Begitulah keadaannya apabila kita bergelumang dengan sesuatu yang bukan dari wahyu. Mungkin kita ikhlas dan bersemangat juang yang tinggi dalam menegakkan Islam, namun, thariqahnya tidak bertepatan dengan fikrahnya.
Seperti tajuk yang tertera, daripada pengamatan, saya meyakini bahawa demokrasi tidak pernah mati, malah ianya tidak pernah wujud!.
Telah tertulis dalam sejarah, dari mula terciptanya demo-cratia ini, ianya sekadar suara golongan elitis pemodal eropah dalam menentukan hak dan haluan hidup hamba-hamba mereka. Hingga kemudian suara elitis ini dibuka kepada rakyat reaksi dari pemberontakan dan revolusi berdarah, namun masih, akidah mereka tetap berpaksikan akal dalam menentukan segala sesuatu yang melibatkan urusan hidup.
Terlalu ramai umat di luar
Wujudkah demokrasi apabila Daulah Uthmaniyah dijatuhkan secara paksa dengan bantuan
Wujudkah demokrasi apabila Negara haram
Wujudkah demokrasi apabila Sir Anthony Eden, mantan PM Britain mengumumkan Perang Suez hanya kepada 2-3 menterinya dan bukannya keseluruhan parlimen?
Wujudkah demokrasi apabila Musharraf membantai umat Islam di Masjid Merah dengan alasan mereka itu pengganas(walaupun dibuktikan tidak)?
Wujudkah demokrasi apabila atas alasan ini,
Wujudkah demokrasi apabila ada akta-akta ciptaan manusia yang menyekat kepada seruan yang haq dan kebangkitan menentang penjajahan seperti Guantanamo, Abu Gharib, ISA, AUKU, National Security Act dan sebagainya?
Wujudkah demokrasi apabila umat Islam yang ikhlas dipermainkan oleh mereka yang memegang kekuasaan seperti apa yang berlaku di Perak?
Wujudkah demokrasi walaupun FIS dari
Wujudkah demokrasi apabila penggulingan kerajaan seringkali dilakukan oleh rakyat
Wujudkah demokrasi apabila jilbab dan khimar itu dikatakan merampas hak wanita sedangkan mereka redha dengannya?
Wujudkah demokrasi apabila wanita yang bertudung dihalang daripada melanjutkan pelajaran di banyak negara barat?
Wujudkah demokrasi apabila seseorang dipandang seperti pembelot / pemberontak kerana dianya memegang akidah dan gagasan Islam?
Persoalan demi persoalan, hari demi hari diseluruh dunia menyaksikan bahawa demokrasi hanya satu slogan busuk yang tidak sudah-sudah menipu umat Islam.
Masih, ada yang terlalu optimis menyatakan demokrasi wujud. Inikah demokrasi yang dimaksudkan? :
Pemurtadan yang tak kunjung sudah membenarkan Umat Islam yang ingkar, keluar dari agamanya.
Kewujudan disko-disko dan pub yang menyaksikan kehadiran pemuda-pemudi Islam
Pembinaan kilang-kilang arak di negara kaum muslimin
Pusat-pusat perjudian seperti Genting Highlands
Cara sosial muda-muda Islam persis muda-mudi Barat
Aminah Wahdud mengimamkan solat Jumaat
Kebebasan diberikan kepada pemodal asing untuk mengeksploitasi sumber bumi negara kaum muslimin
Penghinaan yang tak sudah kepada Al-Quran dan Rasulullah : filem fitna, karikatur
Asasnya demokrasi pada 4 aspek yang tidak pernah berubah
a) Kebebasan beragama (murtad)
b) Kebebasan berpendapat (Hina Allah dan Rasul dan penafian kepada hukumNya)
c) Kebebasan pemilikan (Kapitalisma yang merompak kekayaan ummat)
d) Kebebasan bertingkahlaku (arak, judi, seks bebas, pembunuhan)
The facts speaks louder than words.
Adakah demokrasi / demo-kratia ini wujud? Mungkin, tapi sekadar omong kosong dan impian.
Bagi saya, ianya TIDAK PERNAH WUJUD. Dan semestinya bila berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah, kita tidak perlu kepada utopia jijik ciptaan manusia ini.
wassalam.
1 comments:
Demokrasi itu telah lama mati.“… matinya demokrasi.”
Tajuk besar Harakah Daily
mengiringi kemenangan Dr Zambry.
Kenapa?
Baru sedar kini?
Bagi kami
demokrasi itu telah lama mati
sejak hari pertama muncul di bumi
terpancut dari rahim ibunya, akidah sekularisme
yang telah dibidani cendikiawan syaitan
dalam kegelapan zaman pertengahan.
Yang sekarang merayau berjalan
hanyalah hantu jelmaan
tiada berruh tiada bertuhan.
Merasuk dan membaham
mereka yang tenggelam
di lautan pemikiran kelam
Walaupun ikhlas berkiprah
sayang tidak jelas fikrah
tidak mendalami tariqah.
Kita adalah mangsa kejahatan demokrasi
siluman menyembunyi jatidiri
dilihat hanya simata jeli.
Ayuh sahabat!
Terlanjur kau telah sedar kini
demokrasi itu telah mati
bangkainya, mari kita sama-sama campakkan
ke kubur yang paling dalam
tiada bernisan
di bawah sinar terang matahari Islam.
Fikrul Mustanir
24 Mei 2009
Post a Comment