BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 28, 2009

Hentikan Komunisma : bagaimana dengan SEKULARISMA dan KAPITALISMA?

Hairan rasanya apabila rais yatim dan menteri-menteri serta pemimpin sendiri, begitu sibuk mengajak umat membenci komunisma.Mereka terasa amat tergugat dengan cadangan untuk membawa Chin Peng kembali ke tanah air. Mereka terkesan dengan wujudnya PSM dan pengembang dakyah2 komunis yang tak sampai berapa kerat.

Agenda mempolemikkan komunisma ini dilihat sebagai 'undang-undang polemik berita' yang harus dilaksanakan - mengalih pandangan masyarakat dari suatu pandangan ke pandangan yang lain.

Semestinya hampir sebulan kita disibukkan dengan isu Perak. Hatta orang yang tidak tahu menahu apapun akan bercakap tentang isu negeri Perak. Isu dihangatkan lagi dengan beberapa karakter kartun yang dikuasai 'Walt Disney(Sistem Kapitalis : Demokrasi+Sekularisma)' , sekejap memuji keputusan hakim, bergembira, hadiah untuk hari ibu, sengih sampai ke telinga, dan kemudian, esoknya, terpaksa pulak mengosongkan pejabat, muka sedih, dan akhirnya 'demokrasi mati'.

Dilihat bahawa isu ini panas dan akan terus memanaskan, maka teori 'undang-undang polemik berita' datang meyelamatkan pemerintah dengan mengalih pandangan rakyat kepada komunis. Kita diajak untuk dengan sesungguh2nya membenci komunis.

Realitinya my brothers and sisters, komunis dah lama mati! Sebagai ideologi yang tidak manusiawi, yang menolak keberadaan Allah sebagai Khaliq serta teori ekonomi yang memberatkan pemerintah yang memegang kekuasaan, selayaknya ia jatuh tanpa ada upaya untuk dibangunkan lagi, melainkan dalam angan-angan orang yang optimis dengan idea sosialis ini. Lalu mereka paparkan gambar chin peng dan rakan2nya. Chin Peng pun tak lama dah nak mati. Takut sangat dengan si komunis tua?

Faktanya : Tersenarai banyak ideologi ciptaan manusia. Yang paling dominan adalah komunis/sosialis dan kapitalisma. Kita disibukkan untuk membendung,membenci ideologi yang keberadaannya telah dinafikan. Bagaimana pula dengan ideologi kufur yang satu lagi - kapitalisma? Bukankah komunisma ini adalah 'sahabat pelengkap' kapitalisma? Disebabkan jahatnya abang komunis, mengganggu sana sini, datanglah adik kapitalis, sebagai sahabatnya dikala kala kesepian. Kita menolak abangnya, kenapa tidak adiknya?

Keduanya bukan dari wahyu, dan hanya aturan Allahlah yang mampu mengatur manusia, sampai bila2. Dan semestinya aturan ini akan berlangsung dalam masa terdekat apabila semua umat Islam sedunia disatukan dibawah panji LAILAHAILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH.

Alangkah gembiranya umat apabila esok hari tajuk berita yang terpampang adalah : TOLAK SEKULARISMA, GULUNG KAPITALISMA.

Masanya pasti akan datang... "akan kembali khilafah atas minhaj kenabian" HR Ahmad & Baihaqi

1 comments:

insidewinme said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.