakaian ulama pun dah mcm rahib dan pendeta yahudi dah pun kalau kita perasan. sdgkan tiada kerahiban dlm ISLAM.
hmm...
saudara yg kukasehi,
sengaja kubawakkan bicara ni kembali kpd kalimah LA ila haillallah.kalimah tauhid.kalimah yg bila disebut, terbuka pintu arasy' dan sujud para malaikat berzikir 7000kali.
benih segala2nya. permulaan agama.
kalau benih ini betul dan kuat,akarnya teguh, maka teguhlah btg, dahan, ranting, daun2 dan buah2nya. masalah furu' iaitu hukum hakam boleh dibicarakan, tetapi byknya adalah seperti dahan2 dan ranting2 pokok tersebut.peganglah dulu kpd dasar tauhid.sebenar2 tauhid itu apa? kerana ramai yg mendakwa membawa agama hanif, agama Islam, tetapi hanyalah kulit sahaja. fahaman syariat, kemudian hakikat, kemudian bertariqat sehinggalah makrifat. juga 4. sama jua dgn tanah, air api dan angin.wujud ilmu nur syuhud.jua La Ilaha Illa ALLAH. inilah mengaji usul tahqiq,jalan kembali,bukanlah jalan mati sesuai dgn firman ALLAH.
innalillah hiwainnalilla hirojiun.
dari ALLAH aku datang, dan kepada ALLAHlah aku kembali.
sesuai dgn laqaula wala quwatailla billah
tiada daya upayaku melainkan daya upaya engkau Ya ALLAh...
sebagai penutup bicara,ku sertakan surah ikhlas.(ya ikhlas tetapi apakah mauduq dan maksud ikhlas dlm surah ini?)

Surah 112

Surahtul IKHLAS

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

112:1. Katakanlah, "Dia Allah, Satu,

112:2. Allah, tempat perlindungan yang berkekalan,

112:3. Yang tidak beranak, dan tidak diberanakkan,

112:4. Dan yang setara dengan Dia, tiada sesiapa."
••

i-search said...

salam.

hebat sungguh ilmu saudara. terima kasih kerana berkogsi. mudah2an dapat menjadi rujukan bagi para pembaca blog. Jika semua umat Islam seperti saudara, insyaAllah dunia akan akan.

pertama skali untuk saya clearkan tentang persoalan anonymous yang menghantar komennya pada saudara. saya tidak ada kena mengena dengan anon yang seorang lagi tu.jadi harap saudara tidak salah faham dengan menyatakan saya adalah sipolan yang komen penulisan saudara. jika saya menjawab, semestinya saya akan hadirkan diri sebagai penulis blog ini yang sah.

tauhid adalah perkara utama. Namun saya tidak bersetuju bahawa hukum adalah soal furuq. Jika saudara mementingkan kepentingan fiqh, tasauf dan usuluddin, kenapa dalam penulisan saudara seolah2 yang penting hanyalah sifat 20, science dalam solat dan sifat Allah?

Saya tidak berminat untuk melanjutkan perbincangan melibatkan falsafah dan perbahasan mutakallimin.

bagi saya sebagai penulis, tujuan dakwah saya adalah memahamkan umat Islam bahawa kehinaan dan kesengsaraan umat hari ini adalah kerana tidak fahamnya mereka kepada Islam dan perlakuan mereka yang menolak Islam agar diterapkan secara kaffah dalam kehidupan, baik individu ataupun negara.

Pada pengkajian saya, terbukti bahawa pemahaman yang solid tentang sifat Allah, atau solat tidak menghantar manusia pada bersedianya mereka untuk menerapkan syariat Allah secara kaffah, melainkan berhasilnya pemikiran mereka untuk mengubah diri mereka sendiri, yang akan menghantarkan kepada berjayanya manusia untuk mengubah dirinya sendiri, sebagaimana firman Allah : tidak akan berubah nasib(pemikiran) sesuatu kaum, sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka. Akhir kata 'anfusihim' adalah dari kata dasar 'mafhum' yang bermaksud pemikiran.

Manusia akan merubah dirinya secara inqilabiah apabila mereka berjaya mengubah persepsi fikirnya.

Sekiranya mereka dibaluti cantik dengan pemahaman tentang kewujudan Allah,namun jika mafahimnya masih lagi mafahim sekular,maka tidak heranlah masih ramai mufti yang tidak berani menegur pemerintah yang tidak menerapkan hukum Allah, walaupun pembacaannya Qurannya sempurna.

Para rohaniawan yAng zikirnya berjuta setiap hari, namun jika mafahimnya sekular, akan masih lagi berfikiran asabiyah dan tidak mahu campur urusan politik dunia.

Para alim yang hebat ilmu tauhidnya, jika mafahimnya masih lagi sekular, maka tetap akan redha dengan kemungkaran yang berlaku disekelilingnya.

Para hakim dan peguam syar'ie yang hebat ilmu feqhnya, namun jika masih lagi mafahimnya sekular, maka dengan senang hati menerima penerapan undang2 ciptaan manusia, mengatasnamakan undang2 itu undang2 syariah.

Contoh itu jelas dalam msykt. Benar, tauhid adalah segalanya. Kita sepatutunya mengajak manusia supaya mengtauhidkan Allah agar mereka beriman dan berubah. Usaha Dakwah ini tidak dapat disangkal sama sekali. namun pada saat ini, cuba kita renungi sejenak perbezaan secara luaran umat islam dan 'umat yang lain', jika kita hanya sibuk dengan bahagian ubbudiyyah dan taqarrub, tanpa memerhatikan aspek lain, yang sememangnya sudah ada dalam Islam yakni urusan duniawi yang merangkumi politik, ekonomi, sosial, pemerintahan, pendidikan dan hubungan antarabangsa.

Yang wajib adalah, sebaik sahaja bersyahadah, maka kenalilah Allah, laksanakan hukum, perintah, suruhan dan tegahan tanpa persoalan. Dan bukannya kenal dulu baru amal.

Semestinya perbezaan yang paling utama antara kita dan bukan muslim adalah tauhid kita kepada Allah. Sejahat manapun manusia, jika dia tidak syirik, maka masih lagi diampunkan dosanya. namun, perhatikan contoh2 ini:

1. Apa beza muslim dan non, jika masing2 kuat ibadahnya, namun masih lagi amalkan sistem ekonomi kapitalis? Tidakkah kita punyai sistem ekonomi sendiri yang semestinya aturan itu datangnya dari Pencipta?

2. Apa beza muslim dan non, masing2 paham benar tuhannya, namun sama2 mengamalkan politik yang tidak islami sebagai wadah? Bukankah telah tersedia sistem politik Islam yang datang dari wahyu yang diperintahkan?

3. Apa beza muslim dan non, sama hebat taqarrubnya pada tuhan masing2, namun apabila soal memerintah, kita guna pakai politik macchaivelli dan lord reid? Tidakkah sistem pemerintahan daulah Islam adalah contoh terbaik dari rasuullah, yang semestinya diwahyukan oleh Allah kepadanya?

Pemikiran rosak seperti yang termanifestasi dari kata2 tokoh sekluar yang telah bersara sebelum ini. "Semua agama sama. Semua agama menyampaikan kebaikan"

Tak heranlah jika non-muslim berkata pada muslim, "apa hebatnya islam? Aku sembahyang, kau sembahyang. Aku pakai ekonomi riba, kau pun ambil riba, aku pakai politik sekular, kau pun politik sekular, aku memang tak pakai tudung, pompuan kau pun ramai yang anti-tudung. Aku terpaksa pakai sistem kapitalis,sekular, coz agama aku hanya berbatas spiritual,takde aturan. kau kata islam hebat, kenapa pakai cara hidup sekular?"

Secara aqlinya kita tidak dapat berhujah dengan non-muslim kerana apa? Kerana islam tak dizahirkan sehebat2nya. Islam hanya dikurung dimasjid2,hanya pada sambutan2 tertentu yang berulang2, hanya pada ruang lingkup spiritual, dilayan tanpa sedar oleh muslim sendiri persis layanan puak non-muslim kepada agamanya. Rahib2 duduk di biara, tak tahu soal ekonomi, tak tahu soal politik, ujung minggu sahaja berguna sampaikan ceramah agama yang isinya diulang2 soal msykt, soal moral, soal rukun tak sudah2, berbatas pula ruang ilmunya. Kerana apa? Jika adapun belajar ekonomi Islam yang haramkan riba, msykt kini melihat kita dikelilingi riba, tanpa ada usaha untuk menghapuskannya.bak kata orang sekular 'mustahil nak laksana ekonomi Islam, kena pragmatik'. Jadi, bagaimana nak zahrkan hebatnya Islam bila sudah ramai rosak pemikiran dan mafahimnya? Sedarkan umat dengan pemikiran dan mafahim2 mereka. Lihat contoh bagaimana manusia2 asing yang diperintah oleh Islam, pada mulanya mereka takut, apabila diperintah islam secara kaffah oleh sang khalifah terdahulu, dengan terzahirnya kehebatan islam dalam seluruh aspek kehidupan beserta hidayah Allah, maka berbondong2 manusia masuk islam. Ada manusia yang mudah terima dengan spiritual, ada manusia yang mudah masuk Islam jika melihat keadilan sistem ekonomi islam, ada manusia yang masuk islam kerana nampak cantik sistem hukum hakam Islam.

Persoalannya disini, sejak dari awal artikel ditulis, saya memfokuskan kepada kenapa masih ingin berhukum dengan akal sedangkan hukum Allah itu sedia ada. itu sahaja.

Saya kira pada mula saudara tidak puas hati dengan penulisan saya kerana mungkin saudara menyokong politik tertentu. lalu saudara bahaskan supaya think positive dengan manusia yang menolak hukum Allah? Kemudian saudara mengajak saya supaya berfikir secara emosional dan membelakangkan hukum Allah 'jika adik saya diperkosa' dan sebagainya.Jadi disini saya ingin saudara clearkan balik, apa sebenarnya pokok perbincangan yang ingin dibawakan oleh saudara?

Dan hingga kini, saudara belum menjawab soalan saya.Jika saudara tidak bersetuju hukum Allah patut diterapkan, beralasan ataupun tidak, maka jawapan saya ialah saudara terang2 menolak hukum Allah, walaupun saudara hebat memahami Allah dan rukun solat.Dan atas perkara itu, saya tidak boleh kompromi.

Tetapi,jika saudara bersetuju bahawa hukum Allah wajib diterapkan dan penguasa wajib dimuhasabah untuk diubah keadaan yang membelenggu umat tika ini, maka berdakwahlah kepada umat, menyedarkan mereka bahawa selayaknya manusia, yakni sebaik2 kejadian, apatah lagi yang bergelar MUSLIM, hanya layak diterapkan hukum Allah kepada mereka dan bukan hukum yang selain itu.

Persoalan mengenal Allah, sifat 20 dan sebagainya, saya tidak menidakkan kepentingannya, namun, jangan mengeliru dan mensekularkan umat dengan membuatkan mereka hanya sibuk dengan urusan mengenal Allah, dan sifat 20, kerana islam, bukan hanya soal mengenal Allah dan sifat 20, tetapi juga mencakupi seluruh aspek kehidupan. Dengan mengembalikan islam dalam seluruh aspek kehidupan, baik rohani, politik, ekonomi, pendidikan, sosial,pemerintahan dan politik antarabangsa, maka barulah kita boleh dikatakan telahpun melaksanakan seluruh isi kandungan kitabullah dan menjalankan seluruh sunnah rasulullah.Dan sungguh dangkal alasan 'kena kenal Allah betul2 dahulu, baru boleh buat yang lain'.Saudara mungkin boleh kaji sirah yang terlalu banyak, contoh para sahabat dan orang2 yang hebat, yang baru saja mengucap syahadah, terus berjihad dan berperang,lalu syahid, tanpa betul2 memahami islam, tetapi terus melaksana apa yang diperintah, tanpa soal dan alasan.

Tetapi terus terang, dengan hikmah saya katakan, saudara masih lagi sekular, sekiranya saudara sibuk dengan science dlm solat, sifat Allah dan sifat 20 walhal saudara meng-iyakan bahawa manusia layak menggubal hukum, kerana hukum, bukan soal furuq. Hukum adalah soal syariat. syariat tercakup dalam feqah dan tauhid.Jika saudara menyuruh saya mempelajari tauhid, feqah dan tasauf, maka saya pula meminta saudara, dengan kehebatan pengetahuan saudara yang arif benar tentang rukun solat, maka berdakwahlah memahamkan umat bahawa apa yang hak bagi manusia adalah hukum Allah, bukan hukum manusia.

jika saudara ingin berkongsi ilmu atau berbincang tentang aspek2 lain cthnya ekonomi, sosial, pendidikan, negara, politik dan hubungan antarabangsa dalam Islam yang saya kira memang ramai yang tak tahu, maka bolehlah kita meneruskan perbincangan. Tapi, jika saudara ingin tak sudah2 bincang perbahasan mutakallimin, maka saya sarankan saudara binalah blog sendiri dan berdakwah atas nama saudara sendiri.

Segala yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya sendiri.

wassalam.

Anonymous said...

Salam kpd semua.maaf sy tertanya2..
Soalan sy berniat utk mengetahui dan tiada maksud lain..
Sy ni berbaiah.dan kdgn2 bila bjmp sahabat satu pejuangan,bersembang mgenai agama.Sy akui sy msh mentah.sahabat sy ckap mgenai tarikat,makrifat hakikat dan azan telah berkumandang..sedangkan msh bersembang wktu magrib.sy rasa xsenang duduk dan minta izin utk solat kt rmh kwn sy.sdngkn mereka msh bckp dan tlepas bgitu sahaja solat.3-4 kali dh jmp org mcm ni.
Sy mula bfikir knp dia org ada ilmu tetapi amalnya?
Sy bjmp dgn seorang yg ada bckp mgenai tarikat dan lain2 tetapi istrinya tidak mnutup aurat kpd bkn ajnabi.Sy msh tertanya knp...

Saya masih tertanya..dr slpas baligh kita solat kerana hanya tahu solat itu wajib sbb diperintahkan..
Atau xsolat tapi p cari dulu br solat..
Atau sy solat dan pd ms yg sama sy mencari..sy tny ni sbb kwn sy ni dia mcari tetapi solatnya tidak..dan sy pun masih belajar..

Maaf lari tajuk..ingin mengetahui.:-)